C.I.N.T.A Diantara Kita (Part 1)

Nur Humairah melemparkan pandangannyaa ke luar jendela kereta, tiba-tiba lamunan nya terhenti bila suara lelaki yang berjaya mencuri hati nya walaupun hanya seketika perkenalan...
"Nur.... abang nak tanya sesuatu boleh?" suara yang lembut menyapa gegendang telinga ku.. dan aku hanya mampu menganggukkan kepala... ye la malu ok baru pertama kali kami bertentang mata.
sekali lagi suara yang lembut menyapa gegendang telinga ku...

"Pada malam yang Nur tanya abang dalam Whatsapp tempoh hari tu....." kata-katanya terhenti.. muka aku bertukar merah, nafas ku seakan-akan tidak sampai ke paru-paru, hati aku berdegup kencang bila peristiwa yang aku sendiri cuba sedaya upaya untuk melupakan pada malam tempoh hari...

"Nur memang berharap ke kita ada apa-apa hubungan?" Kata-kata yang membuatkan jantung ku gugur.... muka ku berubah sedih, bercampur dengan perasaan malu..hati aku terdetik
kalau abang boleh baca isi hati Nur... kalau abang tahu yang Nur sedaya upaya untuk menjayakan hubungan ini...kalau lah abang tahu betapa peritnya melalui malam yang panjang dengan hati yang kecewa...
"Nur.... oooo Nur, cepat lah abang tunggu jawapan dari Nur ni..."
"Maaf abang, Nur tak tahu macam mana nak cakap" kepala ku tertunduk ke bawak memandang jari jemari dengan airmata mulai bergenang, aku cuba menahan dari gugur jatuh kebumi.
"Ok senang Yes or No.... tapi kan Nur... abang rasa the answer is Yes right" hanya Allah S.W.T saja yang tahu bagaimana perasaan ku waktu itu, dan hanya menganggukkan kepala.
Masa untuk Hati dan Akal berperang....
"Bodoh la Nur ni,.. yang kau pergi jawap tu kenapa? bukan boleh mengubah kenyataan... bukan dia boleh terima kau... kau sendiri tahu yang dia ada pilihan dia sendiri kan????" Marah akal

"Eh! kau... biar la dia.. sekurang kurangnya dia jujur dengan diri sendiri, jujur dengan perasaan sendiri dan yang penting dia jujur menjawap.. tanpa menipu! apa faedahnya menipu?" Hati membalas
Kami berdua menyusuri jalan untuk menghantar dia pulang ke rumah, eh! kenapa nak hantar dia kerumah??? entah.. dia nak tumpang dan aku pun setuju je lah... lagi pun aku bukan lah tahu sangat jalan sekitar Ara Damansara. Waktu itu aku banyak mendiamkan diri walaupun hati ini banyak perkara yang ingin dipersoalkan...banyak juga jawapan yang aku perlu kan kerana.. ada perkara yang aku harus tahu dan clearkan, tetapi mulut aku seakan terkunci, hati aku memberontak memaksa aku menanyakan segala persoalan..baru aku nak menanyakan soalan..
"Kenapa diam je.."

"Sebenarnya banyak soalan Nur nak tanya abang, banyak sangat.. bermula pada malam itu..." tiba-tiba entah dari mana datang aku untuk melontarkan kata-kata walaupun dalam keadaan malu... aku malu pada orang yang mencuri hati aku, aku malu kerana ini untuk pertama kali kami bertemu... walaupun kami jarang berwhatsapp bersama, walaupun kami jarang berbual... even dalam whatsapp group kami jarang berbual... akan tetapi pada masa yang sama aku gembira kerana aku berpeluang melihat wajahnya... aku berpeluang mendengar suaranya... fuh! macam orang angau kan aku ni?? tapi aku tak ada sampai ke tahap angau...ok stop mengelamun..back to our conversations ^_^

"Ok..Nur tanya abang akan jawap..." jawapan yang aku anggap ikhlas keluar dari mulutnya

"Pertama sekali Nur nak minta maaf sebab menaruh harapan pada abang... kerana dari cara abang layan Nur, kata-kata abang pada Nur mungkin buat Nur salah anggap dan hanya bertepuk sebelah tangan..." Kata-kata aku terhenti kerana airmata ingin deras mengalir keluar, ku kumpulkan semangat untuk meneruskan kata-kata..
"Malam tu masa ada seseorang bagi tahu Nur yang abang sudah ada pilihan hati, dan abang juga tak nak cari perempuan yang tua dari abang, pada saat tu, Nur rasa macam orang bodoh, bodoh kerana tak sedar yang Nur hanya bertepuk sebelah tangan... Nur sedih sangat malam tu sampai bengkak mata Nur, terpaksa Nur ambil 1/2 day untuk tenangkan fikiran" celoteh aku yang panjang lebor... ye lah kang kalau aku stop berkata-kata nanti aku menangis lak kan? so ade peluang baik aku pot pet pot pet dulu....
"Nur... mana ada abang kata abang tak suka Nur... ok ni honestly  abang bagi tahu, abang pun ada perasaan pada Nur... abang mintak maaf buat Nur menangis, waktu tu abang rasa bersalah sangat sebab buat macam tu dengan Nur... Maaf kan abang ye...."
"Aku hanya anggukkan je kepala..."
"Abang... Nur nak tanya lagi boleh?"
"Apa dia?? abang tak dengar... cuba Nur cakap kuat sikit"
"Maaf, ni je yang termampu... "
"Cuba pandang abang....Comel la Nur ni... ok nak tanya apa"
"Betul ke abang dah ada pilihan hati? kalau betul kenapa hari yang kita berWhatsapp haritu abang cakap cam tu?"
"Nur ingat tak masa kita pertama kali berWhatsapp dan bertukar selfie.. abang ada bagi Hint pada Nur... Nur ingat tak?" Alamak hint??
"Maaf Nur tak dapat recall" hati aku bising.... apsal la ko ni sengal sangat Nur Humaira... cam mana ko boleh tak ingat...tapi akal aku macam dapat tangkap hint apa yang dia maksudkan.
"Kan masa tu abang ada bagi tahu yang abang nak kenal rapat dengan Nur... maksudnya abang tiada sesiapa dalam hati ni"
Binggo!!!!!!! kan betol tekaan aku...
      Sedar tidak sedar kami makin hampir tiba ke destinasi yang di tuju... masih banyak lagi persoalan aku yang masih belum terjawap... dan ada yang dah jawap tapi biarlah menjadi rahsia antara kami... 
Selesai hantar dia pulang, aku terus meneruskan perjalanan aku ke masjid yang berhampiran... kerana aku tidak sempat menunaikan kewajipan aku pada Maha Esa siang tadi...
ahhhhhh!! alasan je kau ni Nur Humaira, boleh je kalau kau nak pergi masa perjumpaan tadi... ni tak sebuk mendahulukan duniawi....
   
         Sampai saja aku dirumah aku terima mesej dari sidia... hati aku berbunga riang kerana ini kali pertama kami bermesej seperti orang normal yang lain..

"Nur... esok Nur free tak?"
"Kenapa abang tanya?"
"Abang nak mintak tolong boleh"
"Nak tolong apa?"
"Esok tolong hantar abang ke stesen bus boleh?"
"Aikkkkk, bukan kata balik dengan abang ke tadi????"
"Abang lupa yang abang punya abang dah balik kampung"
"Hahahahah.... adehhhhh... macam orang tua abang ni"
"Boleh tak?"
"Kalau Nur tak dapat nak tolong hantar abang, abang nak pergi stesen bas naik apa?"
"Jalan kaki"
"Nur tanya betul-betul ni..."
"ok...ok... abang naik KTM la"
"Abang nak gerak jam berapa?"
"jam 12 tengah ari"
"Ok.. Nur tolong abang ^_^.. see you tomorrow"
tiba-tiba aku kena marah dengan akal aku sendiri....
ko ni dah kenapa NUR HUMAIRA!!!!!!!!!! cepat sangat nak tolong orang... cepat sangat memaafkan orang... ko lupa ke apa yang dia dah buat dengan ko??? sampai bengkak-bengkak mata bagai... apa nak jadi la ko ni... membebel akal aku.....akan tetapi hati aku tak pernah mengalah..
eh! biar lah dia... janji dia bahagia.... kan bagus ada sifat tolong menolong orang yang memerlukan... dan memaafkan orangkan perkara yang baik... pasal bengkak-bengkak mata tu dah jadi sejarah silam... simpan je dalam kotak kenangan... sekarang ni semuanya dah clear kan?
bergaduh la korang... aku nak mandi...

Selesai mandi Nur Humairah bersiap untuk menunaikan solat Isyak... ketika itu senyum tak lekang dari bibir nya... rasa gembira jelas terpacar diwajah nya... dan bibir yang terkumat kamit membaca ayat kursi yang memang tak pernah lupa untuk membaca setiap saat.

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim....

aku hambamu yang hina ini menadah kedua tapak tangan ku ingin memohon Kau ampunkan lah dosa-dosa kedua orang tua ku, dosa-dosa adik beradik ku, dosa-dosa seluruh ahli keluarga dan sanak saudara ku yang masih hidup dan yang telah kembali ke pangkuan-Mu Ya Allah.... aku juga mohon kau ampunkan lah dosa-dosa seluruh saudara-saudara seislam dimuka bumi Mu yang luas ini Ya Allah.... dan aku merayu pada-Mu Ya Allah.... Kau ampunkan lah dosa-dosa ku, dosa ku yang tidak terhitung banyaknya... sesungguhnya hanya pada-Mu aku memohon keampunan Ya Allah...

Ya Allah... aku bersyukur atas segalanya yang berlaku hari ini Ya Allah, kerana tanpa izin dari-Mu semua ini tidak akan pernah berlaku.... terima kasih Ya Allah...

Ya Allah... aku mohon pada-Mu, seandainya dia pemilik tulang rusukku, kau jaga lah dia untuk ku Ya Allah, sehingga kami disatukan menjadi halal....kau lapangkan lah dada kedua orang tuanya untuk menerima ku seadanya... seandainya dia bukan pemilik tulang rusukku, kau jauhkankan lah perasaan ku yang kian mekar terhadapnya... sesungguhnya hanya padu-Mu tempat aku merayu dan memohon.. seandainya apa yang terjadi antara aku mahupun dia... aku mohon kau kuatkan lah hati kami untuk redha menerimanya... tabahkan lah hati aku dan dia.... kau berikan lah kekuatan untuk mempertahankan hubungan ini... sesungguhnya hanya engkau yang mengetahui apa yang terkandung dalam setiap hati hamba-hamba mu...dan sesungguhnya hanya pada-Mu aku berserah....
Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adhaban-nar"
Nur Humairah mengesat airmatanya yang tidak terbendung lagi.... dia seolah-olah dapat merasakan sesuatu yang telah terdetik didalam hati... sesuatu yang kurang gembira yang akan berlaku.
ya allah... seandainya terjadi kau kuatkanlah hati aku untuk pasrah menerimanya ya allah...
terus terlena dengan bertemankan airmata..... Semoga kamu memiliki mimpi yang indah wahai Nur Humaira...
 

All Right Reserved To Dhia-Manja.