Andai Ini Takdir Aku (Part 2)

Antara Hati dan Akal, mereka selalu berperang... dalam keadaan sekarang ini, aku ibarat jasad tanpa penghuninya iaitu Roh...
Aku turun ke lobi semula untuk mengambil udara malam... dan mencari gernaha bulan yang sedang berlaku ketika ini... aku cuba untuk mengutip kembali semangat yang pergi disaat ini.. aku duduk dibangku dan kepalaku mendongak ke langit sambil memejamkan mata, tanpa aku sedar airmata aku lagi jatuh kebumi...
Sambil leka aku melayan perasaan sambil mencari semangat aku, handphone ditangan berdering, skin tertera nama abang Long,
"Assalamualaikum abang"
"Nur, jenazah akan dibawa pulang ke kampung, Nur nak follow abang pulang ke kampung atau Nur nak balik KL?
"Abang, Nur balik kampung"
"Jenazah lambat lagi nak keluar,kerana van jenazah dari Taiping"
"Kalau macam tu Nur pulang dulu ke kampung la"
"Are you sure? Are you ok to driving alone with this condition? With your fever"
"I'm ok abang, dont worry.. Allah always with me remember... "
"Ok, see you at home then, please drive carefully"
"Sir,yes sir.... Assalamualaikum abang"
Aku kembali melayan perasaan sedih ku, aku memejamkan kembali mata ku tiba-tiba....
"Assalamualaikum Cik, are you okey?" kedengaran seperti suara seorang jejaka...
hati kecik aku berdetik, siapa pula yang mengganggu waktu untuk aku menenangkan diri ni, dengan perlahan aku membuka kelopak mata aku, and yes it's a man... tetiba kerisauan menyelubungi diri, ye la tiba-tiba jejaka yang tidak pernah aku mengenali seumur hidup aku, apatah lagi melihat wajah nya, hendak aku lari rasa seperti tidak sopan, kerana aku belum menjawap salam nya lagi, dengan rasa tawakal kepada Allah S.W.T aku menjawap, Bismillah
"W'salam, ye encik ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya aku spontan
"No, it's not about me, just asking you, are you okey?"
"Me? in shaa allah i'm ok sir, maaf jika saya bertanya, kenapa encik tanya saya soalan sedemikian rupa?
"No, saya tengok awak macam tak sihat je, dengan muka pusat, jalan pun macam tiada tenaga, so atas sifat kemanusiaan saya bertanya, jika ada bantuan yang boleh saya hulurkan"
ya allah! ade orang perasan ke?? tidakkkkkk!!!! malunyaaaa, menjerit hati kecik aku.
"Alhamdulillah saya sihat, cuma emosi saya tidak stabil, baru saja kehilangan insan yang saya sayang" airmata ku bagai kan ingin jatuh kebumi, aku cepat-cepat sapu.
"oh! takziah dari saya"
aku melihat jam ditangan, jarum nya menandakan tepat jam 11:00PM, aku harus bergegas pulang ke kampung, oleh kerana aku tidak memakai kaca mata, jadi aku harus melangkah sekarang.
"Maaf awak, saya minta diri dulu, sebab dah lewat sangat kalau saya nak drive malam-malam ni, Assalamualaikum " pada saat aku hendak melangkah tiba-tiba,
"Awak... tunggu kejap, saya nak mintak no phone awak boleh?" tanya lelaki yang tidak ku kenal walaupun nama dia, dan sambil tersenyum, aku menjawap...
"In shaa allah boleh jika dengan izin-Nya, awak bagi nombor awak, nanti saya akan miss call awak, boleh?" tangan ku sudah memegang handphone....
"Terima kasih awak, nanti awak miss call saya ye" dengan penuh pengharapan jejaka itu meminta
"In shaa allah awak, saya minta diri dulu,,.. Assalamualaikum" aku terus berlalu pergi.. 
Aku meyusur Lebuhraya Pluss dengan hati yang sayu menuju ke Bersia Lama, Gerik, pandangan aku entah kemana, entah berapa Kilometer aku tekan, yang pastinya tidak lah laju, perjalanan mengambil masa lebih kurang 3jam, sampai saja aku di Bandar Gerik, aku berhenti untuk mengisi perut yang sedang berkeroncong irama Ghazal, kebetulan restoran mamak di pekan masih lagi beroperasi,
Tidak sampai beberapa saat aku duduk, pelayan menghampiri aku dengan buku nota ditangan untuk mengambil pesanan.
"Bagi saya limau suam tanpa gula dan roti canai banjir" bunyi agak menyelerakan,
 Pesanan sudah selamat berada dihadapan aku, tinggal untuk dijamah, sebelum makan wajib baca doa makan okey, jangan sesekali lupa ya ^_^, baru aku ingin memulakan suapan pertama, asap rokok mula masuk melalui hidung aku yang tersangat sensitif, dada aku mula panas dan berombak, aku segera minum dan pergi ke kaunter untuk membayar, roti canai itu aku tinggalkan begitu saja tanpa menjamah, memikirkan aku pulang ke kampung sehelai sepinggang, jadi ubat Asma sudah tentu aku tak bawak la kan? bergegas aku keluar dari restoran mamak tu dan aku singgah ke 7 Eleven untuk beli keperluan asas.
   Aku meneruskan perjalanan ke rumah atok yang akan mengambil masa dalam 15-20 minit, waktu-waktu begini memang nyaman jika driving bukak tingkap, dapat juga aku merasai angin tengah malam yang mendamaikan, segera aku menutup kembali tingkap kereta bila kereta aku menghampiri rumah atok, kenapa tutup tingkap? rumah atok ku berhadapan ke Tanah Pekuburan Islam.... uuuwwwwwwwwwww..... ai takut ke Nur? mesti lah takut!! buatnya tetibe muncul di tepi tingkap tak ke terkejut beruk dibuatnya... hahahah...Melihat Cu (mak cik) setia menanti ku dipintu, aku terus mendapatkan dia, salam dan peluk, sekali lagi hati kecil aku merasa senang, aiikkk! Cu? bukan kata tadi pergi rumah atok? ini jawapan nya... rumah Cu Nur berada dibelakang rumah atok, aku terus kesana kerana tidak mahu mengganggu tidur atok ku, dah dapat jawapan yang di cari??? ok back to my story ^_^...

  Tersedar aku dari tidur bila azan Subuh berkumandang, aku bangun dan membersihkan diri, lalu aku menunaikan tanggungjawab aku pada Maha Agung, Selesai menunaikan perintah-Nya, aku menadah kedua telapak tangan ku...
Ya allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, aku hamba mu yang hina lagi kerdil ini memohon KAU ampunkan lah dosa kedua orang tua ku Ya Allah, kau ampunkan lah dosa adik beradik ku ya allah, kau ampunkan lah dosa saudara-saudara ku, kau ampunkah lah dosa arwah atuk nenek, dosa arwah mak cik ku, dosa seluruh umat islam didunia ini ya allah, dan aku merayu pada-Mu ya allah kau ampunkan lah dosa-dosa ku yang menggunung ini ya allah,
Ya Allah... aku sedar segala ujian yang kau berikan pada aku ni adalah hadiah tanda kasih sayang-Mu pada hamba-Mu ini, aku redha menerimanya Ya Allah jika ujian ini mampu mendekatkan dan meletakkan hanya kau satu-satunya dalam hati aku, tiada yang lain melainkan Mu Ya Allah, tiada yang lain, Ya Allah, aku merayu pada mu, kau berikan lah kekuatan dan ketabahan untuk aku menjalani sisa-sisa yang berbaki ini Ya Allah, agar aku sentiasa dibawah keredhaan Mu,. Tiada tempat untuk aku mengadu melainkan Mu, tiada tempat untuk aku meminta melainkan hanya Kau ya Allah, Amin
Aku menyapu dan menyeka airmataku yang sudah membasahi telekung... rindu ku pada arwah yang allah yang tahu...
Tepat jam 8 pagi aku bersiap untuk pergi kerumah arwah, untuk dimandikan dan dikafan kan, aku hanya mampu melihat dari jauh sekujur tubuh yang kaku tidak bernyawa diangkat untuk dimandikan, lalu dikafankan, dan diusung pergi ke masjid untuk disembahyangkan. Selesai disembahyangkan jenazah dibawa pula ke tanah perkuburan untuk dikebumikan, sekali lagi aku hanya mampu melihat dari jauh, airmata aku jatuh ke bumi, ini adalah penghormatan terakhir aku untuk sahabat aku, seorang mak cik, seorang sahabat, seorang kawan, seorang rakan, airmata ku mengalir laju, takut tidak manis dilihat orang aku masuk kedalam perut kereta dan menangis semahu mahunya, melepaskan sesuatu yang kita sayang, hati kecil aku tak pernah jemu memujuk dan memberikan kata-kata semangat, setelah segalanya selesai, aku pulang semula kerumah, aku merehatkan badan yang terasa terlalu lesu, tidak terdaya untuk bergerak kemana, tengahari aku harus berangkat ke Kuala Lumpur. Aku merebahkan badan aku diatas katil, dan terus terlena.
"Akak... akak, bangun kak mari kita makan tengahari kat rumah Tok, semua sedang menunggu untuk makan bersama-sama akak, jom" pelawa Cu
"Cu... izinkan akak bersihkan badan dan solat dulu ya," pinta ku pada Cu
"Baik, kami tunggu akak ya"
Selesai menunaikan solat Zohor aku terus berjalan ke rumah Tok... aku lihat semua ahli keluarga ku setia menanti ku untuk makan bersama-sama, melihat lauk-lauk kampung membangkitkan selera aku yang telah hilang entah kemana sejak dua menjak ini, aku lihat ada lauk sardin, ikan masin, sambal belacan, ikan talapia masak singgam, sambal terung, Ya Allah terima kasih atas rezeki yang engkau berikan.
Alhamdulillah... perut aku yang tidak berisi dari malam semalam selamat diisi sehingga kembung, dan cuma tunggu masa untuk keluar balik(muntah) ye la mana tidaknya aku sudah overload makan, mungkin kerana berselera makan bersama sanak saudara. Aku memandang jam pada dinding menunjukkan saat ini dah menghampiri asar jadi aku mengutamakan apa yang utama.
Tepat jam 5 petang aku berangkat pulang ke Kuala Lumpur, sepanjang aku menyusur jalan raya menuju ke Kuala Lumpur, fikiran aku ligat berputar bagaikan projector yang sedang memancar memainkan semula segala kenangan-kenangan manis antara aku dan arwah, Alhamdulillah segala kenangan adalah kenangan yang terindah untuk aku kenang, tiba-tiba aku teringat kali terakhir aku berbual dengan arwah pada hari jumaat malam sebelum kejadian, suara arwah kedengan sungguh ceria bila mendapat panggilan dari aku, tak pernah aku dengar suara arwah seceria itu....
"Assalamualaikum mak ngah ku sayang, dibelai dan dimanja....."
"W'salam anak ku sayang, akak sihat? mak ngah baru nak call akak nak tanya khabar, lama sungguh anak mak ngah tidak call mak ngah, ingatkan dah dapat Boyfirend lupa terus dengan mak ngah"
"Ishhhhhh! mak ngah ni, akak mana lah ada orang nak,"
"Haiiiii! akak tak baik tau cakap macam itu, seumpama tak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan pada akak, mai sini mak ngah nak bagi tau, pada pandangan mak ngah akak sangat cantik dan comel lagi, mak ngah sendiri pun kadang-kadang gerammmmm dengan pipi akak tu, kalau mak ngah dapat memang mak ngah tak akan lepaskan tahu tak? jadi pesan mak ngah, walau macam mana pun dugaan lepas ni, mak ngah nak akak tabah menghadapi setiap cabaran, setiap ujian yang Allah berikan, redha dan bersyukur kerana Allah masih menyayangi akak sebab itu dia belum berikan akak jodoh, jangan sesekali mempersoalkan kenapa dan mengapa Allah memberikan akak ujian ini, Setiap ujian yang Allah turunkan pada setiap hambanya adalah kerana hadiah dan tanda kasih sayang-Nya pada kita, akak suka Allah tak pandang akak? jika itu berlaku maksudnya Allah murka dengan akak, akak ingat baik-baik pesan mak ngah ni ya...lagi satu jangan sesekali tinggal solat tanpa sebab, dan mak ngah nak berpesan, tutup aurat dengan sebaik yang mungkin, pasal kerja akak tu.. akak pakai ja tudung, niat kita kena betul, akak niat kerana Allah, pasti Allah permudahkan segala urusan kita kerana niat kita untuk berubah, jangan risau tentang bos-bos akak tu, mak ngah suka sangat tengak akak bertudung manis sangat, entah kenapa, mak ngah rindu sangat dengan akak, helloooo, akak.. are you there?"
aku menyeka airmata yang membasahi pipi
"Ya mak ngah akak ada kat cini tak pergi mana pun, terima kasih mak ngah, saat ini akak memang memerlukan kata-kata perangsang dan semangat" entah kenapa saat itu hati aku rasa sayu je dengan setiap patah nasihat mak ngah, aku bersyukur kerana dapat kawan yang sangat memahami aku.
"Mak ngah tahu akak boleh hadapi segala dugaan ini, mak ngah tahu akak kuat, akak boleh lalui segala ujian ini dengan sabar," nasihat mak ngah lagi.
"Mak ngah, terima kasih atas segalanya, akak sangat beersyukur dapat mak cik macam mak ngah yang sentiasa memahami akak"
"Sama-sama sayang, ok jom solat, dah masuk isyak, mak ngah minta diri dulu ya, akak hati-hati jaga diri ya, jaga maruah diri, jaga maruah keluarga, ingat pesan mak ngah ni"
"In Shaa Allah mak ngah, mak ngah pun hati-hati jaga diri ya.... Assalamualaikum"
Kereta aku membelok ke kiri setelah melihat signboard RnR Tapah, mata terasa lesu, segera aku melangkah ke surau untuk memunaikan solat Maghrib takut terlepas waktu, ramainya manusia yang membanjiri RnR Tapah, Sesudah aku melangkar keluar dari surau aku melangkah ke kereta untuk berehat, nak beli makanan perut masih lagi masih penuh, tiba-tiba...
ALLAHUAKBHAR! aku terjatuh, aku terjaga dari sedar, ya aku sedar yang aku telah dilanggar oleh sebuah motor superbike, Ya Allah entah apa yang aku fikir ni sampai moto laju pun aku tidak perasan.. nasib baik hanya minor injure, tapi ada la bleeding sedikit, setelah minta maaf dengan penunggah motor itu aku melangkah ke kereta dengan menahan kesakitan di bahagian lutut, dan aku rasa macam ada benda yang mengalir, laju dengan laju aku melangkah ke kereta, kulihat darah laju mengalir, arghhhh!!! aku di dalam ketakutan, aku masuk kedalam perut kereta dan memandu meneruskan perjalanan ke KL,
  Sebaik saja aku tiba di kawasan tempat letak kereta aku menarik nafas lega,,,,, Alhamdulillah aku selamat sampai, tiba-tiba bibir mengukir senyum bila fikir perbualan dengan doktor semasa mamakai dressing...
"you ni kena langgar ka?" aku memandang pelik doktor tu, mana pulak doktor ni tahu
"Mana doktor tahu?"
" i doktor maaa.... i tahu lah" hahaha setepek aku kena..
"Husband you mana tak temankan you ka?"
"Husband? saya belum kahwin la doktor" aku pulak yang pelik tengok muka tercengang doktor tu
"Seriously you tak kahwin lagi ka? no way!!!!! can't belive it"
"Kenapa pula tak percaya?"
"OMG, orang secantik you belum kahwin?" aku tersipu malu sendiri
"Betul lah doktor, saya tiada siapa yang punya melainkan kedua orang tua saya"
"Umur you berapa?
"27 tahun"
"OMG!!!!" dah kenapa pulak nak OMG bagai doktor ni... tua sangat ke aku ni?? tetiba sedih hati kecil aku
"i tengok you tak macam 27tahun pun, looks like sweet 22" Ya Allah, kau buang lah rasa yang sedang aku rasa saat ini.
"sudah lah doktor jangan nak bergurau dengan saya, saya tak suka"
"ok...ok.. but im not joking ok... semoga you berjumpa dengan seseorang yang betul-betul menghargai dan boleh melihat kebaikan yang ada dalam hati you" sekali lagi aku terpinga-pinga, doktor ni dah macam ahli nujum dah.
"Terima kasih doktor" aku melangkah keluar dari bilik doktor nasib baik lah time itu tidak ramai orang yang berkunjung ke klinik tu, jika tidak mau penat menunggu, aku yang dengar dia membebel pun aku penat...hahahah
hahahaah.... kelakar,...sampai dirumah aku menanggalkan balutan itu lalu aku mengambil wuduk untuk memunaikan solat isyak, nasib baik waktu isyak panjang,
selesai senunaikan segala kewajipan aku duduk di balconi rumah.. menghirup udara malam yang teramat nyaman sangat menenangkan jiwa... aku memejamkan mata, membiarkan angin menyapu airmata ini lantas hati kecil aku berkata
YA ALLAH, SEBAIK BAIK PERCATURAN YANG AKU BUAT, TIDAK PERNAH DAPAT AKU MENANDINGI PERCATURAN MU YA ALLAH, SESUNGGUHNYA, AKU TERIMA DENGAN HATI YANG TERBUKA DAN AKU REDHA ANDAI INI TAKDIR AKU............
Al-Fatihah buat arwah mak ngah....

0 comments:

 

All Right Reserved To Dhia-Manja.