Pemakaian
hijab adakalanya boleh menjemukan bagi seseorang muslimah yang sentiasa
mengejar masa. Akhirnya mereka terpaksa mengenakan hijab yang paling mudah
iaitu gaya instant shawl terkini. Ini menjadikan instant shawl satu trend di
kalangan hijabista, kerana ianya sangat senang, cepat dan bergaya, lantas
menjadikan muslimah yang berfesyen kini menjadi lebih mudah.
Tahukah anda terdapat banyak
jenis instant shawl? Bergantung kepada mood dan bentuk wajah anda, pemilihan
shawl yang tepat juga dapat membantu menaikkan keserian wajah anda. Instant
shawl direka menggunakan fabric yang berkualiti tinggi agar anda sentiasa lebih
selesa sepanjang hari. Dengan pemilihan rekaan yang tepat, setiap muslimah
dapat melangkah keluar rumah dengan lebih berkeyakinan.
Kepada pencari rekaan yang lembut
dan halus, pilih shawl dari kain chiffon. Fabric chiffon dapat menambahkan
kelembutan pada muka yang bersegi seperti tulang pipi dan tulang rahang yang
menonjol. Jika anda seorang yang sentiasa sibuk dan mencari hijab yang tidak
perlu digosok, pilih polyblend instant shawl. Fabric polyblend mudah dicuci,
tahan kedut dan mempunyai ketahanan yang tinggi.
1.
Simple and classy.
Untuk yang
ingin tampak simple dan classy, pilihlah instant shawl yang tidak bercorak dan
berwarna natural. Terdapat banyak warna
yang dapat membantu anda untuk lebih focus kepada pemakaian yang lebih bergaya.
Dengan menggunakan instant shawl yang simple, penampilan anda akan kelihatan
lebih lengkap dan tidak terlalu merumitkan.
2.
Bold and elegant.
Jika anda seorang
yang lasak dan berani, gayakan instant shawl yang mempunyai corak yang menarik
dan warna yang cerah kerana ia akan membuat anda lebih menyerlah di khalayak
ramai dan menampakkan anda lebih bergaya dalam berfesyen. Pastikan pemakaian
anda tampak anggun dan tidak terlalu menonjol kerana ianya kelihatan tidak
sesuai jika dipadankan dengan instant shawl yang berwarna-warni.
3.
Sweet and Charming
Untuk mereka yang
pemalu dan comel, anda boleh memilih instant shawl yang berwarna pastel dan
mengenakan perhiasan yang simple. Carilah instant shawl dari fabric chiffon
agar anda kelihatan lebih sweet. Kalau anda seorang yang sukakan corak, cari
instant shawl yang bercorak bunga-bungaan atau polka dot.
Jadi yang mana
satu rekaan instant shawl pilihan anda? Jom cari instant shawl style online sekarang!
2 comments:
pasni boleh dh beli tu kan..hihih.
fail kalau guna shawl ni... tpi tgk org guna sweet jak
Post a Comment