Renungan Untuk Kita Bersama

Dalam melangkah perjalanan hidup ini bermula dengan satu langkah.
Setiap yang dilalui merupakan detik-detik sejarah yang akan tercatit
dalam kamus kehidupan. Setiap orang menjalani jalur-jalur mengikut
misi masing-masing berteraskan pada parlimen  hidup berpandukan
pada perlembagaan ajaran agama yang diterapkan pada jiwa. Taqwa
merupakan bekalan seseorang. Sebaik bekal adalah taqwa yang
juga merupakan kunci daripada ilmu dan pengajaran.

Allah swt berfirman,
"Bertaqwalah kamu dan Allah akan memberikan pengajaran
kepada mu". Al-Baqarah; 197

Perlu berladangkan pada keimanan dalam menjalani sesebuah 
kehidupan supaya tidak tersasar pada landasan dan memahami
hak sendiri dan orang lain. Bukan hanya fokus pada diri sendiri,
tetapi peka dengan situasi sekeliling juga masa yang mana setiap
apa yang berlaku tidak akan sama. Jangan mempermudahkan
sesuatu perkara yang dirasakan mudah bagi kita, akan tetapi 
merupakan satu kesusahan bagi orang lain. Untuk mencari 
kebahagian dan kepuasan jangan menggunakan insan lain demi
kepentingan diri sendiri.

Allah swt berfirman,
" Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan
jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa
yang tersembunyi di dalam hati".Ghafir;19

Setiap pertolongan yang dihulurkan tidak perlu mengharapkan 
balasan cuma  kejujuran yang berpaksikan kemanusiaan. Dan
ingatlah Allah swt banyak memberi kepada makhluk-Nya dengan
tidak diminta dan tidak meminta ganti (Maha Pemurah).

2 comments:

Niesa said...

nice sharing.. :)

Deqla Manjew said...

thanks sharing dik. cantik gmbr tu. owh indahnya ciptaan yg Maha Agung.

 

All Right Reserved To Dhia-Manja.