Daripada Mu'az bin Jabal r.a berkata bahawa beliau bertanya Rasululullah SAW
"Wahai
Rasulullullah, beritahulah kepadaku tentang suatu amal yang dapat
memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku daripada neraka.
Nabi SAW menjawab:
"Engkau
bertanya tentang pekara yang besar namun sesungguhnya ia adalah mudah
bagi orang yang dimudahkan oleh Allah SWT. Sembahlah Allah dan jangan
menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, kerjakanlah solat, keluarkanlah
zakat, berpuasalah pada bulan Ramadhan dan kerjakanlah ibadah Haji ke
Baitullah."
Kemudian baginda bersabda “Inginkah engkau kuberi petunjuk akan pintu-pintu kebaikan?”
Puasa
itu adalah sebagai perisai, sedekah adalah amal yang menghapuskan
kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan solatnya seseorang di
tengah malam. Kemudian Baginda membaca ayat pada surah Al sajadah, ayat
16-17:
“Mereka
merenggangkan diri daripada tempat tidur (sedikit sangat tidur, kerna
mengerjakan solat tahajuj dan amal2 soleh) mereka sentiasa berdoa kepada
Tuhan mereka dengan perasaan takut ( akan murka-Nya) serta dengan
perasaan ingin memperolehi lagi ( keredhaan-Nya) dan mereka selalu
menderma sebahagian daripada apa yang kami beri kepada mereka. Maka
tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah
dirahsiakan untuk mereka (daripada segala jenis nikmat) yang amat indah
dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang
mereka telah kerjakan.”
Kemudian baginda bersabda
“Mahukah
engkau kuberitahu tentang pokok amal, tiang dan puncaknya?” Saya
menjawab “Mahu wahai Rasulullah!” Rasulullah SAW bersabda “Pokok amal
adalah Islam, tiangnya adalah solat, dan puncaknya adalah jihad.”
Kemudian baginda bersabda: “Mahukah engkau kuberitahu tentang kunci
daripada semua perkara itu?” Saya menjawab “Mahu wahai Rasulullah”
Baginda
lalu memegang lidahnya dan bersabda “Jagalah ini!” Saya berkata “Wahai
Nabi Allah, adakah kita dihisab atas apa yang kita katakan?” Baginda
bersabda: “Semoga ibumu kehilanganmu! (ungkapan hairan). Tidak ada yang
menjerumuskan orang ke dalam neraka melainkan hasil daripada ucapannya
(yang berbentuk maksiat)?”
** sekarang ni kan kecoh dengan isu bini Mat Yo ( pemain bola sepak untuk Johor) kan? korang mesti da tengok video yg dia rakam untuk saman pak cik guard yg bekerja di Subang Skypark Airport tu kan? kononnye nank tunjuk kt orang yg pakcik ni kurang ajo la sangat..klu belom saksi kan laaaaa!!!!!
1. Sape yang kurang ajo skang ni???
2. Kenapa Mat Yo bagaikan tiada perasaan bila bini dia yg patut maruah dia sebagai seorang isteri, sebagai seorang perempuan yang ada lemah lembutnya, sopan santunnya, di biarkan menyepak pak cik yang hanya menjalankan tugas demi sesuap nasik...
Ini la yang dikatakan ingin membuka aib orang sehingga tak sedar yg dia membuka aib dia sendiri.Allah S.W.T sentiasa nampak dan dengar ape yg kita lakukan, akhirnya kebenaran akan berbukti jua...
Jd pihak pak cik guard tu telah membuat laporan polis..spe boleh tipu CCTV yg 24jam terpasang |
Saksi!! |
Statement yg dikeluarkan oleh bini Mat Yo...sanggup panggil org anjing??? mungkin terlalu bongkak dgn status suami sehingga sanggup berkata sedemikian rupa...busuk betol hati dia ni... |
tak kira siapa yang bersalah, kau sebagai isteri harus menjaga maruah suami..tol x??? an?? an??
tak melambangkan kewanitaan langsung bini Mat Yo ni...
Saudara ku sekalian...jaga la lidah kita..agar kita tidak melangkah masuk keneraka hanya kerana lidah..jaga la maruah kita sebagai seorang perempuan yang lemah lembut dan sopan santun...
kasar x pe, janji tutur kata sedap mendengar...hiihihi
kita jadikan isu ini satu contoh untuk kite beringat pada masa hadapan ok
SALAM SAYANG DAN CERIA
1 comments:
salam perkenalan.. Ros datang sini dan follow.. singgah blog ROs nanti yer :)
pertuturan amat perlu dijaga.. terlajak perahu boleh diundur, kalau kita dah terlajak kata, emmm sendiri mau ingat :)
Post a Comment