Di antaranya adalah seperti berikut:
2. Golongan ini lebih kurang sama saperti golongan pertama tadi.Cuma mereka lemah mujahadah melawan nafsu.Di dalam kegigihan berjuang maksiat buat juga.Sedangkan Allah berjanji kemenangan dalam perjuangkan hanya di berikan kepada mereka yang paling taqwa.Sebab itu ada pejuang-pejuang yang sudah berpuluh puluh tahun berjuang tetapi Allah masih belum beri dia kemenangan.Golongan ini terserahlah kepada Allah.Dia mengampunkan sesiapa yang dia kehendaki.
3. Golongan ke-3 ini adalah golongan yang berjuang secara jahil.Mereka berjuang semata mata kerana fanatik dan semangat yang berkobar-kobar.Ilmu tentang hukum Islam pun tidak ada.Ada juga Fardhu Ain pun tak lepas.Di dalam perjuangan mereka mengganas, merosak dan menzalimi manusia.Mengumpat, mengata, mengutuk,memfitnah, dan mengaibkan manusia adalah mainan mereka.Mereka ini walaupun gigih berjuang namun Allah tidak akan terima perjuangkan mereka.
4. Golongan ini berjuang bukan kerana Allah dan Rasul atau bukan kerana hendak menegakkan Islam.Mereka berjuang kerana hendak merebut pangkat atau sakit hati dengan lawan atau musuh musuhnya.Berjuang kerana megah terhadap bangsanya (nasionalisma), negara atau kerana ideologi anutan mereka.Islam itu hanya di selit selit di mana ada kepentingan untuknya.Golongan ini memang tertolak.Mereka ini zalim,fasik atau boleh jatuh kafir.
5. Golongan ini ingin berjuang tapi masih belum mula kerana wadah-wadah perjuangan yang wujud di negara nya atau harakah perjuangan yang ada tidak menyakinkan.Kerana mereka tahu diri mereka tidak kemampuan dan kelayakkan mereka beribadah dan membaiki diri sambil menunnggu perjuangan yang sebenar.Mereka lebih banyak menyendiri.Golongan ini memang elok menyendiri.
Nota Pink : Anda tergolong di golongan yang keberapa???
0 comments:
Post a Comment