SEBARKAN : DAIM DAN TOBLERONE BUKAN PEMEGANG SIJIL HALAL


Penjelasan Berkenaan Status Halal Coklat Daim dan Toblerone


23 Rabiulawal 1438 H
23 Disember 2016 M

Coklet Daim dan Toblerone bukanlah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Oleh yang demikian, Jadilah pengguna yang bijak dengan membeli produk yang mempunyai logo halal Malaysia atau logo halal luar negara yg diiktiraf oleh JAKIM.

Untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta badan pensijilan/logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari www.halal.gov.my

Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang viral boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di https://m.facebook.com/HabHalalJakim/

Unit Hal Ehwal Korporat
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

03-8892 5000/1

#YAKINIHALALMALAYSIA
#AMALKAN3S
#SEMAK_SEBELUM_SEBAR

Sumber dari : Page Hab Halal Jakim
NOTAKUKUKUCING : Cik Nur tahu ramai rakyat Malaysia begitu gemarkan cokelat Daim dan Toblerone, ada yang sanggup beli banyak-banyak dari Langkawi, Sebelum balik kerja, Cik Nur singgah di 7E untuk check bungkusan Toblerone sama ada mempunyai logo Halal atau tidak, ternyata cokelat itu tidak mempunyai sebarang logo Halal dan untuk cokelat Daim pula, rakan sekerja ada memberitahu cokelat Daim memang tidak mempunyai logo Halal... jadi pesan Cik Nur pada sahabat kesayangan Cik Nur ni, sebelum membeli sila semak logo Halal yang betul, kenali logo Halal yang original ya kesayangan semua. kalau masih ragu-ragu, semak status halal di online, atau tidak pun call JAKIM terus. Semoga Allah melindungi kita semua.

0 comments:

 

All Right Reserved To Dhia-Manja.