Lagi Pembunuhan Berlaku!!


SUBANG JAYA : Polis sedang mengesan seorang pengawal keselamatan bank yang menembak mati seorang wanita kakitangan bank yang dirompaknya di sebuah bank di USJ Sentral, petang tadi.

Walaupun bergerak sendirian, lelaki berusia dalam lingkungan lewat 30-an ini dikategorikan berbahaya kerana memiliki senjata api yang digunakan dalam rompakan berdarah pada 6.18 petang tadi. 

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, identiti sebenar lelaki itu masih dikenal pasti berikutan dia dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu sejak berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan yang menjadi majikannya sejak setahun lalu. 

"Suspek masih bersenjata dan kita harap orang ramai berhati-hati selain menyalurkan maklumat segera sekiranya bertemu lelaki terbabit," katanya kepada media di tempat kejadian.
Dalam kejadian itu, pegawai operasi bank Ambank, Norazita Abu Talib, 37, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala akibat ditembak dengan senjata jenis pump gun oleh suspek berusia 37 tahun yang berasal dari Sabah.

Difahamkan, ketika kejadian itu, mangsa bersama suspek serta tiga lagi pekerja wanita bank itu berada di premis berkenaan untuk membuka sebuah peti besi. 

Dipercayai apabila peti pintu kebal itu dibuka, suspek kemudian melepaskan tembakan dan mengenai dahi mangsa yang meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian. 
Suspek sempat mengambil sejumlah wang itu telah melarikan diri dengan sebuah motosikal. 

Abdul Rahim berkata, siasatan mendapati ketika kejadian suspek bersama si mati dan tiga lagi wanita yang bekerja di bank berkenaan. 

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (cctv) di bank ini, kita dapati suspek berusia 37 tahun tidak gementar atau ragu-ragu ketika melakukan perbuatan berkenaan. 

"Lelaki terbabit dilapor melepaskan tembakan ke arah mangsa sebelum mengarahkan seorang lagi pekerja memasukkan duit ke dalam beg hitam yang dibawanya selepas si mati membuka pintu kebal berkenaan. 

"Akibat tembakan itu, wanita terbabit yang bekerja sejak 16 tahun di bank ini maut di tempat kejadian," katanya yang turut mengedarkan gambar suspek kepada media di lokasi kejadian. 
Ditanya wartawan mengenai status suspek, Abdul Rahim berkata, lelaki terbabit adalah pekerja (pengawal keselamatan) yang menggantikan orang lain ketika kejadian. 

"Suspek bergerak sendirian dalam kejadian itu. Dia ganti orang lain pada hari ini dan pernah menggantikan empat ke lima kali mengawal bank ini sepanjang setahun dia bekerja dengan syarikat keselamatan berkenaan," katanya. 

Katanya, keraguan dalam kad pengenalan milik suspek yang disyaki palsu itu akan dipastikan selepas ini dengan merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 

Menurutnya, pihaknya juga akan memeriksa cctv di kawasan berhampiran. 

Katanya, sehingga kini pihaknya masih belum dapat memastikan jumlah wang yang dilarikan suspek dan berkemungkinan bernilai ratusan ribu ringgit. 

Katanya, mangsa sudah bekerja di bank berkenaan sejak 16 tahun lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).
Takziah kepada keluarga mangsa, semoga roh arwah ditempatkan ditempat orang-orang yang teriman. sedih tengok anak-anak yang masih kecik ni..Semoga keluarga mangsa tabah dan banyakkan berdoa agar penjenayah ditangkap dengan segera. Lagi kes pembunuhan, nur tak letak pic mangsa takot family mangsa akan lagi sedih. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah pada arwah Bismillah....

Sesiapa yang ternampak tolong laporkan pada pihak polis dengan segera
Arwah bersama keluarga






Sumber Gambar dari : ping.busuk
Pink Note :Semoga penjenayah akan mendapat balasan, kenapa...kenapa...kenapa!!!!!!!!! kejadian berlaku betul-betul berdeketan dengan tempat saya bekerja... mesti rakan-rakan sekerja arwah dalam keadaan fobia kan?
Ya Allah

3 comments:

Lieya Von Jay said...

ada ternampak org post gambar mangsa kat fb . memang ngeri.

♥♥ Cik Nur ♥♥ said...

@lieya : saya ada, tp x nk post kesian nnt kt family mangsa, lg pon suami die ada bg tau jgn post..

Unknown said...

Teruk betol la, dalam masa seminggu 3 pembunuhan berbeza... besh sgt ke wat jenayah?

 

All Right Reserved To Dhia-Manja.