BEGITU MUDAH MERAIH KEBAIKAN DALAM HIDUP


                                                                بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Khamis, 09 Muharam 1437H

BEGITU MUDAH MERAIH KEBAIKAN DALAM HIDUP!!!
Allah SWT dan RasulNya banyak menyebutkan ganjaran syurga dan mengancam dengan azab neraka untuk memberi motivasi kepada umatNya untuk banyak beramal solih dan menjauhi segala laranganNya.
Di samping itu Allah SWT pun telah mengkhabarkan sifat-sifat syurga dan neraka untuk lebih meningkatkan keinginan manusia untuk meraih syurga dan menjauhi neraka.
Di antara kenikmatan syurga, 
Allah SWT berfirman dalam al-Qur'an dalam surah al-Waqi’ah ayat 15-23:
عَلَى سُرُرٍ مَوْضُونَةٍ – مُتَّكِئِينَ عَلَيْهَا مُتَقَابِلِينَ – يَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُخَلَّدُونَ – بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِينٍ – لا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلا يُنْزِفُونَ – وَفَاكِهَةٍ مِمَّا يَتَخَيَّرُونَ – وَلَحْمِ طَيْرٍ مِمَّا يَشْتَهُونَ – وَحُورٌ عِينٌ – كَأَمْثَالِ اللُّؤْلُؤِ الْمَكْنُونِ
"(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata; Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan. Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, - Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir, mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk, dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan. Dan (di dalam syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik.” (QS al-Waqi’ah: 15-23)
Dalam satu riwayat hadits, Rasulullah SAW bersabda:
“Allah Ta’ala berfirman, ‘Syurga itu disediakan bagi orang-orang soleh, kenikmatan di dalamnya tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, dan tidak pula pernah terlintas dalam hati.’ Maka bacalah jika kalian menghendaki firman Allah Ta’ala (yang ertinya), ‘Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan.’” (QS. As-Sajdah : 17)
(HR. Bukhari & Muslim)
Sebagaimana firman Allah SWT dalam al-Baqarah 197
وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى
“…Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa …” (QS al-Baqarah 197)
Dan sebagaimana komentar sahabat Umair Ibnu Hamam, “Menuju kepada Allah tak ada bekal lain kecuali takwa, amal akhirat dan sabar kerana Allah dalam perjuangan. Dan semua bekal akan habis kecuali takwa, berbuat baik dan mencari petunjuk.”
Jalan menuju syurga memang dipenuhi dengan onak dan duri. Akan tetapi ada banyak amalan-amalan yang mudah dilakukan. Dan Allah SWT akan memberi balasan dengan ganjaran yang sangat besar.
Adapun amalan yang mudah diamalkan dan dapat membawa pelakunya jalan menuju ke syurga iaitu;

1. Membanyakkan Zikir Kepada Allah.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ، ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَانِ ، حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
“Ada dua kalimat yang ringan bagi lisan, berat dalam mizan (timbangan amal) dan dicintai ar-Rahmaan: ‘Subhanallahu wa bihamdih’ (Maha Suci Allah dan dengan pujianNya kami memuji) ‘Subhanallah al-Azhiim’ (Maha Suci Allah Dzat Yang Maha Agung).” (HR. Bukhari dan Muslim)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda,
لَأَنْ أَقُوْلَ: (سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر) أَحَبُّ إِلَيَّ مِمّا طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ
Ertinya:
“Saya membaca: ‘Subhanallah wal hamdulillah wa laa ilaaha illallah wallahu akbar’, sungguh aku lebih cintai daripada dunia dan seisinya.” (HR. Muslim dan at-Tirmidzi)
Dalam hadits lain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda,

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ عَمَلًا أَنْجَى لَهُ مِنْ عَذَابِ اللَّهِ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ
“Tidaklah seorang manusia mengamalkan satu amalan yang dapat menyelamatkannya dari azab Allah melainkan zikir kepada Allah.” (HR ath-Thabrani)

2. Meredhai Allah SWT sebagai Rabb, Islam sebagai Agama dan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul.
Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَقُولُ حِينَ يُصْبِحُ وَحِينَ يُمْسِي ثَلَاثَ مَرَّاتٍ رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا إِلَّا كَانَ حَقًّا عَلَى اللَّهِ أَنْ يُرْضِيَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Tidaklah seorang hamba muslim mengucapkan pada saat dia memasuki waktu pagi dan memasuki waktu petang: ‘radhiitu billahi rabba, wa bil islaami diina wa bi muhammad shallallahu ‘alaihi wa salam nabiya (aku redha Allah sebagai Rabbku, Islam sebagai agamaku, dan Muhammad sebagai Nabiku)’ sebanyak tiga kali, melainkan merupakan hak bagi Allah untuk meredhainya pada hari kiamat kelak.” (HR Ahmad).

3. Mendalami Ilmu Agama/Syar’i.
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ طَرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ
“Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga.” (HR Muslim)

4. Menahan Perasaan Marah.
Rasulullah SAW bersabda,
مَنْ كَظَمَ غَيْظًا وَهُوَ يَسْتَطِيعُ عَلَى أَنْ يُنَفِّذَهُ دَعَاهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى رُءُوسِ الْخَلاَئِقِ حَتَّى يُخَيِّرَهُ فِي اَيِّ الْحُورِ شَاءَ
“Barangsiapa yang menahan amarahnya padahal dia mampu untuk melampiaskannya, nescaya Allah SWT akan memanggilnya pada hari kiamat di hadapan para makhluk sampai Allah SWT memilihkan untuknya bidadari-bidadari yang dia suka.” (HR. Imam at-Tirmidzi).

5. Membaca Ayat Kursi.
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِي دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ لَمْ يَمْنَعُهُ مِنْ دُخُوْلِ الْجَنَّةَ إِلاَّ أَنْ يَمُوْتَ
“Barangsiapa yang membaca Ayat Kursi setiap selesai solat, maka tidak ada yang dapat menghalanginya untuk masuk syurga kecuali jika dia mati.” (HR. an-Nasaa’i).
Maksudnya adalah jika dia mati, dia akan masuk syurga dengan rahmat dan kurnia Allah ‘Azza wa Jalla.

6. Menyingkirkan Gangguan di Jalanan Seperti Duri .
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda,
لَقَدْ رَأَيْتُ رَجُلاً يَتَقَلَّبُ فِي الجَنَّةِ فِي شَجَرَةٍ قَطَعَهاَ مِنْ ظَهْرِ الطَّرِيقِ كَانَتْ تُؤْذِي النَّاسَ
“Sungguh aku telah melihat seorang lelaki yang mundar-mandir di dalam syurga dek keranakan sebuah pohon yang dia tebang dari tengah jalanan yang selalu mengganggu manusia” (HR. Muslim)
Dalam hadith yang lain Rasulullah SAW bersabda,
مَرَّ رَجُلٌ بِغُصْنِ شَجَرَةٍ عَلَي ظَهْرِ طَرِيقٍ فَقَالَ وَاللهِ لأُنَحِّيَنَّ هَذَا عَنْ المُسْلِمِينَ لَا يُؤذِيهِمْ فَأُدْخِلَ الجَنَّةَ
“Ada seorang lelaki berjalan melewati ranting pohon yang ada di tengah jalan, lalu dia berkata, ‘Demi Allah, sungguh aku akan singkirkan ranting ini dari kaum muslimin agar tidak menganggu mereka.’ Maka dia pun dimasukkan ke dalam syurga.” (HR Muslim)

7. Membela Kehormatan Saudaranya di Saat Ketidakhadirannya.
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ رَدَّ عَن عِرْضِ أَخِيهِ رَدَّ اللهُ عَن وَجْهِهِ النَّارَ يَوْمَ القِيَامَةِ
“Barangsiapa membela harga diri saudaranya, niscaya pada hari kiamat Allah akan memalingkan wajahnya dari api neraka.” (HR. at-Tirmidzi).
Dalam hadits lain Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ وَقَاهُ اللهُ شَرَّ مَا بَيْنَ لَحيَيْهِ وَ شَرَّ مَا بَيْنَ رِجْلَيْنِ دَخَلَ الجَنَّةَ
“Barangsiapa yang Allah lindungi dari keburukan apa yang ada di antara kedua rahangnya (iaitu mulut) dan keburukan yang ada di antara dua pahanya (iaitu kemaluannya), niscaya dia akan masuk syurga.” 
(HR. at-Tirmidzi)

8. Menjauhi Perbalahan Meskipun Benar.
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam:
أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا وَبِبَيْتٍ فِي وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ مَازِحًا وَبِبَيْتٍ فِي أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ
“Aku akan menjamin sebuah rumah di dasar syurga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun dia berada dalam pihak yang benar. Dan aku menjamin sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dalam keadaan bergurau senda. Dan aku akan menjamin sebuah rumah yang teratas syurga bagi orang yang membaguskan akhlaknya.” (HR Abu Dawud)

9. Solat Dua Raka’at Selepas Berwudhu.
Amalan inilah yang rutin diamalkan oleh sahabat Bilal yang telah menjadikannya sebagai penghuni syurga dengan kesaksian dari Rasulullah SAW:
يَا بِلاََلُ حَدِّثْنِي بِأَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ فِي الإِسْلاَمِ فَإِنِّي سَمِعْتُ دُفَّ نَعْلَيْكَ بَيْنَ يَدَيَّ فِي الْجَنَّةِ قَالَ مَا عَمِلْتُ عَمَلاً أَرْجَى عِنْدِي أَنِّي لَمْ أَتَطَهَّرْ طُهُوْرًا فِي سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ إِلاَّ صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطَّهُوْرِ مَا كُتِبَ لِي أَنْ أُصَلِّي
“Wahai Bilal, ceritakanlah kepadaku amalanmu dalam Islam yang paling engkau harapkan. Kerana sesungguhnya aku mendengar suara terompahmu di hadapanku dalam syurga.” Bilal berkata, ”Tidaklah aku mengamalkan suatu amalan yang lebih aku harapkan melainkan setiap kali aku bersuci pada malam atau siang hari aku selalu mengerjakan solat yang boleh aku lakukan.” (HR Al-Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW juga bersabda:
”Tidaklah seorang muslim berwudhu’ lalu dia baguskan wudhu’nya, kemudian dia berdiri solat dua raka’at dengan menghadapkan hatinya dan wajahnya pada kedua raka’at itu, melainkan syurga wajib baginya.” (HR Muslim)

10. Pergi Solat ke Masjid.
Rasulullah SAW bersabda:
َ مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ وَرَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ نُزُلَهُ مِنْ الْجَنَّةِ كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ
“Barangsiapa yang pergi ke masjid atau pulang dari masjid, nescaya Allah akan persiapkan baginya nuzul di dalam syurga setiap kali dia pergi dan pulang.” (HR Bukhari dan Muslim)
Imam an-Nawawi berkata, “Nuzul adalah makanan utama, rezeki dan makanan yang dipersiapkan untuk tamu.”
Ya Allah terimalah amalan ibadah kami. Jadikan ianya sebagai wasilah untuk mendapatkan JannahMu. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam.
Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….

Jazakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam

2 comments:

Dunia Zumal said...

Subhanallah, kita patut kejar buat kebaikan...

nuyui a.k.a miss YUI said...

trima kasih utk perkgsian ini..

 

All Right Reserved To Dhia-Manja.