♥♥ HARI INI DALAM SEJARAH ♥♥

1) KOTA BELANDA DI PULAU PANGKOR DIBINA SEMULA

Tarikh Peristiwa pada 20-11-1745

Pada hari ni dalam tahun1745, Kota Belaanda di Pulau Pangkor telaah dibina semula, Pada peringkat awal, pedagang Perak telah menjalankan pedagangan dengan pedagang-pedagang lain secara senyap dengan menawarkan harga yang lebih baik. Perkara ini telah menimbulkan kemarahan Syarikat Belanda. Beberapa serangan telah dibuat oleh orang-orang Melayu terhadaap kota ini atas sebab tidak berpuas hati dengan kekerasan orang-orang Belanda. Akhirnya, serangan telah dibuat oleh Panglima Kulup Ali untuk memusnahkan kota tersebut. Peluang untuk bertapak semula terbuka apabila keadaan politik negeri Perak yang bergolak akibat perebutan kuasa dan kawasan bijih timah. Orang-orang Belanda berjaya memonopoli perdagangan bijih timah tersebut. Bagi menjaga kepentingan dan keselamatan orang Belanda dan hasil bijihnya, sebuah Kota Belanda telah didirikan di Pulau Pangkor pada tahun 1760. Kota tersebut telah musnah diserang oleh sekumpulan pahlawan-pahlawan Melayu yang diketuai oleh Panglima Kulup pada 1690 dan askar-askar Belanda telah melarikan diri ke tempat lain. Berikutan serangan pahlawan-pahlawan Melayu Kota Belanda berjaya dibin semula di bawah kuasa Negeri Perak.

2) PEMBUKAAN RASMI MARKAS PANGLIMA ARMADA TLDM 

Tarikh Peristiwa pada 20-11-1984

Pada hari ini dala tahun 1984, Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohammad telah merasmikan pembukaan Markas Panglima Armada dan Sistem Komunikasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) du Lumut, Perak. Markas Panglima Armada ini merupakan markas operasi TLDM yang terbesar yang bertanggungjab ke atas sefala operasi kapal-kaal TLDM. Manakala sistem komunikasi TLDM pula merupakan sistem komunikasi yang termoden di rantau ini yang mampu berhubung terus dengan unit0unit TLDM di seberang laut sejaub lebih kurang dua ribu hingga lima ribu batu nautika dengan menggunakan sistem komputer. Ketika berucap pada majlis tersebut, Perdana Menteri mengingatkan bahawa kemodenan peralatan sesuatu angkatan tentera tidak semestinya menjaminkan kemenangan. Beliau menegaskan bahawa disiplin, kemahiran, motivasi dan kecekapan anggota tentera tidak boleh diabaikan dan anggota-anggota tentera pula mestilah sentiasa bersikap positif dan berani dalam menjalankan tugas seharuan mereka. Sesungguhnya pembukaan rasmi Markas Panglima Armada TLDM ini telah mendokong visi TLDM iaitu menjadi tentera laut yang berkualiti.

3) RUNDINGAN PENUBUHAN NEGERI 

Tarikh Peristiwa pada 20-11-1946
Pada hari ini dalam tahun 1946, satu persidangan bagi menerima penyata jawatankuasa kerja penubuhan negeri telah diadakan. Persidangan ini dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Gabenor Tuan Malcon Mc. Donald, Gabenor Tanah Melayu, Duli-Duli Yang Maha Mulia dan wakil-wakil Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu di King's Hoouse, Kuala Lumpur

Persidangan ini dijalankan untuk meneliti beberapa perkara pokok mengenai penibihan kerajaaan pusat dan membincangkan mengenai hak-hak kerakyatan Tanah Melayu.

Duli-Duli Yang Maha Mulia dan wakil-wakil Pertubuhan Melayu Bersatu (UMNO) berpuas hati dengan cadangan ini yang dianggap sebagai satu tapak yang kukuh untuk penubuhan kerajaan negeri.

Cadangan ini berikutnya akan dikemukakan oleh Gabenor Tanah Melayu kepada Setiausaha Jajahan Tuan Creech Jones dengan seberapa segera.

Penekanan ini dibuat untuk mencari penyelesaian mengikut perlembagaan baru yang diharapkan dapat dipersetujui oleh semua kaum. Dalam pekara ini setiap kaum diharap dapat bertolak ansur dalam rundingan perlembagaan yang akan diadakan.

Jawatankuasa kerja yang telah diberi mandat, merangka perlembagaan baru dalam bentuk rancangan sementara yang dapat diterima oleh orang-orang Melayu dan dapat mewujudkan sistem pentadbiran yang lebih cekap. Ia juga diharap dapat membentuk asas kemajuan politik dan perlembagaan masa hadapan. Laporan jawatankuasa yang telah dikeluarkan pada bulan Disember 1947 adalah menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

4) PERSIDANGAN BELIA ASEAN

Tarikh Peristiwa pada 20-11-1971
Pada hari ini dalam tahun 1971, telah berlangsung Persidangan Belia ASEAN di Wisma Putera, Kuala Lumpur. Upacara perasmian seminar ini telah dirasmikan oleh Menteri Penerangan dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Hamzah Abu Samah.  Sebanyak lima buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand menghantar wakil ke persidangan tersebut.  Dalam ucapan perasmiannya Menteri Penerangan dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Hamzah Abu Samah mengingatkan belia-belia ASEAN supaya berwaspada dengan pengaruh hippies walaupun menurutnya pada masa tersebut pengaruh ini tidak begitu ketara di negara-negara ASEAN.  Beliau juga menjelaskan bahawa masalah kemiskinan dan pengangguran juga akan mendatangkan kemudaratan kepada sesebuah negara itu. Oleh itu menurutnya semua negara ASEAN perlu memberi jaminan supaya kaum belia dapat menikmati sama peluang-peluang dari usaha pembangunan dalam negara.  Untuk itu menurut beliau lagi, kerajaan Malaysia akan melancarkan satu Majlis Perunding Belia Kebangsaan sebagai satu saluran yang berfaedah kepada para belia dan juga negara.  Sesungguhnya persidangan belia ASEAN ini pada hari ini dalam tahun 1971 telah berusaha untuk mencari penyelesaian yang dihadapi kaum belia di samping untuk menghindarkan mereka dari pengaruh-pengaruh yang kurang sihat.

3 comments:

Unni Anje said...

wah!! belajr sejarah cikit hari ni :)

Nieyl said...

Pernah sampai kota belanda pulau pangkor tu...

Mazni Azmi said...

Bangsa yang bijak adalah yang belajar dari sejarah.

 

All Right Reserved To Dhia-Manja.