JAKARTA: Gempa bumi
berkekuatan 6.4 magnitud menggegarkan wilayah Aceh di utara Sumatera, Indonesia
awal pagi Rabu namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Gempa yang berpusat di 10 kilometer utara
Reuleuet itu berlaku pada jam 5.03 pagi waktu tempatan, lapor Pusat Kajian
Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Sebelum ini, Aceh mengalami kemusnahan teruk
apabila dibadai tsunai Lautan Hindi pada tahun 2004.
Dalam penilaian awal, USGS memberitahu, gempa
terbaru itu tidak membawa kemungkinan kemalangan jiwa ataupun kemusnahan harta
benda.
Pada Jun lalu, gempa berukuramn 6.5 magnitud
berlaku di barat Sumatera sekali gus menyebabkan kerosakan bangunan dan
mencederakan lapan orang.
Indonesia mengalami aktiviti seismik dan
volkanik yang kerap kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik, iaitu tempat
pertembungan plat tektonik
Semoga saudara-saudara kita berada didalam lindungan-Nya
Sumber : Awani
6 comments:
Allahu akbar. 😅 Bila baxa entri blog cik nur
Teringat mazni tentang firman Allah swt dalam surah AL MULK
A amin tum mamfissama i yakhsifa bikumul ardo fa iza hibya tamur
Apakah kamu berasa dengan Allah yang berada di langit, yang menimpakan bumi keatas kamu 😅
Betapa berkuasanya allah. Menjadi peringatan kepada kita untuk banyakkan bersyukur
😍😍 Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan 😊😉
@Mazni Azmi...
kan??? tapi malangnya sangat sedikit kita mengucapkan rasa syukur kepada pencipta kita, bibir menyatakan syukur tapi hati???
Allahakbar.. moga mereka sentiasa di lindungi
Allahuakbar
Allah.. semoga semua saudara Islam kita tabah melalui dugaan Allah ini..
doakan yg baik utk mereka dan kt semua..
Post a Comment