3.8 JUTA PENGGUNA AKAN MENGALAMI GANGGUAN BEKALAN AIR


SELANGOR - Sebanyak 814 kawasan di sekitar Lembah Klang melibatkan lebih 707,759 akaun atau 3,892,641 pengguna yang akan menghadapi gangguan bekalan air Isnin depan, susulan kerja-kerja penyelenggaraan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pencawang Masuk Utama Bukit Badong, Hulu Selangor, lapor Bernama. 

Kawasan-kawasan yang turut terlibat dalam kerja penyelenggaraan dan pemasangan sistem perlindungan itu adalah, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur. 

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Mohd Ridhuan Ismail berkata, kerja-kerja TNB itu akan mengambil masa selama 16 jam bermula dari jam 8 pagi sehingga jam 12 tengah malam yang akan menjejaskan operasi di loji-loji rawatan air utama Sungai Selangor yang membekalkan air kepada 60% pengguna di Lembah Klang. 
Foto- Syabas
Jelasnya lagi, kerja-kerja penyelenggaraan ini dilakukan setiap tiga tahun bagi mencegah sebarang kerosakan atau gangguan bekalan elektrik yang tidak terancang di loji-loji rawatan air. 
"Bekalan air akan pulih secara berperingkat selepas kerja-kerja penyelenggaraan sistem bekalan elektrik selesai dilaksanakan," katanya. 

Susulan itu, para pengguna yang terlibat dinasihatkan untuk menyimpan air yang mencukupi sepanjang tempoh gangguan air sementara itu. 

Bagi maklumat terperinci berhubung gangguan tersebut, para pengguna boleh melayari laman sesawang www.syabas.com.my.
NOTAKUKUKUCING : Bagi kawasan yang tersenarai simpan air secukupnya ya...

2 comments:

Mazni Azmi said...

Tnb punya maintenance. Air satu negeri tak ada. Haha

apekinahdotcom said...

Alamak.. kena simpan air ni..

 

All Right Reserved To Dhia-Manja.