♥♥ MJ Ku Sayang ♥♥

Pada hari isnin haritu si bulus MJ tetiba sakit... sebenarnya hari ahad da perasan ada yang tak kena dengan MJ, asek tido dan baring je sedangkan MJ ni kucing yang nakal dan suka sakat abang-abang yang lain..
Pagi ahad tengok MJ sihat dok main bagai, petang tu nak main dengan MJ perasan kat belakang leher ade benjol besar tau...try picit MJ merengek...sapu gamat pon merengek... apa lagi snap pic post kat group Dunia Kucing. Ye la, mesti nak tau kan sakit ape, kenapa boleh jadi cam ni..dekat group tu sedikit sebanyak dapat gak la info..sebab kita tak tau kan kena la tanya tol tak??
Bila ada respon dari ahli group, baru lah tau MJ kena Bisul...sepanjang malam hari ahad tu MJ merengek dan tido jew... aku amek keputusan nak bawak MJ kat kinik Vetarina kerajaan kat Cheras amek la setengah hari pada hari isnin tu.

Berbekalkan semangat untuk pulihkan MJ, akhirnya takdir tak berpihak pada MJ, klinik tu tutup bermula 11 Oct - 21 Oct... airmata ni tak henti-henti nangis bila tengok MJ cam ni..pergi kerja pon berat hati.
Tepat jam 5:30 petang aku bergegas balik umah tak singgah mana-mana demi MJ..sampai je kat umah tawaf 1 umah cari MJ, rupanya MJ ada dalam bilik adik...aku pon capai MJ untuk tengok keadaan MJ, masa pegang tu rasa ada sesuatu meleleh pada tangan yang pegang MJ panas pulak tu.. bawak ke ruang tamu rupanya nanah bisul MJ da pecah, Ya allah punya la banyak nanah, serius banyak gilew...habis 1 roll tisu aku wat lap nanah MJ. Aku lap, letak gamat dan berfikir cam mana nak balut luka MJ ni agar tak berulat sbb geng group kata kena jaga jangan sampai berulat pada lobang bisul tu..dan memang betol berlubang..tak sampai hati nak letak pic belobang die takut korang geli..hihihhi
dan alhamdulillah skang ni MJ dah tak merengek lagi..da boleh nak bermain cikit-cikit, cuma gatal-gatal pada bisul tu. still akan bawak MJ ke klinik untuk pemeriksaan...
Sedih sangat bila anak-anak bulus sakit..siyes..
Hok ni parok..anak dia tengah sakit, dia dok menggatal dengan tam...ermmm manja..manja...


Nota pink : Mintak korang tolong doakan agar MJ cihat ye...dan lagi 1 nak bagi tau MJ tu bukan michel jackson... MJ = Manja Junior.. to bapok dia yang dok atas meja tu..

2 comments:

Niena Reen said...

alaaa kesiannya kat dia. semoga MJ cepat sembuh. bapak dia handsome arr.. hahaha. :D

Tuan Tanah said...

@niena :
thanks yunk...bapak die tu taiko besar dalam itu rumah...asek nak gado jew..

 

All Right Reserved To Dhia-Manja.