Selamat pagi semua....agak sepi cikit blog ni...atas kesibukan diri ini.... hari ni saya nak kongsikan tips seksi...korang nak tahu tak.....
Bibir wanita
memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan,
terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.Di sini
dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui.
Bibir segar dan kemerahan
Wanita
yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi
menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga
kesihatan diri.
Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang
suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan
ramah dalam pergaulan.
Wanita ini juga mampu memberi keriangan
kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja
dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya,
wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan.
Dia akan kecewa sekiranya
mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga
mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan
bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.
Bibir yang biru (pucat)
Tidak
kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan.
Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan.
Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai
terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan
perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya,
anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.
Bibir yang
tipis
Tipis bukan beerti nipis! Wanita yang memiliki
bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang
kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu
dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita
ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan
peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup
besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya.
Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.
Bibir yang mungil
Wanita
ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki.
Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka
didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung
kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu
bersikap
ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan
untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai
membaca kelemahannya. Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan
suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika
tidak mendapat apa yang diingininya.
Bibir yang tebal
Wanita
berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan
dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika
dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan
kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana
yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan
dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika
diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci
rapat.
Bagaimanapun
jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan
menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang
dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang
yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak
pandai menguruskan rumahtangga dan anak- anak. Jika anda sebagai
suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya.
Jika tidak dia akan bersikap queen- control!
Bibir sentiasa terbuka
Mempunyai
keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal
kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi
yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang
baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang
diceburinya. Optimis dan bermatlamat.
Dia juga mudah jatuh cinta
dan berusaha sedaya-upaya untuk
memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau
malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai
merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai
memanfaatkan keistimewaan diri .
**cer lariiii tengok cermin...bibir korang yang kategori yang mana.... ^_^
2 comments:
wahhh...haha..niesa xtau la bibir niesa ni mcm mna..nnti la tgk kat cermin..hehe
x tau lak kategori bibir yg mana... cer nur tgk bibir akak kategori yg mana eh?
Post a Comment