Bapa tak sedar anak dalam kereta...

Kuantan: “Kami terlupa, minta maaf.” Demikian kata seorang wanita berusia 39 tahun selepas anaknya yang berusia tiga tahun, Muhammad Arif Mohd Yusof ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang, semalam, selepas ditinggalkan dalam kenderaan selama kira-kira sembilan jam.
Bagaimanapun, keluarga mangsa yang ditemui di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, petang semalam, enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan menyerahkannya untuk siasatan polis.

Harian Metro difahamkan, kejadian berlaku apabila bapa mangsa yang berusia 41 tahun terlupa untuk menghantar anak bongsunya itu ke sebuah taska di Indera Mahkota, di sini, sebelum menyedari mangsa berada di bahagian tempat duduk belakang kenderaannya kira-kira jam 5.30 petang, semalam.

Sumber berkata, pasangan suami isteri terbabit keluar dari rumah mereka di Kampung Pandan 2, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi, semalam, bersama lima anak mereka untuk dihantar ke sekolah.
Katanya, bapa mangsa kemudian menghantar dua anak bersama isterinya yang bekerja sebagai pembantu tadbir ke sebuah sekolah menengah di Pandan, di sini.
KAKITANGAN hospital membawa keluar mayat seorang kanak-kanak yang ditemui tidak sedarkan diri dalam kenderaan bapa, semalam.
Sumber : My Metro

 ** Ya Allah....cuainyew bapa arwah...sampai sembilan jam dibiarkan anak tu....











9 comments:

Unknown said...

yela mmg cuai..tp kalo dah ajal takde sape boleh menduga.. Al-fatihah..

ayuzan said...

allah.... speechless..byk sgt kes ni

Fiza Rahman said...

Sedih sangat2.

nuyui a.k.a miss YUI said...

asssalamualaikum..

boleh yui tanya entry pemenang dah publish belum ea? sbb ada pserta tnya..

apa2 inform ea sebab yui ada emel setiap detail. terima kasih.

Tie HT said...

simpati tapi perkara dah terjadi..

lelamaisara said...

al fatihah... sedih dengar berita macm ni...

Afasz said...

assalamualaikum

al fatihah..

salam perkenalan, bw sini ..

jemput ke blog afasz juga :D

http://afasz.blogspot.com

shahdiana said...

nak komen kita pun tak tahu cerita sebenarnya...cuma kena peringat diri sendiri supaya xtra careful sangat dengan anak-anak...

salam kenalan...datang dari blog kak tihara.....

Fatin Wawa said...

Ya Allah.. macam manalah kan, anak tak ada pun boleh lupa..

 

All Right Reserved To Dhia-Manja.