Kenali Saya : Manja (P2)

Haiiiiii u olssss.....bertemu kita lagi dalam rancangan Kenali saya.....wow da macam pengacara da ni..
sebenarnya tak tahu nak buat entri apo...serious hari ini tetibe otak jadi blanked sangat.. jadi buat entri sambungan tentang Manja.

Manja ni nak kata baik tu boleh laaa....tapi Manja ni jenis pantang nampak kucing lain selain ahli keluarga dia, even dengan anak sendiri pon dia nak bergaduh, ye la kucing nama ada perasaan sebagai bapak ye tak?
dan Manja ni tak suka nak dibelai-belai, silap hari bulan memang kena cakar...asek moooodyyyy jew, garang tak bertempat, nasib baik comel, sejuk la cikit hati ni...hihihhihi
ok layan la gambar dibawah
bersambung.........

Mentos : Peraduan Cintai Malaysia


 
Selamat Pagi... hari ini saya nak bagi tau kat korang yang sekarang ini MENTOS sedang mengadakan peraduan Cintai Malaysia, hadiah grand oo...rugi kalau tak join. Tahun depan adalah tahun Melawat Malaysia kan?? or cuti-cuti malaysia... saya dah join, mana la tau rezeki kita kan, dapat melancong free...hihihi ye la nak pergi sendiri memang idok la. Untuk maklumat lanjut korang boleh klik link ni Mentos Malaysia.

Cara Penyertaan

1. Hantarkan penyertaan anda beserta dengan jawapan pada soalan dibawah dengan betul
    Mentos® di jual lebih daripada _____ Negara seluruh Dunia

    A) 100      B) 2
    MENTOS < jarak > kod pada pembalut mentos < jarak >jawapan pada soalan diatas < jarak > 12 digit
    no.IC < jarak > Nama Penuh

    Contoh:
    MENTOS YY6FH63G A 841115155777 Abdul Rahman Bin Rosli

2. Step 2:
    Hantar pada nombor 36322

haaaaaaaa senang kan??? makan dan menang...korang boleh hantar peraduan ini sebanyak mana yang korang suka.
Photo: Don’t throw away your Mentos wrapper! 

Find out what’s hidden in the wrapper and join the CINTAI MALAYSIA contest now! RM130,000 worth of prizes are up for grabs!
 Photo: Terms & Conditions...bahasa apa nie..
 Photo: Psst... do you have a Mentos in your pocket ? 
Join the CINTAI MALAYSIA contest now! Check the inner wrapper of your Mentos roll for the code -RM130,000 worth of prizes up for grabs!
Contest Link: http://bit.ly/Cintai-Malaysia-l



Kenali Saya : Manja (P1)

Hai semua, sebenarnya tak tau nak buat entri apa... jadi saya nak kenal kan anda semua dengan anak-anak saya, tapi part by part la...Saya mula kan dengan MANJA.

Manja seekor kucing jantan Domestic Long Hair (DLH) yang dikutip oleh abang saya ketika bertugas di sekolah, kira Manja ni kucing liar la. Manja juga kucing pertama yang saya bela semenjak berpindah ke rumah baru. Kalau di ikutkan ada bela seekor kucing sesama tinggal di rumah setinggan Pantai Dalam, tapi kucing tu dah mati dan tiada rekod, maklum la baru tingkatan 1 time tu..hhihihii

Ok berbalik pada Manja, kenapa manakan dia Manja??? sebab adik perempuan saya yang nak namakan dia Manja, kononnya Manja...first time datang rumah pergh! sopan la, nak mengiaw pon susah nak dengar.

Time kami adopt Manja tu dia memang dah besar, lebih kurang 2 tahun la dah bela Manja ni, macam-macam pengalaman suka duka bersama Manja ni. Sekarang ni Manja dah menjadi bapak da pun..nanti saya perkenal kan 1 per 1 ok... Sekarang ni manja dah tua dah, asyik baring terkakang jew...keh keh keh...memang hobi dia terkakang, tido, berdengkur sampai meleleh air liur... tua bukan sebarang tua, tua kuat lagi nak bermain, apatah lagi nak mencakar, kalau tak kena cakar tu bukan pencinta kucing la jawapnya...betol tak?

Ok, pengenalan untuk Manja dah selesai, jadi saya hidangkan gambar-gambar dari mula saya bela dia.. 
 

Bakal Suami Isteri Bergaduh...Comel


Punca kejadian tidak diketahui.....Comel tak??? gaya budak perempuan tu menunding jari..mula-mula cakap yes, tetibe no pulak...soooo cute...
Selamat Menonton

Segmen Pencarian Bloglist November By Kinah




Siapa Suka Makan Sengkuang???

Konichiwa....!!!!
Ada tak diantara blogger-blogger yang pernah makan sengkuang.... cop! tau mesti ade yang pernah makan kan? tapi ini sengkuang bukan calang-calang sengkuang tau... ni sengkuang yang bersoskan warna merah.. tapi sekarang ramai yang panggil sengkuang calit.. calit atau tak itu tak penting, yang penting sekarang ini ade yang pernah makan tak?????
Saya adalah salah seorang peminat sengkuang bersos merah dan atas tu ditaburkan kacang tumbuk... Ya allah nikmatnya tak terhingga u olllzzzzzz!!!!! jakun kan??? mesti la! sebab last saya makan sengkuang bersos merah ni sekolaah rendah tau...merata-rata cari tapi tak ku jumpa sengkuang pujaan hati ku.
Pada satu hari tu kami ( me & abe ) berjalan-jalan kat jalan TAR, berhenti dekat sebuah gerai yang menjual buah, lantas terpandang sos merah tu, wajah tersengeh cam orang gila (walaupon tak gila ) apa lagi kaut la.. start dari hari tu kalau kempunan sengkuang saya akan beli kat citu... tapi sekarang gerai tu kerap tutup menghampakan betol bila time mengidamkan sengkuang.. En. Abe pon try pergi tengok dekat taman yang dekat cheras tu...tak tau la nama dia walaupon da banyak kali pergi, kali ni kat taman tu menjadi port kami untuk membeli sengkuang.
Semalam time mengidam la konon pergi la sana, biasa la saya ni friendly orang nya..sambil beli saya tanya la akak tu
Saya : Akak nak tanya, sos sengkuang ni akak buat sendiri kew?
AJB : A'ah akak buat sendiri, sedap tak?
Saya : Sedap, sebenarnya saya dah lama cari sos ni, selalu mereka beli kat nama ya?
AJB : Dekat Chow Kit ade jual, kat checkers pon ade jual...
Saya : Apa! kat Checkers? Checkers mana kak??
AJB : Tu Checkers depan stadium tu ada jual. tapi masin la sikit
Saya : Terima kasih kak
Masuk je dalam kereta tanpa lengah ajak la En.Abe pergi checkers tu...
Ini sengkuang yang beli kat akak tu..besar kan??
Jumpa apa yang dicarik
Time timbang sengkuang...mahal!
Tada...benda pink memang tak akan lepas dari pandangan mata
Cerdik betol dorang nak tarik  perhatian Pencinta pink
Sengkuang buat kat umah
yang penting HALAL!
Sos ni nampak pekat kan??? memang ianya pekat dan masin, taucu digunakan sebagai bahan utama untuk membuat sos ini, kebetulan saya tau macam mana nak buat sos ini sedep. Macam mana saya tahu???? lorrr lupa la tu kan saya ni friendly... saya pernah tanya akak yang jual buah kat jalan TAR tu..dia kata kena bancuh semula dengan air gula...itu la rahsianya...ishhhhh!!!!! jgn bagi tau orang tau...rahsia...hihihihi
lepas ni saya tak perlu nak keluar semata-mata untuk beli sengkuang. Yes...leh la share dengan member opis.
ok la...tak mo bebel panjang...Daaaaaaaa!!!!!!!!!!
 

All Right Reserved To Dhia-Manja.