PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH. Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !!
Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah
Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas
berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut.Anjakan kutub
bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin
ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan
kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap
kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di
Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan
yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan
bagi kerja-kerja pengubahsuaian.
Pergerakan kutub utara ke
arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi.
Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas.
Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya
kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu
sebulan pada tahun 2013. Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!
Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia
akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. Pada titik
ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada
kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu
yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam. Jika ini
berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada
tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami
banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan
khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi
Kutub Selatan.
Malaysia? Dijangka berada sebaris dengan India.
Tidak tenggelam tapi membeku. BERUBAH : Khatulistiwa berada di
Antartika Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis
mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan " flip" di mana kompas yang
dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan. Semasa
pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah
selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang
menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis.
Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia
Barat. Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air Peta dunia akan
berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan
tenggelam terus. Begitu juga Australia barat. Apabila berlaku "flip"
pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat
melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan
lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api dimatahari, angin
solar, ribut surya dan "sun spot". Manakala "flip" juga bakal
mengakibatkan berlaku gempa bumi,letusan gunung berapi, banjir, tsunami
dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu.
Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju.
Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam
yang kerap berlaku. Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku?
Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015. Hanya Allah yang
Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanaan ilahi.
Samada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang
belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata
sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir
zaman. Terdapat sabdaan Rasulullah saw dan Saidina Ali tentang sejenis
komet yang memberi indikasi sejarah. Samada hadis dan sabdaan tersebut
merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha
Mengetahui. Sabda Rasulullah SAW " antara tanda muncul Imam Mahadi ialah
munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan
menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai” Kata Saidina Ali RA Saidina
Ali k.a.w mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), "Kedatangan Al
Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan,
bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada
satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua
pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia
adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah.
Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika
menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya
seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang
gelap seperti matahari yang terbit.
Kemudian bintang itu akan
kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka
dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang- orang yang baik, dan
ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat". Antara fakta Komet
ISON ialah: 1. ISON digelar “ Komet abad ini” 2. ISON akan berada
paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013. 3. ISON akan berada
paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013 4. ISON dapat dilihat
seperti matahari kedua di siang hari. 5. ISON boleh dilihat diwaktu
siang dan malam. 6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km. 7. ISON
adalah komet yang paling dilihat oleh ramai orang. 8. ISON akan dilihat
15 kali ganda kecerahan cahaya bulan. 9. ISON akan menghasilkan ribut
suria yang sempurna@perfect Solar Storm. 10. Bumi akan merempuh debu2
komet ISON pada 14 Januari 2014.
Artikel ini ditulis bukan
untuk menggempar dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi akan tetap
terjadi. Semoga setelah membaca artikel ini, saudara- saudari serta
sahabat sahabatku bertambah kesedaran dan keinsafan. Bertambah taat pada
Allah. Bertambah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka
dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji
fenomena perubahan kutub ini.
SUMBER : PJBLOGSPOT
2 comments:
Harap2 artikel macamni dpt membuatkan kita berrikir ....
fikir sejenak.
Post a Comment