SEMBANG PETANG : NILAI SEBENAR SEORANG ISTERI


Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada sekumpulan audien yang berkeluarga di sebuah dewan dan meminta seorang audien datang ke depan. 

PENCERAMAH : ”Cuba tuliskan 10 nama yang paling rapat dengan anda”.

Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama di atas white board. Ada nama orang tua, anak, isteri, jiran, teman kerja, dan juga sahabatnya.  

Seterusnya......

PENCERAMAH : "Sekarang sila pilih 7 di antaranya yang anda ingin hidup terus bersamanya".

Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi. 

PENCERAMAH : "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...” 

Maka tinggal 3 nama sahaja iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. Suasana dewan menjadi hening. Mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih. 

Tiba-tiba berkata penceramah itu lagi ....

PENCERAMAH : “Silakan padam 1 nama lagi!” 

Lelaki itu dengan perlahan2 mengambil keputusan yang sulit lalu menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat pemadam dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis. 

Setelah suasana tenang, penceramah bertanya kepada lelaki itu .... 

PENCERAMAH : "Kenapa anda tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat anda cari lagi?" 

Semua orang di dalam dewan terpaku dan begitu suspen menunggu jawapan dari lelaki itu.

Lalu lelaki itu menjawab ....

LELAKI : ”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dia dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.” 

Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas.... 

Sayangilah isteri anda, manfaatkan lah saat-saat yang tersisa bersamanya agar tidak kesal di kemudian hari, kerana masa tidak boleh diputar kembali.

Sayangilah isteri anda serta kasih dan kasihanilah dia. Tolong bantu tingkatkan kehidupannya. Jangan disakiti hatinya. Jika dia melangkah mudahkan langkahnya. Hormatilah dan peliharalah perasaannya, hargailah pengorbanannya kerana segala-galanya TIDAK BERMAKNA lagi jika dia sudah tiada untuk bertemu Illahi.

Dedikasi untuk semua wanita. Wanita adalah karakter yang paling unik Wanita umpama garam .... 
Adanya dia tidak diingati. Tiadanya dia hidup segalanya menjadi tawar hambar dan tidak bermakna.

= kuliah besama ustaz iqbal zain

2 comments:

Humaira said...

wanita..kerana dirimu begitu berharga..melengkapi hidup manusia...sayangilah kami ini.heee.

nuyui a.k.a miss YUI said...

hargai isteri anda...

begitu juga hargai suami..

 

All Right Reserved To Dhia-Manja.