Salah satu fitnah besar di laman sosial seperti fb, instagram, twitter ialah ia menjadikan umat ini gila bergambar untuk ditayangkan pada semua orang.
Semua gambar kita nak share, sampai gambar isteri yang sepatutnya disimpan untuk tatapan suami sahaja pun di share. Gambar kita di masjid pun kita share, bahkan yang lebih merisaukan ialah kalau dulu ada istilah "candid" yang mana gambar ditangkap oleh orang lain tanpa kita sedar, sekarang ni semua "candid" adalah palsu sebab sebelum "candid" memang mereka dah rancang dan plan awal-awal dan hanya lakonan semata-mata.
"Haa nanti aku peluk ulama tu, kau snap gambar aku tau! aku nak share kat fb yang aku dapat peluk ulama dan kononnya "candid" orang tangkap gambar aku."
"Aku duk kat tebing tu, pastu aku nak merenung ke arah laut tu konon jiwang, waktu tu kau snap gambar ye. Baru nampak "candid" dan jiwang. Nanti boleh aku buat poster, edit letak ayat-ayat hikmah kat situ, ramai yang share nanti."
"Aku dah siap pakai purdah ni, kau tolong snap jap gambar aku tengah tengok bawah ni, nampak macam ayu-ayu, malu-malu gitu, baru la boleh jadi niqobis sejati. Nanti nak upload dalam fb, dan untuk menghalalkan perbuatan aku ni, aku niat je lah untuk dakwah. Kalau ada orang hentam aku, aku cakap la "semuanya tergantung niat"... islam itu kan mudaaaahhh~"
"Aku buat-buat baca kitab arab ni, japgi kau snap gambar aku kona baring 99 degree. Nanti aku nak share kat fb, baru orang tau aku ni ulamak besar gedabak tengah acah studi kitab besar tak da baris."
"Aku nak duduk berzikir ni, nanti kau snap gambar aku jap ye. Tapi biar aku posing cantik dulu, biar aku merenung ke arah sana. Baru nampak macam tengah merenung kebesaran Allah sikit."
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.
Kalau ini bukan sifat munafik, apakah ia?
Gejala gila selfie ini menyuburkan sifat nifaq dalam hati kita.
Gejala gila bergambar ni menyuburkan macam-macam sifat kotor dalam hati kita.
"Apa la batoota ni merapu! Aku tak kan kotor hati lah, aku ni orang tareqat, aku ni orang tabligh, aku ni orang usrah, aku ni ustaz, aku ni pelajar pondok, aku ni pengikut habaib, aku ni selalu ikut majlis ulama, aku ni sentiasa islah diri, jadi hati aku tak kan kotor hanya kerana gejala selfie ni... poooodaaaah!"
Jawab Batoota: "Ya itulah tanda hati kau paling kotor, bila kau rasa hati kau tak kotor."
Bergambar tu tak salah, nak bergambar silakan.
Yang saya hihglightkan disini ialah GEJALA GILA BERGAMBAR sehingga berlakon candid bagai, sampai kat kubur pun nak berselfie, sampai beribadat pun nak berselfie, pergi masjid pun nak selfie dan entah apa-apa lagi yang menjatuhkan moral kita dan merosakkan amalan kita.
Saya memang anti bergambar sejak dulu, sebab saya memang tak suka. Dulu saya letak syarat kalau nak jemput saya ceramah, jangan ambil gambar saya. Jangan buat poster letak muka saya.
Dapat bertahan sekejap je. Sebab gejala bergambar ni sangat menebal dalam masyarakat kita dan saya tak mahu berkeras dalam hal ni sebab benda ni bukannya haram, hukumnya kekal harus. Cuma ia akan menyuburkan pelbagai sifat tak elok. Kalau benda ni haram, saya akan berkeras. Saya tak mahu jadi Wahhabi yang berkeras bukan pada tempatnya. Jadi akhirnya gambar saya pun tersebar. Aduh la. Rasa hidup tak bebas, pergi mana pun orang kenal.
Saya tak suka penduduk bumi kenal saya, saya hanya suka kalau penduduk langit yang kenal saya. Orang bumi, cukup kenal "nama" sahaja (itu pun bukan nama sebenar), bukan orangnya. Sebab ramai yang terkenal di bumi akhirnya terjerumus ke lembah neraka. Sedangkan yang terkenal di langit, pengakhiran mereka baik-baik.
Kadang saya rasa macam nak pergi duduk jauh dari manusia. Tinggal dengan anak isteri, ternak ayam kambing sendiri. Tapi saya umat Nabi yang ada tanggungjawab pada umat. Saya tak boleh tinggalkan tanggungjawab saya.
Jadi saya terpaksa hadapi dunia, sistem dajjal, masyarakat dan sebagainya ini dengan penuh hati-hati.
Baru-baru ni, ketika saya dijemput ke muktamar ulama sedunia di Putrajaya. Saya lihat, asal habis satu-satu sesi je, mesti ramai gila peserta turun dan bergambar.
Sampai Habib tegur: "Barangkali kalian lebih banyak bergambar daripada berzikir pada Allah."
Seriously I felt so ashamed.
Ulama itu dihormati, dimuliakan, diamalkan ajarannya, diteladani, diikuti akhlaknya.
Bukan hanya diambil gambarnya sahaja dan berbangga di fb dapat bergambar dengan ulama.
Sekali lagi saya katakan, ia tidak haram. Tapi boleh menjadi haram.
Semoga Allah beri taufik dan hidayah pada kita semua untuk berselfie ikut syariat, berselfie secara normal, berselfie sambil hati terjaga atau tinggalkan terus budaya tu.
#deep
#untukKu
#untukKu
#jaga_Hati
#jaga_Iman
#jaga_Iman
#jagalidah
0 comments:
Post a Comment