TJ : JANGAN MENZALIMI SESAMA INSAN

Dalam pandangan Islam, sesuatu perbuatan itu dikatakan zalim apabila tindakan tersebut melampaui batasan dalam ajaran Islam itu sendiri yang telah digariskan. Misalnya, jika tindakan seseorang itu melampaui batasan akidah dan peraturan kehidupan yang ditetapkan Islam, maka tindakan itu dianggap zalim seperti perbuatan Syirik.

Iaitu dengan mendustakan dan menduakan(mensyirikkan) Allah SWT, atau kufurnya seseorang itu, jika seseorang itu mendustakan nikmat Allah SWT maka ia adalah manusia yang melakukan kezaliman. Allah SWT berfirman dalam Surah Luqman, ayat 13: "Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".

Bentuk kezaliman yang lain adalah kezaliman manusia terhadap sesama manusia dengan melakukan penganiayaan terhadap sesama manusia tanpa sedikit pun perasaan belas kasihan dengan tidak memikirkan keperitan yang ditanggung oleh manusia yang susah.

Sedih mengenangkan mereka-mereka yang zalim yang tidak berhati perut lebih-lebih lagi dengan langsung tidak mengendahkan hukum-hakam Agama Allah SWT dan teguran orang-orang Alim.

Apakah Allah SWT akan membiarkan dan melupakan penganiayaan dan perbuatan zalim yang mereka lakukan itu?

Ada kalanya Allah SWT tangguhkan pembalasan kepada orang-orang zalim di dunia bukan kerana Allah SWT lupa, tetapi untuk memberi masa agar supaya orang yang zalim tadi INSAF dan segera berTAUBAT serta mengembalikan hak-hak orang yang di zalimi.

Allah SWT berfirman dalam Surah Ibrahim, ayat 42:
*وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ*
"Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) akan terbeliak".

Bentuk kezaliman dalam syariat Islam ada 3 jenis :

1. Zalim yang tidak diampuni oleh Allah SWT.
2. Zalim yang mudah diampuni oleh Allah SWT.
3. Zalim yang tidak dibiarkan oleh Allah SWT.

1. Adapun zalim yang tidak diampun oleh Allah iaitu
mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.

2. Manakala zalim yang mudah diampun oleh Allah ialah
perbuatan dosa dan maksiat yang dilakukan antara manusia dengan Allah SWT.

Dan jelaslah dari hadis tesebut di atas, betapa Allah tidak akan membiarkan hamba-hambaNya melakukan sesuka hati terhadap sesama manusia.

3. Zalim yang tidak akan dibiarkan Allah SWT. Antara bentuk kezaliman ialah mendera dan menyeksa serta menyusahkan manusia dengan menekan batin manusia dengan berbagai tekanan perasaan .

Rasullullah saw bersabda:
*” إِنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَذَابًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَشَدُّ النَّاسِ عَذَابًا لِلنَّاسِ فِي الدُّنْيَا “*
"Manusia yang paling berat azab pada Hari Kiamat ialah manusia yang suka menyeksa manusia ketika di dunia (dengan fizikal ataupun mental dan fikiran)". (HR. Bukhari dan Ahmad).

Tazkirah hari ini, sedikit perkongsian tentang akibat manusia yang suka melakukan kezaliman terhadap sesama manusia, sama ada sedar atau tidak sedar. Antara akibat kezaliman di dunia dan di akhirat ialah :

1. Orang Yang zalim tidak akan mendapat hidayah kerana Allah SWT telah memutuskan dalam al-Qur'an bahawa tidak akan memberi hidayah kepada orang-orang yang zalim. Surah Al-An'am, ayat 144:
*ٍ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ*
"Sesungguhnya Allah SWT tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

2. Tidak akan mendapat kecintaan Allah SWT kerana Allah SWT amat benci kepada orang-orang yang zalim. 
Allah SWT berfirman dalam Surah Ali-'Imran, ayat 57:
*وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ*
"Dan Allah SWT tidak menyukai orang-orang yang zalim".

3. Orang yang zalim tidak akan tenang hidup, tidak aman dan sentiasa berada dalam ketakutan. 
Allah SWT berfirman dalam surah Ali 'Imran ayat 151:
*سَنُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُوا الرُّعْبَ بِمَا أَشْرَكُوا بِاللَّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَانًا وَمَأْوَاهُمُ النَّارُ وَبِئْسَ مَثْوَى الظَّالِمِينَ*
"Akan Kami masukkan ke dalam hati orang-orang kafir rasa takut, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah sendiri tidak menurunkan keterangan tentang itu. Tempat kembali mereka ialah neraka; dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal orang-orang yang zalim".

4. Menyebabkan turunnya azab Allah SWT yang besar sehingga azab tersebut menimpa juga orang-orang yang soleh sekalipun.
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 25:
*وَاتَّقُوا فِتْنَةً لا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ*
"Takutlah fitnah (yakni azab) yang bukan sahaja menimpa orang-orang zalim dari kalangan kamu. Dan ketahuilah sesungguhnya azab Allah SWT amat pedih dirasakan"

5. Mendapat laknat Allah SWT. Betapa besarnya kebencian Allah SWT kepada kezaliman dan yang berlaku zalim.
Allah SWT berfirman dalam surah al-A'raaf ayat 44:
*أَنْ لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ*
Allah SWT melaknat orang-orang zalim " Laknat Allah SWT ke atas orang-orang zalim".

Allah SWT berfirman lagi dalam surah Hud ayat 18:
*أَلا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِين*
"...Ketahuilah bahawa laknat Allah; SWT ke atas orang-orang zalim"

6. Diazab Allah SWT dengan azab yang paling dahsyat sedahsyat-dahsyatnya ketika mati.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ana'am, ayat 93:
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أَوْ قَالَ أُوحِيَ إِلَيَّ وَلَمْ يُوحَ إِلَيْهِ شَيْءٌ وَمَن قَالَ سَأُنزِلُ مِثْلَ مَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الظَّالِمُونَ فِي غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَالْمَلَائِكَةُ بَاسِطُو أَيْدِيهِمْ أَخْرِجُوا أَنفُسَكُمُ الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ بِمَا كُنتُمْ تَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ وَكُنتُمْ عَنْ آيَاتِهِ تَسْتَكْبِرُونَ
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat kedustaan terhadap Allah atau yang berkata: "Telah diwahyukan kepada saya", padahal tidak ada diwahyukan sesuatupun kepadanya, dan orang yang berkata: "Saya akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah". Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan sakratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): "Keluarkanlah nyawamu" Di hari ini kamu dibalas dengan seksa yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayatNya".

7. Ditimpa azab Allah SWT dalam Api Neraka yang amat dahsyat, lantai dan atapnya dari Api. Mereka adalah
Manusia yang paling hina di Akhirat.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-A'raaf ayat 41:
*لَهُمْ مِنْ جَهَنَّمَ مِهَادٌ وَمِنْ فَوْقِهِمْ غَوَاشٍ وَكَذَلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِين.َ*
"Bagi mereka lantai api neraka Jananam dan disambar setiap masa dari atas mereka oleh api, begitulah kami membalas orang-orang yang zalim".

8. Orang-orang yang cenderung kepada orang-orang zalim dengan memberi wala' (iaitu sokongan secara fizikal dan mental) yakni pujian yang berlebihan (mengampu), membenarkan yang salah dan menyalahkan yang benar, cinta kasih dan memberi bantuan kepada orang-orang zalim, maka akan mewajibkan Api Neraka Jahanam terhadap mereka sama seperti kezaliman orang-orang yang zalim kerana kita menyokong kezaliman tersebut.

Hal ini menunjukkan betapa beratnya dosa kezaliman dan betapa besarnya kebencian Allah SWT kepada orang-orang yang zalim dan orang-orang yang MENYOKONG kazaliman.
Firman Allah SWT dalam Surah Hud ayat 113.
*وَلا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لا تُنْصَرُونَ*
َ"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah SWT, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan Allah SWT".

Oleh sebab itulah Allah mengharamkan duduk-duduk bersama orang-orang zalim (kecuali untuk tujuan takzirah iaitu menyampaikan nasihat peringatan kepada mereka).

Haram juga duduk bersama-sama orang-orang zalim iaitu orang-orang yang menentang hukum hakam Allah SWT atau orang-orang yang mempersendakan ayat-ayat Allah SWT, dan para pengampu adalah dalam bahaya besar iaitu bersubahat.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Anaam, ayat 68:
وَإِذَا رَأَيْتَ الَّذِينَ يَخُوضُونَ فِي آيَاتِنَا فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ وَإِمَّا يُنسِيَنَّكَ الشَّيْطَانُ فَلَا تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَىٰ مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
"Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain. Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini), maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah teringat (akan larangan itu)."

Wahai saudaraku sekalian, jauhilah kezaliman dalam hidup kita. Kekayaan dan kekuasaan adalah amanah Allah SWT yang akan dipertanggungjawabkan nanti di akhirat. Mudah-Mudahan kita tergolong hamba Allah SWT yang amanah terhadap harta dan kekuasaan. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

2 comments:

Mazni Azmi said...

Ramai dari kita tak akan berjaya lintas titian sirat kerana dosa sesama manusia

Anum said...

salam jumaat

 

All Right Reserved To Dhia-Manja.