CINTA RASUL : Cinta Rasulullah S.A.W Kepada Orang Tua

Sungguh mulia akhlak Rasulullah S.A.W. Salah satu akhlak Baginda sangat kasih dan sayang kepada orang-orang yang sudah tua. Sebagai pemimpin agama, jeneral tertinggi, sekaligus pemimpin negara, Baginda mengajak umat untuk sentiasa menghormati orang tua.

Ajakan Baginda bukan sekadar kata-kata. Baginda sentiasa mencontohkan aoa yang dianjurkan, mengajak berbuat kebaikan daan memberi suri teladan dalam perbuatan tersebut. 
Baginda bersabda : "Sesungguhnya di antara cara memuliakan Allah S.W.T  adalah dengaan menghormati Muslim yang tua " (Riwayat al-Bukhari).

Hormatilah orang yang sudah tua. Dengan begitu, kau memuliakan Allah S.W.T.. Itulah keluasan cinta Rasulullah S.A.W. Begitu besarnya cinta dan pengertian Baginda kepada orang yang sudah tua hingga Baginda menolak untuk memanjang-manjangkan solat berjemaah.
Salah satu alasan Baginda adalah kerana terdapat  jemaah yang sudah tua dan kesusahan. Bayangkan apabila orang-orang tua yang lemah harus berdiri lama. Bukankah tubuh mereka tidak lagi sekuat orang yang masih muda?

Rasulullah S.A.W juga jarang sekali berkata kepada orang tua dengan suara yang kuat dan kasar kecuali sekali. Sekali???? ini kisahnya....
Ketika itu, seorang lelaki tua mengadu kepada Baginda. Lelaki itu berkata, " Wahai Rasululluh, saya selalu berlambat-lambatkan solat subuh kerana si Fulan yang menjadi imam suka memanjangkan solatnya." Bila mendengar keluhan orang tua itu, dengan tegas Rasulullah S.A.W bersabda, " sungguh, di antara kalian yaang menjadi penyebab orang-orang lain (dari solat berjemaah). Sesiapa sahaja di antara kalian menjadi imam, hendaklah ia memendekkannya kerana di antara para makmum ada yang lemah, ada yang tua dan ada yang memiliki keperluan" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


NcP : Sungguh hebatkan akhlak yang dimiliki oleh kekasih Allah..? haaaa ni baru cikit. Banyak lagi cerita-cerita mengenai Baginda yang akan Nur kongsikan bersama, supaya kitaa boleh mengambil ikhtibar dan pengajaran dari cerita-cerita yang bakal Nur kongsikan bersama. Semoga kita semua mampu mengikut jejak langkah Kekasih Allah. 
 

All Right Reserved To Dhia-Manja.