Tiba-tiba petang time-time nak balik kerja ni terkeluar pula idea nak buat post mengenai minuman kegemaran orang ramai iaitu NESCAFE.
Pada dasarnya Nur bukanlah seorang penggemar Nescefe mahupun kopi, boleh dikatakan Nur memang anti Necafe, tapi tidak lah anti sampai tidak minum langsung... kadang-kadang Nur ada juga ambil nak pula bila time nak buat 'assignment' memang Nur akan ambil Nescefe panas tanpa gula untuk elak dari mengantuk... tapi tetap tak boleh terima dan pelik bila seseorang individu itu selalu mengambil Nescefe, dan bukan juga bermaksud tidak boleh langsung minum Nescafe, cuma hadkan pengambilannya... mungkin sehari sekali. Bila ianya melibatkan seseorang yang penting dalam hidup Nur, asyikkkkkk dengan Nescafe, pagi Nescafe, tengahari Nescafe, malam Nescafe... hari-hari Nescafe. tapi kadang-kadang ada juga dia minum Teh O, haaissshhhh mula lah nak membebel kan...kan..kan.. boleh dikatakan post kali ini Nur tujukan pada si dia.. harap dia bacanya dengan TEKUN.

Nur sediakan beberapa fakta yang mungkin boleh membantu seseorang individu yang sangat addict dengan Nescafe.
Kesan pengambilan kafein pada setiap individu berbeza. Bagi kebanyakan doktor perubatan pula, mereka menyarankan wanita hamil dan ibu yang menyusukan bayi patut mengurangkan pengambilan kafein. Walaupun dalam jumlah sedikit atau sederhana belum dapat dibuktikan boleh mengganggu bayi, tetapi yang selalu ditegaskan dalam kebanyakan kajian, kafein boleh memburukkan masalah jantung atau saraf.
Prof Suhaila Mohamad dari Fakulti Sains dan Sains Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata kafein bersifat diuretic (tindakan yang menyebabkan banyak air dikumuhkan). Bagi orang dewasa pula lazimnya sifat yang diuretic menyebabkan individu yang mengambil kafein akan kerap membuang air kecil," katanya.
Difahamkan meminum kopi lebih daripada tiga cawan boleh meningkatkan risiko barah, tetapi setakat ini tiada kajian saintifik yang menyokong kenyataan itu. Kajian hanya dijalankan kepada mereka yang gemar minum kopi dan sebaliknya, yang mana didapati orang minum kopi memiliki ingatan lebih baik. Bagaimanapun, Prof Suhaila berkata, dalam apa juga pengambilan makanan sekali pun, sifat bersederhana adalah lebih baik kerana setiap perkara itu ada keburukan dan kebaikannya.
Kafein dalam pemakanan: Secara umum kafein lebih banyak ditemui dalam kopi (54 %), teh (43 %), minuman kola dan ubat-ubatan (3 %).
Fakta: Kafein-Kafein adalah sejenis ‘ubat’ (drug) yang dihasilkan secara semula jadi dalam daun dan biji benih. Ia juga boleh dihasilkan secara tiruan dan ditambah ke dalam sesetengah makanan. Kafein dikategorikan dalam kumpulan ubat yang sama dan kadang kala digunakan untuk merawat lelah.Bertindak menstimulasi sistem saraf tengah menyebabkan peningkatan dalam degup jantung dan sifat waspada (alertness).
Antara yang dikesan adalah:
Semakin tak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan kalau kena panas, badan akan berpeluh dan tidak selesa.
notakukukucing : pada orang yang penting dalam hidup Nur, Mohon kurangkan lah minum nescafe tu ya.. tidak kira bagaimana rasa sedapnya or apa, mohon kurangkan.
4 comments:
masa belajar dulu selalu minum Nescafe ni. Tapi bila dah sedar diri skrg ni, tak minum dah. Hikhik
Terima kasih atas perkongsian. SN pun seboleh-boleh elak caffein ni
setiap orang memerlukan pengambilan kaffein dalam kehidupan seharian. beza hanya jumlah pengambilan sedikit atau banyak. saya seorang penggemar nescafe. pagi, tgahari petang dan kadang2 malam sekali.
Zumal peminat Nescafe juga. Tapi minum banyak mana pun tetap boleh tidur...
Post a Comment