AKU YANG BERNAMA DUIT

Salam perkenalan,

Nama aku : Duit
Nama lain : Wang
Nama samaran : pitis
Org putih :  money
Org arab  : fulus

Wajahku biasa2 sahaja, fizikalku pula sangat lemah, Namun aku boleh memporak perandakan penghuni dunia ni dgn sekelip mata.

Aku juga "BOLEH" mengubah perilakumu dari baik menjadi jahat, bahkan sifat Manusia, kerana manusia sentiasa  mengejar dan mengidolakan aku. 

Banyak orang berubah keperibadiannya  kerana aku,­­­­ Ada yang mengkhianati temannya, Ada yang sanggup menjual tubuh badannya, Bahkan ada yg sanggup meninggalkan keyakinan imannya, demi mengejar aku. Hebat kan aku ?

Aku tidak memahami perbezaan antara orang yang soleh & jahat, Tetapi manusia menggunakan aku utk mendapatkan darjat, menentukan kaya atau miskin & rasa dihormati atau terhina.

Aku bukan iblis, tapi orang selalu melakukan perkara yg keji demi mengejar aku.

Aku juga bukan org ketiga, tapi banyak suami isteri bercerai gara2 mengejar aku, adik beradik bergaduh dan saling membenci kerana aku. Anak dan orang tuanya berselisih faham gara2 aku.

Sangat jelas aku juga bukan Allah, Tetapi manusia sanggup menyembah aku seperti Allah, bahkan kerap kali hamba2 Allah lebih menghormati aku, 
Padahal byk ulama sudah pesan jangan jadi hamba DUIT.

Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapa pun, tapi ramai orang sanggup mati demi aku.

Suka aku ingatkan, 
Aku bole ditukar untuk menjadi resit ubat kamu, tapi aku tak mampu untuk memanjangkan umur kamu.

Kalau suatu hari nanti kamu dijemput oleh Allah swt, aku tak boleh menemani kamu. Apalagi untuk menjadi penebus dosa2 kamu. Kamu mesti berdepan dengan Allah swt sendirian tanpa aku.

Saat itu, Allah pasti akan mulakan penghitungan dengan kamu, ADAKAH SELAMA HIDUP KAMU MENGGUNAKAN aku ke jalan yang baik2, atau sebaliknya MENJADIKAN aku sebagai Tuhan ?

INI AMANAT AKHIRKU : 

Aku "TIDAK ADA DI SYURGA",
Jadi jangan cari aku disana.

CADANGAN AKU :

1. Jangan terlalu sayang dengan aku.
2. Jangan lupa gunakan aku untuk bayar Zakat, Infaqkan aku selalu, Sedekah aku selalu supaya aku menjadikan hidupmu lebih "BARAKAH" di dunia dan akhirat.

_ Imbangi Antara Pemburuan Dunia Dan Akhirat_

3 comments:

Sheila Adziz said...

erm... nice entry.... akak suka baca.. btl tu sis

♥♥ Cik Nur ♥♥ said...

@Sheila Adziz
terima kasih kak

Unni anje said...

duit mejadi raja segala2nya

 

All Right Reserved To Dhia-Manja.