Hari ini pada tanggal 6 Muharram bersamaan hari Jumaat di awal-awal pagi ketika hamba-hamba Allah dibuai mimpi yang indah telah turunnya air jenih dari langit membasahi bumi yang bertuah ini.
Sudah berapa minggu bumi bertuah ini tidak dilimpahi hujan... tapi yang pastinya ada sesetengah tempat yang hujan, tapi di Kuala Lumpur sudah berminggu panas, kalau hujan pun sekejap sahaja. Terima kasih atas rahmat mu
Ya Allah! Setidaknya sejuk la jua kami disini untuk seketika.
Masa nak melangkah keluar dari rumah, hujan masih lagi turun dengan lebat, tiba-tiba idea nakal berlegar-legar di fikiran, nak tahu apa? apa lagi kalau bukan main hujan... kikikiki
Nur suka mandi hujan, tapi amat menyedihkan bila mandi hujan pasti akan demam walau pun kena sikiiiittttt je.. tapi apa boleh buat kadang-kadang keinginan dan kehendak tidak boleh dihalang... ok sudahnya Nur mandi ke hujan tadi??? sudah semestinya tidak kerana dalam keadaan yang sudah demam ini tak kan nak tambah lagi demam kan?? nanti tak pasal-pasal bertambah lagi satu penyakit iaitu semput. Kesimpulannya batalkan saja lah niat nak mandi hujan itu buat hari ini... harap akan ada lagi hujan yang akan membasahi bumi bertuah ini.
Dan yang pastinya selepas hujan pasti akan ada pelangi yang muncul untuk menceriakan hari kita kan??
Semoga hari-hari kita seindah pelangi... |
3 comments:
Alhamdulillah, sejuk sikit bumi yang telah lama disinari matahari.. =)
Alhamdulillah... Kat Penang, Isnin sampai Khamis lepas subuh mesti hujan.. Hari lain, tak pulak
Alhamdulillah.... Perlis pun hujan selalu dah
Post a Comment