♥♥ ASSIGNMENT OH ASSIGNMENT ♥♥

Sebelum nak mula buat Assignment kena ambil mood dulu.. malam-malam baru nak buat Assignment?? ye lah.. bila lagi masa yang dapat di luangkan untuk buat Assignment yang bertimbun ni.. bila dapat tajuk untuk assignment diri seakan begini ada 3 report yang harus dibuat dan 2 slide presentations untuk disiapkan dan di hantar pada minggu ke-6 sebelum exam perghhhh! mata mesti macam panda..  tension jangan cerita lah kan? nasib baik 2 assignment tu secara berkumpulan dan 1 lagi individu. Kalau nak diikutkan kes Nur ni pelik sikit, sepatutnya 1 kumpulan kena ada 3 atau 4 orang dalam 1 kumpulan... oleh kerana total pelajar dalam kelas cuma 14 orang dah bahagi kepada 3 orang 1 kumpulan tinggal kan 2 orang. Nur pula dari Sem 1 hingga lah Sem 4 ni sentiasa bersama dengan adik manis Novy salah 1 sebab kami tak nak berpisah dan lagi 1 sebab nak masuk kumpulan lain rasa macam kekok, jadi Nur dengan Novy pun berkeras untuk buat assignment ni secara pair. Sampai pensyarah pun dah berpesan "jangan lepas ini mengadu susah dan tidak cukup masa sudah lah" pada dasarnya tugasan yang pensyarah bagi agak susah juga sebab nak kena buat research. Jadi kami berdua pun memutuskan untuk siapkan dulu induvidul assignment  sebelum sibuk membuat research. 

Tolong lah menjelma wahai semangat... biar berkobar-kobar sikit nak buat assignment ni. Selalunya saat-saat macam ini lah Nescafe panas tanpa gula menjadi pilihan. tapi seboleh bolehnya memang akan elak untuk mengambilnya.. minum air masak pun ok apa.. nak nak pula dengan cuaca yang amat panas sekarang ni.. memang amat digalakkan minum air masak dengan banyak.
Baik lah, tak nak bebel banyak-banyak nanti sepanjang malam ni hanya tajuk je yang siap nanti... kikiki

Notakukukucing: mana ada jalan mudah nak senang.. segalanya bermula dengan usaha, dari usaha itu yang akan membuahkan hasil. ok semangat dah datang dah ni.. hahahha jika tak dapat nak singgah menyapa di blog korang Nur minta maaf ya... sayang korang semua...  

3 comments:

Nieyla Nadia said...

singgah pagi...
amboi...jgn malas² ya....
study rajin²...siap kan cepat assignment tu yaaa... :)

Anonymous said...

usaha tangga kejayaan...

Shikin Razali said...

Semoga Nur dapat study dengan cemerlang... =) Semoga berjaya..

 

All Right Reserved To Dhia-Manja.