♥♥ KENAPA PINK...PINK...PINK...?? ♥♥

Ramai betul diluar sana tertanya-tanya dan ada pula yang pelik dengan Cik Nur. Kenapa?? kebanyakkan orang yang bertanya soalan yang rasa hari-hari Cik Nur jawab seperti 
1) Kenapa Pink???
2) Eh! yang ni tak warna pink pula???
antara soalan yang selalu Cik Nur terima. hahahah
Kenapa warna Pink menjadi pilihan??? bagaimana Cik Nur nak mula ya.... Ok al-kisahnya begini pada suatu hari....hahahah.. tak ada lah Cik Nur memang sukakan warna pink dari zaman sekolah rendah lagi, segala kelengkapan dan pekakas sekolah semua warna pink cuma baju sekolah, kasut sekolah dan juga tudung sekolah tak boleh berwarna pink, agaknya kalau boleh pakai sesuka hati semestinya warna pink menjadi pilihan.
Kebanyakkan orang bila meningkat dewasa mereka akan berubah arah mahupun minat kan?? tapi tidak pada Cik Nur, setia dengan pink hingga ke hari ini.
Kenapa Cik Nur suka sangat dengan pink?? mungkin sebab warnanya lembut, sama seperti Cik Nur lembuttttttt je... (masuk bakul tak boleh nak angkat sebab berat sangat) hahahahah
Mata Cik Nur ni kalau pergi kemana-mana, window shopping lah selalunya lah mata sengan segeranya akan mencari warna pink, jadi kebanyakkannya memang hanya warna pink saja lah yang menjadi pilihan, kalau tiada Cik Nur siap tanya jurujual tu ada atau tidak warna pink, kalau tiada terpaksalah pilih warna lain.
Cik Nur memang tak boleh nampak warna pink, mesti macam budak-budak dapat gula-gula. Contohnya adalah telefon. Cik Nur penggemar telefon pintan Samsung, dan model yang menjadi pilihan adalah Samsung Galaxy Note, masa Samsung keluarkan Note I warna PINK, Cik Nur dah menggelabah, tak senang duduk, nak beli tak mampu, hari-hari asyik tengok gambar dan Youtube je bagi hilang rasa nak beli, lantas keluarnya Note II pink, pun sama tidak mampu nak beli, hingga dah nekad simpan duit, sanggup ikat perot sebab hati ni rasa pasti akan ada Note III pink, hingga lah tiba saatnya lahirnya Samsung Galaxy Note III pink.... biarkan beberapa bulan dulu baru lah beli, akhirnya dapat Note pink yeeayyyy!!!!!! seronok sangat, padahal guna telefon canggih-canggih pun bukan ada orang nak call... hahahha beli hanya kerana warna pink.... Tempoh hari Samsung mengeluarkan Note 7... dalam hati ni berdoa sangat-sangat lah supaya tak keluar Note 7 pink, kalau tak masak lah... syukur Note 7 kena tarik balik.. hahahahahahaha  selamat duit... ada lagi telefon Cik Nur yang berwarna pink seperti Motorola V3i, model korea pun warna pink, China punya telefon pun warna pink.. tapi semua dah tak boleh nak pakai, telefon korea dan china tu tak dapat guna sebab bateri dia susah nak cari.. jadi tersimpan saja lah...

lagi 1 sesuatu yang korang tidak akan pecaya bila Cik Nur cerita.. kerana cerita ini lagi gila dari telefon tadi. nak tahu apa?? Jawapannya adalah kereta. Sebuah kereta Perodua Kenari.. apa yang istimewanya?? istimewanya kerana warna pink, dan ini kisahnya..
pada 6 tahun lepas, ketika Cik Nur leka buat kerja, rakan sekerja Cik Nur yang duduk disebelah tunjukkan iklan dalam Mudah.my
bila tengok je, perghhh kenari pink, seat pon dah siap pink... masa itu dah berminat kerana faktor gaji yang tidak mengizinkan untuk memiliki sebuah kereta walaupun second hand. Bila dalam perjalan pulang ke rumah fikiran ligat berfikir, macam mana nak dapatkan kereta tu, dengan gaji RM800 sebulan mampu ke nak bayar bulan-bulan dengan cukai jalan lagi, insurans kereta lagi kan? fikir sampai hangus keputusannya beli juga dengan alasan, tak nak orang lain dapat. Akhirnya Perodua Kenari pink milik Cik Nur, Cik Nur namakan dia cik Pinky...
Ada benda yang Cik Nur idamkan sampai sekarang masih belum tercapai nak membelinya.. In Shaa Allah jika dengan izin Allah S.W.T nanti Cik Nur akan beli juga, tapi tengok keadaan juga lah, benda yang Cik Nur nak sangat dari kecil lagi, ada 2 dan salah satunya ini...
Cantik kan???
Dapat juga lah merasa
Kesimpulannya, pink ni dah memaang sebati dah dalam hidup Cik Nur, dulu kan selalu berangan ingin mempunyai pasangan yang tak kisah pakai baju warna pink, sebab lelaki zaman sekarang anti pink tak tahu lah kenapa, susah nak jumpa lelaki yang tak kisah pakai baju warna pink, sama macam susahnya nak jumpa lelaki yang tidak merokok pada zaman sekarang... kan.. kan..kan? kerana pada pandagan Cik Nur lelaki yang pakai pink ni sweeetttttt sangat, tapi dengan izin Allah juga Cik Nur bertemu juga dengan seseorang yang tak kisah pakai baju warna pink...huhuhuhu
Jadi pada adik-adik diluar tu, jangan tiru gaya Cik Nur ni, bahaya.Cik Nur ni dah tahap kronik sebab semuanya nak pink... huhuhuhu
Sampai disini saja ceritera pink Cik Nur, jadi pada sesiapa yang tertanya pinknya blog Cik Nur, itu sudah semestinya sebab nya...

5 comments:

Nabila Syifa said...

mai aiii.. semua pinky

Husna Rahman said...

pink dan diriku xpenah seiring..huhu..kagum tgk pink lover neh...sungguh2 minat nih

Noor Maizan said...

hahahah macam kakak mai je, obses dengan pink. pernah gaduh ngan mai kat dalam kedai jam sebab dia teman mai nak beli jam, pastu dia paksa beli kaler pink, mai mcm brutal sikit,aduih....last2 cina tu leraikan dia cakap siapa nk pakai dialah pilih, yeay...selamat...hahahaha

Mas said...

Hihii comellah!insyaAllah ad je org lelaki yg x segan pakai pink..lelaki skrg len mcm skett..tp jgn terslh pilih yg auwww plakk..hahaha..klo sy dlu minat violet..asl violet je mesti berkenan tp x kronik cam cik Ayu la..haha..and skrg flexible skett.hee.

Hafiza AizZawa said...

semua pink yer.. tp pink mmg cantik pun..

 

All Right Reserved To Dhia-Manja.