♥♥ DISNEY_ MOANA ♥♥

Semalam, lepas balik dari kerja 5:45pm terus Cik Nur pecut "Ferari" Cik Nur ke IOI Mall, Puchong untuk tengok cerita Moana nih... dah set memang nak tengok, Cik Nur suka tengok wayang di IOI Mall, Puchong sebabnya tak payah nak pening kepala nak beratur panjang beli Popcorn.. tiket???? tiket pun sama, tapi Cik Nur beli online senang.. scan je QR code, dan tak ramai orang sangat, tapi musing sekolah ni nak pula time weekend memang ramai lah... jadi pergi lah tengok Moana seorang diri.

Dari office ke IOI Mall, tak jauh sangat, jam 6:15pm, Cik Nur dah sampai wayang jam 8pm, sebelum tunggu maghrib, solat dulu, singgah Popular tengok buku-buku apa yang terbaru... Oh ya! Popular ada buat SALE!! tau, banyak juga buku yang ada diskaun, dan start 2/12/16-4/12/16 ada juga sale 50% diskaun untuk semua buku English termasuk best seller, bertempat di Summit, USJ... Cik Nur cadang nak pergi masa lunch nanti... datang lah beramai-ramai (dah macam buat marketing hahha )
ok Cik Nur bukan nak cerita tentang lain dah lelalut ke lain.. hahah

Berbalik kepada cerita Moana, cerita dia kan...cerita dia kan bestttttttttt......

Sinopsis
Ceritanya akan bermula dengan flashback pada tiga ribu tahun yang lalu ada seorang lelaki yang separuh tuhan, telah mencuri hati Te Fiti, sejak itu semua tumbuhan dah laut akan mati. Sehingga merebak ke pulau yang di diami oleh Moana dan puaknya.
Moana nekad untuk pergi berlayar mencari Maui (lelaki separuh tuhan), dan menyuruh Maui meletakkan kembali hati Te Fiti, bermula lah pengembaraan mereka berdua... cop cop cop... bertiga.. siapa lagi 1??? kena lah tengok.. ^_^
Dalam perjalanan Moana dan Maui untuk meletakkan kembali hati  Le Fiti tu, Moana mengenali siapa diri dia yang sebenar....
nak tahu lebih lanjut???? pergilah ke pawagam yang berhampiran anda...hahahah
Cik Nur tak nak spoilkan.. nanti kalau Cik Nur cerita dari mula sampai habis tak syok la pula kan... kan...kan... pokoknya cerita memang best, ending pun best, permulaan cerita pun best, boleh la bawa anak-anak pergi tengok.. Moana masa kecil cute teramat sangat... rasa nak gigit je... 
Moana & Maui
Selamat menonton ^_^

5 comments:

Mazni Azmi said...

Menarik cerita Moanna ninya. Lihat dengan anak anak mesti suka. Time cuti sekolah ni pawagam penuh dengan budak budak

⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

Shahida Dzulkafli said...

Bestnya.. Bawa anak2 tengok nie okay kot..

Unni Anje said...

watch online tak ada lagi ke?

Nurfaezah Abdullah said...

belum tgk lagi movie ne

Hafiza AizZawa said...

kiut kan moana mase kecik.. serius mmg rasa nk gigit pipi dia.. hehe

 

All Right Reserved To Dhia-Manja.