INSTANT SHAWL GAYA TERKINI

Pemakaian hijab adakalanya boleh menjemukan bagi seseorang muslimah yang sentiasa mengejar masa. Akhirnya mereka terpaksa mengenakan hijab yang paling mudah iaitu gaya instant shawl terkini. Ini menjadikan instant shawl satu trend di kalangan hijabista, kerana ianya sangat senang, cepat dan bergaya, lantas menjadikan muslimah yang berfesyen kini menjadi lebih mudah.
Tahukah anda terdapat banyak jenis instant shawl? Bergantung kepada mood dan bentuk wajah anda, pemilihan shawl yang tepat juga dapat membantu menaikkan keserian wajah anda. Instant shawl direka menggunakan fabric yang berkualiti tinggi agar anda sentiasa lebih selesa sepanjang hari. Dengan pemilihan rekaan yang tepat, setiap muslimah dapat melangkah keluar rumah dengan lebih berkeyakinan.
Kepada pencari rekaan yang lembut dan halus, pilih shawl dari kain chiffon. Fabric chiffon dapat menambahkan kelembutan pada muka yang bersegi seperti tulang pipi dan tulang rahang yang menonjol. Jika anda seorang yang sentiasa sibuk dan mencari hijab yang tidak perlu digosok, pilih polyblend instant shawl. Fabric polyblend mudah dicuci, tahan kedut dan mempunyai ketahanan yang tinggi.

1.       Simple and classy.

Untuk yang ingin tampak simple dan classy, pilihlah instant shawl yang tidak bercorak dan berwarna natural. Terdapat banyak  warna yang dapat membantu anda untuk lebih focus kepada pemakaian yang lebih bergaya. Dengan menggunakan instant shawl yang simple, penampilan anda akan kelihatan lebih lengkap dan tidak terlalu merumitkan.

2.       Bold and elegant.

Jika anda seorang yang lasak dan berani, gayakan instant shawl yang mempunyai corak yang menarik dan warna yang cerah kerana ia akan membuat anda lebih menyerlah di khalayak ramai dan menampakkan anda lebih bergaya dalam berfesyen. Pastikan pemakaian anda tampak anggun dan tidak terlalu menonjol kerana ianya kelihatan tidak sesuai jika dipadankan dengan instant shawl yang berwarna-warni.


3.       Sweet and Charming

Untuk mereka yang pemalu dan comel, anda boleh memilih instant shawl yang berwarna pastel dan mengenakan perhiasan yang simple. Carilah instant shawl dari fabric chiffon agar anda kelihatan lebih sweet. Kalau anda seorang yang sukakan corak, cari instant shawl yang bercorak bunga-bungaan atau polka dot.

Jadi yang mana satu rekaan instant shawl pilihan anda? Jom cari instant shawl style online sekarang!

2 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

pasni boleh dh beli tu kan..hihih.

Unni Anje said...

fail kalau guna shawl ni... tpi tgk org guna sweet jak

 

All Right Reserved To Dhia-Manja.