♥♥ SELAMAT DATANG SEM 4 ♥♥

Setelah sekian lama cuti sem semenjak selepas cuti Raya Haji tempoh hari, sebenarnya tak macam cuti sem pun, ya la hari biasa kena kerja juga kan?? kalau nak di ikut kan kira-kira hanya cuma beberapa hari saja yang cuti , bersyukur lah juga dapat juga cuti kan? boleh rehatkan minda setelah beberapa minggu bertungkus lumus siapkan assignment, mana nak exam lagi, mana kerja lagi fuuuhhhh!! tekanan oooo...
Jadi pada 9 Oktober bermulah lah SEM 4 iaitu sem yang terakhir, sekejap saja masa berlalu, pejam celik... pejam celik dah 2 tahun.
kembali sibuk la selepas ini seperti biasa, nikmati 3 subjek yang terakhir sebelum membuat Research Paper itu pun lagi satu fenin, tajuk masih lagi tidak jumpa. Segala persiapan telah tersiap sedia, 

NOTA???
Siap
Alat tulis????
Siap..
Semua dah ready... esok pagi-pagi bangun terus pergi kelas, tak ada laah kelam kabut sangat kan???
 tak sabarnya nak pergi kelas... (sangat- tangan dua belah atas bahu) hahahaha
 Selamat malam semua... semoga mimpi indah milik kita semua....
 Notakukukucing : berusahalah Cik Nur demi masa depan anda.... Chaiyoookkkkk!!!!!!!! bersusah sekarang, bersenang lah di kemudian hari...

3 comments:

sinuha said...

Have fun start kelas :) Saya membalas kunjungan dan follow balik. Btw, nice blog.

Dunia Zumal said...

Selamat maju jaya, buatlah yang terbaik k...

Cik Rose said...

All the best ya!

 

All Right Reserved To Dhia-Manja.