Andai Ini Takdir Aku (Part 1)

Aku bangun seperti biasa, menjalani rutin harian seperti biasa, ye lah orang tua-tua kata bangun je dari tidur, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih lagi dapat menghirup udara, memandang keindahan alam, paling penting kerana masih berpeluang untuk aku bernafas, dan aku masih lagi berpeluang mengutip, menghimpun amalan-amalan untuk bekalan kelak. ehhh! jangan lupa untuk senyum juga, kerana bila bangun pagi dengan muka mencuka tak elok untuk kesihatan muka... :D
done membebel...
Aku bersiap untuk pergi berjogging, dengan hati yang gembira aku memulakan langkah dengan Bismillah dan senyum, niat di hati ni just nak jogging je,,,, tak nak fikir pasal bende-benda lain..
sampai je aku di Taman Bukit Jalil, eh...eh...eh... mana boleh terus berjogging tanpa warming up dulu, 

Ya Allah, indahnya ciptaan-Mu, daun-daun yang menghijau, kicauan burung yang mengicau terangnya jiwa ni... aku berjogging dengan girangnya,(tak ada la dok senyeh je sepanjang aku berjogging tu, kang x pasal kena cop gila pula) TETAPI..... jeng...jeng...jeng... 2 perkara yang aku wajib lakukan bila berjogging, menyentuh daun-daun, pokok-pokok sambil berterima kasih kerana masih bertahan dan hidup sehingga hari ini... kenapa??? entah lah, aku sentiasa buat begitu bila aku kesana, bila jari-jari ni menyentuh daun-daun, pokok-pokok disana, aku dapat rasakan 1 perasaaan yang indah... aku jadi gembira, jiwa  aku, perasaan aku tenang... memang perasaan itu tidak akan dapat dimana-mana. tak kisah kalau mereka-mereka nak kata aku ni gila atau apa, janji aku dan Allah S.W.T tahu. Selesai pulun 8km kaki pon dah tak boleh nak melangkah aku pun pulang lah kerumah.

Pada asalnya jadual aku pada hari sabtu tak padat pun, cuma ada 1 majlis kahwin member sekolah je yang terisi dalam list need to do on that day la kan (nampakkk tetibe sepiking) tak ada la nak rushing sangat kan... sedang duduk berehat setelah bermandikan peluh, Bonda tercinta call

"Assalamualaikum...Akak ada dimana sekarang?" tanya mak
"Akak ada dirumah, baru lepas balik jogging, kinapo?"
"Jom pergi Hospital Ipoh, Mak Ngah Felda sakit kritikal"
"biar betol mak, semalam akak baru je call"
"betul akak, akak nak pergi jam berapa?"
"Jam 1 boleh? akak nak pergi kenduri kawin member sekolah akak dulu, sebab akak dah janji nak datang."
"Kalau macam tu mak dan ayah balik kampung dulu sebab nak ambil atok"
"Baik mak... Assalamualaikum" 
Ya Allah, berita apakah yang bonda ku cuba sampai kan  sebentar tadi, segala ketenangan yang aku kutip di Taman Bukit Jalil bagaikan hilang ditiup angin. Aku terduduk, tidak menangis, tapi seluruh badan aku menggigil, jiwa aku kosong, aku bagaikan tidak bernyawa,
      Selesai aku menunaikan janji aku pada kawan aku, aku meyusur Jalan Kelang Lama untuk pergi ke Hospital Ipoh, sehelai sepinggang, Dalam hati aku ini tak berhenti-henti berdoa pada Allah agar Mak Ngah aku selamat, Aku masih tidak menangis, apakah sudah kering airmata ku ini? apakah aku tidak mempunyai perasaan? Separuh jiwa aku hilang!!!!!!!!!!!! tak dapat aku luahkan dengan kata-kata, mahu pun dengan airmata. Hampir 4 jam perjalanan kami ke hospital, kami sekeluarga selamat tiba, Kaki ku seolah-oleh enggan melangkah, terasa berat dan payah untuk aku menapak untuk masuk ke Wad perempuan 8A.
     Sampai saja aku di katil Mak Ngah aku, aku pegang.. aku belai, aku cium tangan yang sejuk itu.. ku kucup dahi dia berkali-kali, tanpa aku sedar airmata aku mengalir dengan lebatnya, perasaan sebak itu hanya Allah yang tahu tanpa berlengah aku membacakan surah yassin disebelahnya.. sekali lagi jiwa aku bagaikan ditiup kembali kedalam badan pada saat lidah ku menuturkan surah keramat itu.
Selesai mengalunkan surah Yassin, baru aku bersalam dengan anak-anak mak ngah aku, agak kurang sopan bila dilihat pada 1 sudut, tapi pada sudut yang lain mereka sudah mengerti betapa rapatnya aku dengan mak mereka,,.kami (aku dan anak-anak mak ngah )semua setia menanti di wad terkenaan sehingga kami diarahkan untuk beredar kerana sudah tamat waktu melawat. Kami memohong agar dapat menunggu di ruang legar wad tingkat 8 kerana keadaan mak ngah aku agak kritikal jika kami turun kebawah pasti security tidak membenarkan kami naik.Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami apabila kami mendapat kebenaran menunggu di ruang legar wad 8,
Melihat keadaan mak ngah aku yang makin kritikal, aku merancang untuk mencari homestay atau hotel bajet yang berdekatan dengan hospital agak senang jika apa-apa berlaku aku boleh bergegas kesana. sedang sibuk mencari 1 panggilan masuk...

"Assalamualaikum, Nur ada dimana?" tanya anak sulung mak ngah
"W'salam abang.. Nur ade dibawah.. abang nak kirim makan ke?"
"Tak... doktor panggil semua adik beradik berkumpul.. Nur naik sekarang ya"
"Baik abang"
Again... aku tidak naik... malah aku tunggu dibawah, membiarkan angin malam memambawa pergi segala sedih ku disaat itu, aku takut hendak naik... tapi, hati kecil ku berdetik "naik lah sayang, kuatkan dirimu, aku sentiasa ada disini setiap nafas mu... pergi lah naik, terima lah kenyataan bahawa ini adalah sebahagian takdir mu yang harus kau terima"
tanpa aku sedar aku dah menangis teresak-esak, tidak aku peduli orang sekeliling yang melihat ku,
sampai sahaja aku di wad, aku melihat mak ngah aku sudah nazak, aku menyapu airmata, aku alunkan kembali surah Yassin sambil memegang tangan mak ngah ku yang sejuk itu, sementara abang mengajar mak ngah yang tak sedarkan diri mengucap, Melihat nafas mak ngah semakin kencang, doktor dan nurse bergegas buat apa yang perlu dibuat... aku melepaskan tangannya berganjak ketepi sambil meneruskan membaca, sebaik saja aku habis membaca, doktor keluar mendapatkan abang, aku melihat doktor menggeleng... thats mean aku kehilangan seorang lagi sahabat... aku hanya mampu menangis, hati kecil aku terus menerus memujuk aku, tetapi akal aku???
 to be continue.........Andai ini takdir aku

1 comments:

Anonymous said...

Nice... saya pula yang menangis...
tak sabar nak tunggu part 2
^_^

 

All Right Reserved To Dhia-Manja.