Untuk pengetahuan anda, Angelina Jolie dilaporkan telah membeli sebuah pulau berbentuk hati khas untuk ulang tahun kelahiran pasangannya itu.Giler la! pulau ok... kayanya dia kan?
Aktres itu dikatakan telah membeli Pulau Petra yang terletak 50 batu dari bandar New York dengan nilai US$24 juta (RM77 juta) selepas mendapat tahu pulau tersebut sedia untuk dijual.
Menurut sumber dari portal The Mirror, rumah yang dibina di atas pulau tersebut sesuai dijadikan tempat persinggahan untuk percutian romatik pasangan itu dan keluarga mereka.
Pulau eksklusif dengan keluasan 11 ekar itu turut dilengkapi helipad dan akan menjadi salah satu hadiah bermakna buat Brad Pitt yang bakal mencecah usia 50 tahun pada 18 Disember akan datang.
Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Angelina Jolie memberi hadiah unik kepada kekasihnya di mana pada tahun 2011, aktres itu telah membeli air terjun di California untuk ulang tahun kelahiran Brad Pitt ke-48.
Haaaaa....nampak saja nak boldkan ayat tu....membeli air terjun ok... korang hadoooo??? tapi sememangnya ciptaan Allah tak boleh dibeli pon... tapi dah orang kayo... awat tak bagi gunung berapi kew... kapal layar bersalut emas jew... tapi unik kan pulau tu.Macam-macam ragam orang kaya ni kan??? kalau taraf cam kita-kita ni, just kek, bunga, emas, kalau nak hadiah kereta kena lulus UPSR..hahahaah
Kalau kita banyak duit cikit, baik bantu mana-mana yang memerlukan...tapi angelina ni memang terkenal dengan membuat kebajikan pon. Apa apa pon yang sampai ke tahap pembaziran wokey,
XoXo ^_^
lupa nak cakap..sume sumber dari Oh bulan!(kang kene saman lak..takooooot)
11 comments:
Wow, pulau pun boleh beli... Zumal nie kek besday pun kdg2 je beli, hadiah pun x penah dpt taw :(
@Zumal...kan??? kek pon payah nak dapat...besar betol perbezaan kite dgn org kayo..
@cik akak : katenye untuk percutian mereka sekeluarga... gilor kan???
thanks kak :D
Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.
tu diaa kaya dunia,
moga dikurniakan taufik hidayah,
kaya dunia akhirat kan
wahh....tak hengat punya kaya...
dapat wish dri kwn2 pun dh ckup berharga ni kan pulak pulau..hok aloh~
@kak tihara : amin...
@paperbag head : kalau dah cinta tu + lak kayo...agaknyew klu boleh beli bulan tu..dah beli dah... punya la dasyat kuasa cinta n duit..hhuhu
~_~ untung la boleh beli pulau.. kesian kt kita ni..hihi
Air tejun bli,pulau bli..wah..kaya bgt ni..kita tgk je la ni..hehehe
air terjun pon boleh beli hahaha. kaya gila angelina jolie ni hehehe
wahhh betol2 kaya nih.. haha.. lawak la nur ni.. gunung berapi???
Post a Comment