Mr. Bean Peluk ISLAM?

Kisah bintang kawak inggeris, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr. Bean memeluk islam pada 1 Oktober lalu hangat diperkatakan di laman web dan media sosial semalam.
Di merata pelusuk dunia, banyak laman sesawang termasuk peminat Mr.Bean berkongsi kisah kononnye pelawak itu memeluk islam selepas membaca laporan disiarkan laman web, sababladi.com. Peminat mula membicarakan soal itu si laman sosial selain menghantar mesej melalui Twitter atar menyebar semula status yang diterima membabitkan kisah terbaru aktor itu.
Kisah Mr.Bean memeluk islam itu turut dipetik dari media israel. israellycool.com yang mendakwa laporan itu tidak berasas.Menurut kedua-dua laman web itu, Mr. Bean yang turut dikenali sebagai penulis skrip, dikatakan memilih islam selepas beliau menonton Innocence of Muslims iaitu sebuah filem kontroversi yang menghina Nabi Muhammad.

Masih Tiada Pengumuman Rasmi
Laporan dari sebuah laman web Indonesia pula, pelawak tersohor itu tidak berbicara panjang ketika ditanya media. Sebaliknya, dia hanya mengangkat jari sebagai isyarat sudah memeluk islam. Laporan itu kemudian dimuat naik di YouTube.
Beberapa sumber dilaporkan memberitahu blog, pemimpin parti An Nahdah dari Tunisia, Sheikh Rashid Ghannousyi adalah seorang daripada pembimbing Atkinson. Pemerhatian HIP mendapati, beberapa laman web termaduk tempatan memetik artikel yang mendakwa Rowan memeluk Islam serta membincangkannya bersama pelawat blog. Tidak kurang juga beberapa blog yang menafikan laporan itu.
Namun sehingga kini tiada pengesahan dari mulut Rowan Atkinson, 58, berhubung laporan kononnya dia sudah memeluk islam. Malah media arus perdana du UK tidak menyiarkan beritu itu sehingga malan tadi.
Petikan akhbar dari Berita Harian

p/s : ape-ape pon berita ini tak sahih lagi...kite tunggu la berita ini keluar dri mulut Mr. Bean sendiri.. klu benar, syukur Alhamdulillah..

0 comments:

 

All Right Reserved To Dhia-Manja.