Keluasan Neraka Yang Amat Dasyat

Untuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya....
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang
kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah
mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w. "Mengapa aku melihat kau
berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh
supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang
yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu
benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia
merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan
selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun
sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap,
tidak
pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau
dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan
dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah
yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu
digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an
itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar
orang-orang yang di hujung timur kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,
dan
minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan
api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada
bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu
rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya
di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000
tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota
kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa
a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua
tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat
orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi
bernama
Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail
diam
segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau
terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya
orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum
sempat bertaubat."

Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,
sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya
sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya
Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada
seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya:
"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.
a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk
ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila
sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari
kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari
Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
lautan
racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

" Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah
Kami
menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu
dilaknat
oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:"
Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat..

Kerana Kau Biawak!!!!

Selamat pagi Jumaat wat semua, semoga hari jumaat ini, penghulu segala hari ini, akan menjadikan kita lebih baik dari semalam. Lene tidor semalam???? Saya tak boleh nak tidor....serius, kejap-kejap terjaga...
sume gara-gara Encik Biawak.
Al-kisahnya :Di satu jalan menghala ke Kinrara Puchong. Tengah syok dok karok dalam Pinky (kereta) gara-gara jem, mata ni terpandang cam ada sesuatu tepi jalan raya, mata ni liar lah nak tengok ape bende yg mengganggu pandangan mata, kot-kot la bangkai kucing kew kan... dalam hati ni memang berdoa lah agar bukan bangkai kucing, kalau memang betol la bangkai kucing, memang kompom menangis nyew lah. Tapi sukacitanya bukan la bangkai kucing,bukan juga anjing..... korang nak tau tak ape????? Biiiiiaaaaaawwwaaaaaaakkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! time tu meremang bulu roma ok, badan mengigil, dengan tak sihat lagi, korang nak tau tak kenapa sampai menggigil??? sebab biawak tu besarrrrr sangat, ngeri lak tu kematian die, sampai berbelit badan die (biawak). Sampai rumah dok terngiang-ngiang dalam pale ni...sampai bawak ke tido... menyesal tengok.....menyesal....
Korang sume ade tak yang takot ke, geli kew dengan biawak??? saya tengok ade yang ciap bela lagi... Ya Allah idok lerrrrrr.....seram sejuk kot.....
Kira besar ni lah saiz die

Pengajarannya, jangan bajet berani sangat, kan dah kena....XoXo!!!

Nota Pink : geliiiiiiiii!!!!!!!!!

WW : Alahai Korea

Ohayoooo... pe kejadahnye ohayoo tu??? ohayooo tu camat pagi... ( tak sure betol ke ejaan tu,sebab pakai main hentam jew) selamat tahun baru sume.. ^_^
ni haaa saje jew nak bg tau tite dapat ole-ole dari Korea...ado member opis pergi bercuti kat koren.
patut la rase pelik tadi type tajok ole-ole dari jepun, last skali korea lak...ermmm masih bermimpi la saya ni... meh tolong cubit pipi ni..bagi sedor sikit.
Sebanarnya Korea adalah salah satu negara yang wajib melancong dalam senarai negara untuk melancong.
Beruntung sangat sapa yang dah pergi kan??? Kecantikan negara Korea ni memang tidak dapat dinafikan.. teringin nak wat pose cam dalam cite-cite korea yang saya tengok...

1) Nami Island : Kalau pergi tempat ni mesti ingat Winter Sonata kan??? Encemnyewwwww!!!! tp bukan winter sonata jew tau cam cite Tree Of Heaven, mugkin banyak lagi ( yg belom tengok lagi). Masa mula-mula dengar nama ni, ingtkan kat jepon sebab ade anime One Piece ade crew nama Nami..hihi


Cer bayangkan naik basikal dgn kekanda..huuu romantik nyeww



 2) Jeju Island : Jeju ni jangan cakap lah kan...memang famous amos la... antara drama yang pernah tengok...Full House, Jewel In The Palace ( besh ooo), Which Star Are U came From ( besh gak), lagi apo ek???? banyak la
Cantikkan???
3) Yang ni tak tau apo namo tompek : Cerita yang dok rakam kat cini mesti la cite fav i...Stairway To Heaven... Pernah tengok???
besh kan??? besh kan??? harap akan dapat jejak kaki di sana satu hari nanti...tolong doakan k yayang sume
Daaaaaaa!

5 TAULADAN DAN PENGAJARAN KISAH HIJRAH NABI MUHAMMAD S.A.W UNTUK SEBUAH PERUBAHAN

Salam Ma'al Hijrah untuk semua umat Islam. Syukur kerana kita masih diberikan nikmat-Nya. Hijrah bermula daripada peristiwa hijrah (perpindahan) Nabi Muhammad s.a.w dari kota Mekah ke Kota Madinah dalam memperkukuhkan kedudukan Islam dan merancang strategi baru untuk penyebaran Islam.

Hijrah dari segi bahasa pula bermaksud Perpindahan, kepada satu keadaan yang lebih baik. 
Apabila sampai tahun baru sering akan timbul pertanyaan azam baru yang ingin kita capai. Tidak dinafikan perasaan saya sendiri, semangat tahun baru sering mendorong kepada terciptanya impian atau cita-cita baru. Namun, memang ada yang tidak berjaya. Apakah sebabnya? Sebagai seorang manusia biasa, saya fikirkan anda anda juga sama (mungkin).

Sememangnya ada sebab kepada kegagalan masing-masing dalam mengejar impian - pasti. namun, apa yang paling penting adalah untuk tidak berhenti berusaha. Justeru, jika kita semua punyai impian atau cita-cita besar demi satu perubahan dalam kehidupan kita, peristiwa hijrah punyai pengajaran dan tauladan untuk dipelajari. Antaranya ;
1. Allah, manusia dan doa - Rasullulah s.a.w adalah seorang manusia yang keyakinannya kepada Allah s.w.t tidak punyai belah bahagi. Keyakinannya baginda ditunjukkan melalui perbuatan baginda dengan berdoa. Jika dibaca semula tentang sejarah hijrah, baginda menjadikan doa sebagai salah satu senjata yang mana baginda gunakan antaranya untuk ;
  • mengalahkan Suraqah (kaki kuda tenggelam dalam pasir), 
  • membantu dengan memberi minum susu kambing
Doa adalah senjata mukmin. Gunakanya sentiasa. sebagai seorang manusia, dengan berdoa ia menguatkkan lagi keyakinan dalam kita mencapai cita-cita disamping membantu ketika kita berada dalam kesusahan. Ingat Allah ketika senang dan susah.
2. Perancangan - Tanpa perancangan agak sukar atau langsung tidak kita akan berjaya. Iktibar daripada perjalanan Baginda Rasullulah s.a.w adalah
  • Untuk mengelakkan daripada rancangan pembunuhan oleh kafir Quraisy. Baginda telah keluar dari rumahnya seawal pagi dan Ali Bin Abi Talib mengantikan tempat tidurnya bagi mengelirukan para pembunuh kafir Quraisy.
  • Menggunakan jalan yang berlainan untuk mengelirukan musuh dan berhenti di Gua Thur untuk menenangkan keadaan. Di gua selama 3 hari, Aishah dan Asma' adalah pembekal makanan.
Itu antara perancangan yang baginda telah lakukan dalam mencapai cita-cita Hijrah dan menegakkan syiar Islam. Pengajarannya, sesudah kita punyai impian - sebuah perancangan adalah sangat penting. Rancangan hendaklah sesuatu yang praktikal dalam usaha kita. Iktibar dalam perancangan Rasullulah s.a.w dalam mencapai tujuannya adalah dengan menggunakan cara yang berbeza dan bertenang sebelum melangkah.
3. Perubahan ada rintangan - Kita berjalan tanpa kita sedari sedang dirintang oleh berat kerana graviti tidak lurus kerana penghalang dalam perjalanan. Itu fitrah dan lumrah kehidupan. Semakin besar sebuah cita-cita dan impian, jangkakan rintangan yang semakin besar. 
Baginda Rasullulah s.a.w atas perintah Allah s.w.t memang tanggungjawab yang menjadi cita-citanya sebuah perubahan bagi menyebarkan Islam keseluruh pelusuk muka bumi. Tidak hairanlah kenapa masyarakat kafir Quraisy bercita-cita untuk membunuh beginda. Ia adalah rintangan yang sentiasa baginda Rasullulah s.a.w tahu dan hadapi. Sedar akan perkara tersebut, baginda sentiasa bersedia dan merancang dengan setiap tindakan beginda.
4.  Hijrah/Berubah atas peluang - Mengetahui peluang besar terutamanya bagi mencapai cita-cita menyebarkan Islam dengan lebih baik, baginda atas arahan Allah s.w.t mengambil keputusan untuk berhijrah. Antara peluang yang ada di kota Madinah ketika itu adalah;
  • Jemputan dari masyarakat Arab Madinah untuk memimpin dalam memulihkan ekonomi dan
  • Mendamaikan masyarakat Madinah yang sering bertelagah
  • Peluang penyebaran Islam dalam suasana lebih aman selepas tentangan kuat dari kafir Quraisy kota Mekah
  • Kedudukan Madinah yang strategik dalam laluan perdagangan (Peluang penyebaran yang lebih banyak)
Kesan atas mengambil peluang yang ada, penyebaran Islam selepas hijrah menjadi semakin cepat dan meluas kerana perkembangan ekonomi, politik dan sosial umat Islam yang semakin stabil. 
Pengajarannya, jika inginkan satu perubahan dalam hidup atau mencapai impian, pastikan ia punyai peluang yang baik dan terbuka. Selidiki peluang-peluang yang ada dalam kehidupan kita seharian dan gunakan ia sebaiknya dalam mengubah hidup kepada yang lebih baik. Pastikan juga peluang-peluang tersebut realistik dan mampu dicapai.
5. Erti Sahabat - Untuk berjaya dalam mencapai sesuatu yang lebih baik Perlukan Sahabat. Dan untuk berubah dan berjaya kita perlukan orang sekeliling, kenalan dan paling penting sahabat. Iktibarnya bagaimana ;
  • Sayidina Abu Bakar As-Siddiq berjalan di depan dan belakang Rasulullah s.a.w demi untuk melindunginya dalam mencapai cita-cita sahabatnya
  • Sayidina Ali Bin Abi Talib menggantikan baginda Rasullulah s.a.w ditempat tidurnya bagi mengelirukan pembunuh kafir Quraisy
Begitu pentingnya seorang sahabat sama ada orangnya dari kalangan sanak saudara sendiri atau orang lain. Dengan adanya semangat setiakawan tinggi, ia memberikan impak moral yang membantu dalam kita mengejar sebuah perubahan dan kejayaan terutamanya. Oleh sebab itu, jagalah perhubungan kita dengan sahabat yang ada.Buat Nurul Darlina, Salmidah, Linda, Ellis, Kak Anis, Jannah, Nurul Akhma, Nor Halida, Nur Aliza Mohklas, terima kasih anda sudi berkawan dengan saya dan menjadi sahabat saya.. Sahabat bukan bermaksud pakai dan buang...Saat gembira ditinggal kan, saat berduka mencari SAHABAT...Sahabat tak kira suka duka dikongsi bersama, itu maknanya sahabat.
Kegemilangan Islam tercetus selepas berlakunya hijrah baginda Rasullulah s.a.w dari kota Mekah ke kota Madinah. Daripada tekanan kepada kebebasan, kemiskinan kepada kekayaan, daripada sengsara kepada kedamaian. Justeru, kita ambil iktibar peristiwa sejarah besar tersebut sebagai pemangkin untuk mencari ruang, kekuatan dan keyakinan untuk melakukan perubahan - kepada yang lebih baik. 
Semoga dengan Tahun Baru yang akan tiba tak beberapa jam lagi, saya Nurmasitah Binti Nasri menyusun 11 jari memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa tersinggung tanpa diduga, saya hanya manusia yang kerdil, tidak lepas dari membuat kesilapan. Ditahun Baru mari lah kita bersama-sama berhijrah membina hidup yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Saya doa kan pada tahun baru ini akan menjadikan kita insan yang lebih baik dari sebelumnya.

Insya-allah.

Kau Hilang Entah Kemana!!

Disaat orang lain bergembira, saya berduka kehilangan anak....Walaupun dia tak cantik, tak gebu, tak gemok, dia tetap sebahagian dari hidup ku. Yen kemama kau menghilangkan diri, selamat kah kamu?? ibu risau akan keselamatan kamu. Mesti kamu ketakutan bila dengar bunyi orang bakar mercun kan?? ibu tak boleh berhenti fikirkan kamu sehingga kamu selamat kembali kepangkuan ibu... balik lah Yen...
Tolong doakan keselamatan kucing saya...hilang tanpa dikesan, tak tahu bila Yen keluar dari rumah...balik kerja ni, sekali lagi akan pusing floor by floor untuk cari Yen...Hope dapat bertemu dengan Yen
tak de mood nak wat kerja.....
 

All Right Reserved To Dhia-Manja.