Apa Dosa Kami..!!

Haruskah kami terima sebegini hukumannya?
Kalau diluar negara sesiapa yang didapati mendera haiwan akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya..di negara kita macam mana?? haiwan liar mungkin tapi ,haiwan yang jinak??
Tergamaknya dikau merujuk kepada perlakuan manusia yang kejam terhadap haiwan...Mereka juga ingin hidup seperti hidupan lain...merasa sakit apabila disakiti..jangan anggap mereka tiada perasaan..

Tergamaknya mereka...apa dosa lembu ni?

Anjing pada mata kasar memang garang, cuba pandang dan kita nilai sendiri, tidakkah mereka juga ingin dibelai, dimanja??

Harimau! sanggup ke kita tengok harimau ni dalam keadaan cam ni?? tak berperasaan kah kita melihat wajah mereka yang sedih tu? teganya mereka...

Apa dosa anak-anak kucing ni?? apa dosa ibu kucing ni pada manusia sehingga tega membunuh kesemua anaknya...lihat lah raut wajah ibu kucing yang kehilangan anaknya..
Tiada kata-kata untuk manusia ini...
KuPunya Hati,
Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu
Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan
Tidak ku minta
Lahir ke dunia
Tidak kuduga
Cacat begini
Bukan kuminta
Kasih dan sayang
Bukan ku rayu bantu simpati
Maafkan wahai teman
Kumenumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua...
P/S : Kemanakah hilang sifat kemanusia kita?? sehingga tega menyakiti mereka sebegitu rupa...Lupa kah kita tentang balasan yang kita akan terima di akhirat kelak?? lupakah kita setiap amalan perbuatan kita dicatit, dilihat....lupa kah kita???
maaf kerana letak pic cam ni..ni sekadar untuk menyedarkan manusia yang tergoda dengan hasutan setan..
(menggigil tangan nak type..sedih MyEm0.Com)

9 comments:

Normi Nieza said...

kejam..huhu

Sura Mohd said...

kesiannya kat binatang2 ni..tak de hati perut la diarang ni..sedih tengok benda2 gini..huhuhu

Norhasniza Khalid said...

jangalah kejam sangat.... kesian

sinuha said...

Ish. Kejamnya. Ada jugak yang sanggup makan kucing kan? ishh... T_T

Niena Reen said...

saya sangat bencikan penderaan haiwan. kesian sangat. suka hati ja buat macam tu. buat balik dekat dia, baru tahu. grr.. geramnyaaaa... >.<

♥♥ Nur ♥♥ said...

@normi : mmg teramat kejam...
Kak sura: org myammar mmg makan kucing kak
@norhasniza : manusia yg sedia kejam mmg tak boleh nk wat ape...
@sinuha: tau x pew...x de hati kot dprg ni....
@niena: tite pon benci dgn manusia cm ni....

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Hari tu kucing zumal hilang seharian, zumal dapat rasakan ada orang kurung kucing zumal tu... apalah dosa kucing tu? besoknya bila terjumpa kakinya macam dah patah dan berbau racun serangga. sampai sekarang kucing zumal sakit jadi gatal2. dah tak selicah dulu. sampai hati dorg

♥♥ Nur ♥♥ said...

@zumal : tu manusia hati batu tu...
Tu la...skang ni kne didik budak2 cintai haiwan dri kecik la...

Puisi Jiwa Sesat said...

tak tahu la manusia sekarang ni. apa yang bagus mendera binatang pun tak tahu la.. kelak akan terima balasan balik apa yang diorng buat tuh.

 

All Right Reserved To Dhia-Manja.