SEMBANG PETANG : KELAS OSHA

Ya Allah, lamanya tak menaip, bercerita bagai, buka blog tadi tengok follower pun daah berkurang sedihnya. Tak apa lah mungkin salah Cik Nur sebab tak konsisten kan? orang pun lari la kan? tapi apakan daya bila dah sampai SEM terakhir ni, faham-faham je lah.. kesibukkan dalam menyediakan Kertas Kajian memang amat kekurangan masa, bila ada kesempatan, Cik Nur akan blogwalking blog anda semua, jika tiada jejak Cik Nur dalam kotak komen dan chat anda Cik Nur minta maaf ya.

Ok, stay POSITIVE Cik Nur, jangan sedih sedih ya dak? sekarang ni Cik Nur tengah menaip sambil Pensyarah berceloteh di depan. Pensyarah kesayangan semua rakan-rakan dalam kelas Mr. Calton seorang yang sangat suka bercerita. Sebelum ini beliau mengajar dalam Organizational Behavior dan sekarang beliau mengajar kami dalam Occupational Safety & Health untuk subjek yang terakhir sebelum tamatnya perjalanan pembelajaran di UM, sangat sporting pensyarah ni, selalu stay positive, selalu tersenyum, umur pensyarah ni sudah sama umur dengan atok Cik Nur. Sementara masih bersisa lagi lima minggu boleh lah Cik Nur timba pelbagai ilmu dengan beliau kan.. nak pula bab Safety & Health kan...kan..kan..
Ok kelas dah tamat... jumpa korang lagi..
Assalamualaikum


alamak gelap la pula... kikiki

SEMBANG PETANG : NILAI SEBENAR SEORANG ISTERI


Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada sekumpulan audien yang berkeluarga di sebuah dewan dan meminta seorang audien datang ke depan. 

PENCERAMAH : ”Cuba tuliskan 10 nama yang paling rapat dengan anda”.

Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama di atas white board. Ada nama orang tua, anak, isteri, jiran, teman kerja, dan juga sahabatnya.  

Seterusnya......

PENCERAMAH : "Sekarang sila pilih 7 di antaranya yang anda ingin hidup terus bersamanya".

Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi. 

PENCERAMAH : "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...” 

Maka tinggal 3 nama sahaja iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. Suasana dewan menjadi hening. Mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih. 

Tiba-tiba berkata penceramah itu lagi ....

PENCERAMAH : “Silakan padam 1 nama lagi!” 

Lelaki itu dengan perlahan2 mengambil keputusan yang sulit lalu menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat pemadam dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis. 

Setelah suasana tenang, penceramah bertanya kepada lelaki itu .... 

PENCERAMAH : "Kenapa anda tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat anda cari lagi?" 

Semua orang di dalam dewan terpaku dan begitu suspen menunggu jawapan dari lelaki itu.

Lalu lelaki itu menjawab ....

LELAKI : ”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dia dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.” 

Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas.... 

Sayangilah isteri anda, manfaatkan lah saat-saat yang tersisa bersamanya agar tidak kesal di kemudian hari, kerana masa tidak boleh diputar kembali.

Sayangilah isteri anda serta kasih dan kasihanilah dia. Tolong bantu tingkatkan kehidupannya. Jangan disakiti hatinya. Jika dia melangkah mudahkan langkahnya. Hormatilah dan peliharalah perasaannya, hargailah pengorbanannya kerana segala-galanya TIDAK BERMAKNA lagi jika dia sudah tiada untuk bertemu Illahi.

Dedikasi untuk semua wanita. Wanita adalah karakter yang paling unik Wanita umpama garam .... 
Adanya dia tidak diingati. Tiadanya dia hidup segalanya menjadi tawar hambar dan tidak bermakna.

= kuliah besama ustaz iqbal zain

WW : MENGHITUNG SETIAP JAM

 

All Right Reserved To Dhia-Manja.