♥♥ SEBUAH RENUNGAN ♥♥


RENUNGAN
Hari berganti hari tanpa terasa. 
Usia kita semakin bertambah, namun serasa masih terus muda seperti dulu.
Waktu terus berjalan.
Dulu otot dan badan kita kencang, kini kendor.
Dulu kita gagah, kini mulai goyah.
Dulu kita kuat, kini beransur lemah.

Ingatlah kata-kata bijak :
• Besi itu kuat, tapi api dapat meleburkannya.
• Api itu kuat, tapi air mampu memadamkannya.
• Air itu kuat, tapi matahari mampu mengwapkannya.
• Matahari itu kuat, tapi awan bisa menghalanginya.
• Awan itu kuat, tapi angin mampu memindahkannya.
• Angin itu kuat, tapi manusia mampu mengendalikannya dengan layar perahu.
• Manusia itu kuat, tapi dosa dan nafsu duniawi dapat melemahkannya.
• Dosa itu kuat, tapi Iman bisa mengatasinya.
Maka, yang terkuat adalah :
IMAN dan KEBAIKAN, kerana TAK AKAN HILANG SETELAH KEMATIAN ...
Dan yang paling indah dalam hidup ini adalah :
- Saat kita pergi ada yang mendoakan.
- Saat kita jauh ada yang merindukan.
- Saat kita sedih ada yang menghibur.
- Saat kita bertemu ada senyum yang Indah.

Tapi yang terindah dari segalanya adalah :
Ketika Allah masih berkenan memberikan  NAFAS untuk kita hidup di hari ini & bisa
bersilahturahim, walaupun tidak bertatap muka tapi bersyukurlah kerana kita masih mampu bertegur sapa......
Mari kita senantiasa  BERSYUKUR  kepadaNYA...
Yang perlu kita ingati setiap hari...kita dengan Alam Barzah semakin dekat hari demi hari...

♥♥ ALHAMDULILLAH, PEMBEDAHAN BERJAYA ♥♥

Pada jam 2:30 tadi pesakit ditolak masuk ke bilik pembedahan untuk mengeluarkan segala isi dalam perut pesakit, pesakit mengadu sakit perut yang teramat sangat, jadi tanpa berlengah pesakit dengan segera dibedah. proses pembedahan ikuti proses-proses pembedahan, Cik Nur lampirkan bagi pembelajaran anda semua, cara-cara nak membedah pesakit yang mengalami sakit sama seperti pesakit ini....
Pencubaan memgunakan tangan kanan
Akhirnya akur, dah left handed, guna je lah
  
  
 
Gotchaaaa!!!!! suspen tak..suspen tak 
Cik Nur bedah cempedak je, al maklum lah staff JAKS tingkat 3 ni memang begini, mulut tu sentiasa nak mengunyah je, nak tengok masa tak mengunyah time Puasa je... hahaah
Cik Nur suuuukaaaaaa sangat Cempedak, Nangka, tapi Nangka Cik Nur dah tak boleh nak makan dah... sempuuuuut
Masa hujan-hujan macam ni sedapkan makan panas-panas...
Jemput makan... Cempedak goreng ada, Terung goreng ada....

♥♥ 10 TIPS UNTUK PERGI MELANCONG ♥♥

Bila bercakap mengenai melancong, kita sering terbayang pantai, air terjun, makanan, tempat-tempat yang menarik atau aktiviti kegemaran semua iaitu membeli-belah. Namun, tidak kurang juga ada yang minat melancong. Malah statistik Jabatan Pelancongan negara menunjukkan rakyat Malaysia membelanjakan sekitar RM41.2 billion pada 2014 untuk melancong dalam negara sahaja! (nampak... punya lah ramai yang suka melancong)
Ternyata penduduk negara ini gemar melancong ditambah lagi dengan kemunculan pelbagai kempen dan pesta pelancongan yang ada setiap tahun. Tetapi, pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana mendapatkan percutian yang menarik dan selesa dengan perbelanjaan yang rendah. Cik Nur nak bagi 10 tips pada mereka yang akan pergi melancong sebagai rujukan termasuk lah untuk diri Cik Nur sendiri ^_^ 
 
1. Bercuti di waktu off-peak season
Harga tempahan bilik dan penerbangan semasa musim cuti sekolah, cuti perayaan atau hujung minggu lazimnya lebih tinggi. Ia digelar waktu ‘peak season’ atau waktu puncak. Untuk perjalanan lebih menguntungkan, pilih waktu bukan puncak (off-peak season). Kurang mahal malah tidak perlu menempuhi kesesakan lalu lintas!
2. Pilih destinasi yang kurang dikunjungi orang ramai
Destinasi tempatan juga menawarkan pelbagai pakej menarik dengan harga berpatutan. Jika anda penggemar alam sekitar, boleh mencuba untuk bermalam beberapa hari di Hutan Royal Belum di Gerik, Perak atau ke Taman Negara Pahang. Ataupun pergi berenang dan menyelam di sekitar Pulau Aur di Johor, Pulau Tenggol, Terengganu atau Pulau Bohey Dulang di Sabah. Sedikit sebanyak kita akan membantu meningkatkan ekonomi penduduk di kawasan ini. 
 
3. Periksa waktu terbaik untuk berjalan-jalan ke destinasi ditujui
Umum mengetahui kedudukan Malaysia yang terletak di garisan Khatulistiwa  mempunyai dua musim iaitu musim tengkujuh dan musim panas. Musim tengkujuh kebiasaannya antara bulan November hingga bulan Mac. Waktu ini angin yang kuat dan hujan lebat melanda pantai timur Semenanjung negara dan sama-sekali tidak sesuai untuk aktiviti pantai. Maka anda boleh memilih untuk bercuti di bahagian pantai barat Semenanjung sepanjang tempoh itu.
4. Beli tiket penerbangan selepas tengah malam
Pembelian tiket penerbangan selepas tengah malam adalah lebih baik bukan sahaja kerana lebih sedikit orang yang melayari laman web berkenaan, malah kadang-kala anda juga boleh mendapatkan tawaran lebih murah. Kita perlu sedikit tabah untuk memperoleh hasil yang lebih baik, betul tak? 
5. Buangkan ‘cookies’ enjin carian setiap kali membuat pembelian tiket penerbangan
Tahukah anda semakin banyak rekod pencarian anda disimpan dalam rekod ‘cookies’ enjin carian anda, semakin tinggi harga yang akan diperolehi? Ini adalah satu muslihat yang ramai mungkin tidak sedar. Untuk penjimatan berganda, jangan lupa bersihkan rekod ‘cookies’ anda!
6. Pembelian tiket penerbangan paling murah antara hari Selasa dan Rabu
Ini kerana tidak ramai penumpang yang terbang pada hari- hari berkenaan. Hari Isnin masih mengekalkan harga yang tinggi kerana kebanyakan orang mempunyai urusan kerja di mana-mana negeri pada hari itu. Kemudian mereka akan pulang selepas beberapa hari, kebiasaannya hari Khamis atau Jumaat. Seterusnya hujung minggu adalah waktu puncak. 
7. Pilih tempat penginapan yang murah
Ramai yang mahukan tempat penginapan yang selesa untuk diri sendiri dan juga keluarga. Kini Malaysia mempunyai rangkaian pilihan yang lebih meluas dengan harga lebih jimat. Bagi yang berkeluarga, anda boleh memilih untuk tinggal di rumah inap (homestay). Semakin ramai yang membuat perkhidmatan ini yang bukan sahaja selesa malah lebih murah untuk ditinggal dalam jumlah yang ramai.
Atau bagi yang lebih gemar melancong secara backpack, anda juga boleh menyewa di dormitori. Di sini, anda boleh menambah kenalan dari pelbagai latar belakang, bangsa dan negara kerana persekitarannya yang lebih terbuka. Barulah 1Malaysia! 
8. Tempah penginapan lebih awal
Sesetengah orang bagaimanapun lebih selesa untuk menginap di hotel berdasarkan kemudahan dan perkhidmatan yang lebih memuaskan. Dengan kemudahan teknologi sekarang, ia lebih mudah untuk membuat tempahan penginapan dengan lebih awal. Anda boleh memeriksa julat harga antara satu tempat ke tempat lain di laman-laman enjin carian hotel seperti Agoda dan Booking.com yang menawarkan banyak pilihan.
Sesetengah tempat memerlukan anda membuat pembayaran deposit untuk menjamin tempat. Bagi yang tidak memerlukan deposit, pastikan anda tiba di tempat penginapan ditempah pada waktu ditetapkan dan membayar tempahan dijanjikan. Sebagai sebuah masyarakat dalam sebuah negara yang menuju konsep negara berpendapatan tinggi, integriti setiap orang memainkan peranan penting. Kita harus jujur,amanah dan bertanggungjawab dengan tindakan kita supaya memudahkan pihak penginapan melakukan tugas mereka. 
9. Gunakan pengangkutan awam untuk melancong
Sekarang ini, lebih banyak pengangkutan awam yang menghubungkan satu negeri ke negeri yang lain disediakan di seluruh negara. Ini bermakna semakin mudah untuk kita bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Contohnya, kemudahan kereta api ETS terbaru yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Padang Besar, Perlis hanya mengambil masa kurang 5 jam. Ia turut menyediakan kantin dan sistem televisyen untuk menemani perjalanan anda. Bayangkan betapa selesa dan mudahnya untuk kita melancong sekarang! Tak perlu lagi memandu selama berjam-jam ke kampung. 
10. Cuba aktiviti masyarakat tempatan
Lain tempat, lain adat dan budaya mereka.  Jadi inilah peluang kita untuk mencuba perkara baru dan mempelajari budaya-budaya masyarakat setempat. Contohnya mencuba mee kolok di Sarawak, belajar seni warisan tekat di Perak, belajar berenang seperti Bajau Laut atau mencuba gaya hidup masyarakat Orang Asli di Pahang. Keseronokan dialami pasti membuatkan anda tidak putus-putus ingin melancong di sekitar negara. Pengalaman unik ini pasti tidak dilupakan!

♥♥ NAK BERCUTI KEMANA??? ♥♥

Jom ramai-ramai pergi bercuti tahun depan, tapi tahun depan banyak cuti tak berapa cantik, akan tetapi, siapa peduli ye tak???
tahun depan bulan 2 Cik Nur dah habis kelas, cuma fokus dalam Reseach paper je selama 3 bulan jadi boleh lah buat sambil pergi melancong, sudah ada beberapa negara dalam kepala ni, Cik Nur rancang nak jelajah Asia dulu, Perghhhh!!!! Cik Nur nak jelajah Asia, hahahahah
siapa la agaknya mangsa Cik Nur untuk jadi peneman??? Jom korang kita pergi melancong nak tak???Pergi Lombok pun ok juga kan??? apa-apa pun jom rancang cuti anda... rancang cuti anda dengan tepat ya, kemana arah destinasi, penginapan, pengangkutan, dan sebagainya. ^_^

♥♥ ANDA PERNAH BUAT MACAM NI TAK??? ♥♥

Al-kisahnya cerita bermula begini, pada tanggal 12 Nov 2016, eh! dah macam zaman kuno la pula. Cik Nur nak cerita je perjalan Cik Nur ke Jalan TAR je... hahahhahh
Elleh pergi Jalan TAR pun nak kecoh... kan..kan...kan
sebenarnya Cik Nur kesana dalam keadaan yang tidak sihat, dengan demam berembun sampai pagi buta menanti kawan yang kesudahannya tidak kunjung tiba... jadi Cik Nur marah sangat-sangat, tak tahu nak lepaskan pada siapa, nak call or whatsapp kawan tu memang tak lah Cik Nur nak berhubung dengan dia, jadi Cik Nur pergi lah merayau dalam keadaan demam tu... marah punya pasal sampai tak fikir langsung keselamatan diri, huhuhuhu malam tu dalam perjalan nak ke stesen LRT Bandaraya Cik Nur jalan lagi hingga ke depan SOGO, Cik Nur nampak ni.... korang mesti terpegun




taaaadaaaaaa

haaaaa terpegun tak??? korang terpegun apa?? ketampanan si pelukis atau lukisan pelukis??? jujur... jujur... jujur.... hahahahahah
Cik Nur terpegun dengan bakat dia, Cik Nur memang suka dengan lukisan, tetapi Cik Nur tak reti pun melukis, lukis orang lidi reti lah... cantik kan??? ni bukan lukis pakai pencil tau... pakai spray apa tah nama dia...
Pokoknya disini, korang jangan tiru aksi Cik Nur, tak sihat tu duduk diam-diam kat rumah ok... Cik Nur tak apa dah berpengalaman dalam bidang ni.. hahahaha
sekian saja madah tak berhelah Cik Nur, nak sambung 


Notakukukucing : korang jangan main hujan tau, sekarang ni musin hujan, jangan jadi macam Cik Nur, kena hujan je demam, macam budak-budak.... semoga korang sihat sentiasa ^_^
 

All Right Reserved To Dhia-Manja.