Sebelum nak mula buat Assignment kena ambil mood dulu.. malam-malam baru nak buat Assignment?? ye lah.. bila lagi masa yang dapat di luangkan untuk buat Assignment yang bertimbun ni.. bila dapat tajuk untuk assignment diri seakan begini ada 3 report yang harus dibuat dan 2 slide presentations untuk disiapkan dan di hantar pada minggu ke-6 sebelum exam perghhhh! mata mesti macam panda.. tension jangan cerita lah kan? nasib baik 2 assignment tu secara berkumpulan dan 1 lagi individu. Kalau nak diikutkan kes Nur ni pelik sikit, sepatutnya 1 kumpulan kena ada 3 atau 4 orang dalam 1 kumpulan... oleh kerana total pelajar dalam kelas cuma 14 orang dah bahagi kepada 3 orang 1 kumpulan tinggal kan 2 orang. Nur pula dari Sem 1 hingga lah Sem 4 ni sentiasa bersama dengan adik manis Novy salah 1 sebab kami tak nak berpisah dan lagi 1 sebab nak masuk kumpulan lain rasa macam kekok, jadi Nur dengan Novy pun berkeras untuk buat assignment ni secara pair. Sampai pensyarah pun dah berpesan "jangan lepas ini mengadu susah dan tidak cukup masa sudah lah" pada dasarnya tugasan yang pensyarah bagi agak susah juga sebab nak kena buat research. Jadi kami berdua pun memutuskan untuk siapkan dulu induvidul assignment sebelum sibuk membuat research.
|
Baik lah, tak nak bebel banyak-banyak nanti sepanjang malam ni hanya tajuk je yang siap nanti... kikiki
Notakukukucing: mana ada jalan mudah nak senang.. segalanya bermula dengan usaha, dari usaha itu yang akan membuahkan hasil. ok semangat dah datang dah ni.. hahahha jika tak dapat nak singgah menyapa di blog korang Nur minta maaf ya... sayang korang semua...
3 comments:
singgah pagi...
amboi...jgn malas² ya....
study rajin²...siap kan cepat assignment tu yaaa... :)
usaha tangga kejayaan...
Semoga Nur dapat study dengan cemerlang... =) Semoga berjaya..
Post a Comment