TJ : FITNAH DI LAMAN SOSIAL

Salah satu fitnah besar di laman sosial seperti fb, instagram, twitter ialah ia menjadikan umat ini gila bergambar untuk ditayangkan pada semua orang.
Semua gambar kita nak share, sampai gambar isteri yang sepatutnya disimpan untuk tatapan suami sahaja pun di share. Gambar kita di masjid pun kita share, bahkan yang lebih merisaukan ialah kalau dulu ada istilah "candid" yang mana gambar ditangkap oleh orang lain tanpa kita sedar, sekarang ni semua "candid" adalah palsu sebab sebelum "candid" memang mereka dah rancang dan plan awal-awal dan hanya lakonan semata-mata.
"Haa nanti aku peluk ulama tu, kau snap gambar aku tau! aku nak share kat fb yang aku dapat peluk ulama dan kononnya "candid" orang tangkap gambar aku."
"Aku duk kat tebing tu, pastu aku nak merenung ke arah laut tu konon jiwang, waktu tu kau snap gambar ye. Baru nampak "candid" dan jiwang. Nanti boleh aku buat poster, edit letak ayat-ayat hikmah kat situ, ramai yang share nanti."
"Aku dah siap pakai purdah ni, kau tolong snap jap gambar aku tengah tengok bawah ni, nampak macam ayu-ayu, malu-malu gitu, baru la boleh jadi niqobis sejati. Nanti nak upload dalam fb, dan untuk menghalalkan perbuatan aku ni, aku niat je lah untuk dakwah. Kalau ada orang hentam aku, aku cakap la "semuanya tergantung niat"... islam itu kan mudaaaahhh~"
"Aku buat-buat baca kitab arab ni, japgi kau snap gambar aku kona baring 99 degree. Nanti aku nak share kat fb, baru orang tau aku ni ulamak besar gedabak tengah acah studi kitab besar tak da baris."
"Aku nak duduk berzikir ni, nanti kau snap gambar aku jap ye. Tapi biar aku posing cantik dulu, biar aku merenung ke arah sana. Baru nampak macam tengah merenung kebesaran Allah sikit."
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.
Kalau ini bukan sifat munafik, apakah ia?
Gejala gila selfie ini menyuburkan sifat nifaq dalam hati kita.
Gejala gila bergambar ni menyuburkan macam-macam sifat kotor dalam hati kita.
"Apa la batoota ni merapu! Aku tak kan kotor hati lah, aku ni orang tareqat, aku ni orang tabligh, aku ni orang usrah, aku ni ustaz, aku ni pelajar pondok, aku ni pengikut habaib, aku ni selalu ikut majlis ulama, aku ni sentiasa islah diri, jadi hati aku tak kan kotor hanya kerana gejala selfie ni... poooodaaaah!"
Jawab Batoota: "Ya itulah tanda hati kau paling kotor, bila kau rasa hati kau tak kotor."
Bergambar tu tak salah, nak bergambar silakan.
Yang saya hihglightkan disini ialah GEJALA GILA BERGAMBAR sehingga berlakon candid bagai, sampai kat kubur pun nak berselfie, sampai beribadat pun nak berselfie, pergi masjid pun nak selfie dan entah apa-apa lagi yang menjatuhkan moral kita dan merosakkan amalan kita.
Saya memang anti bergambar sejak dulu, sebab saya memang tak suka. Dulu saya letak syarat kalau nak jemput saya ceramah, jangan ambil gambar saya. Jangan buat poster letak muka saya.
Dapat bertahan sekejap je. Sebab gejala bergambar ni sangat menebal dalam masyarakat kita dan saya tak mahu berkeras dalam hal ni sebab benda ni bukannya haram, hukumnya kekal harus. Cuma ia akan menyuburkan pelbagai sifat tak elok. Kalau benda ni haram, saya akan berkeras. Saya tak mahu jadi Wahhabi yang berkeras bukan pada tempatnya. Jadi akhirnya gambar saya pun tersebar. Aduh la. Rasa hidup tak bebas, pergi mana pun orang kenal.
Saya tak suka penduduk bumi kenal saya, saya hanya suka kalau penduduk langit yang kenal saya. Orang bumi, cukup kenal "nama" sahaja (itu pun bukan nama sebenar), bukan orangnya. Sebab ramai yang terkenal di bumi akhirnya terjerumus ke lembah neraka. Sedangkan yang terkenal di langit, pengakhiran mereka baik-baik.
Kadang saya rasa macam nak pergi duduk jauh dari manusia. Tinggal dengan anak isteri, ternak ayam kambing sendiri. Tapi saya umat Nabi yang ada tanggungjawab pada umat. Saya tak boleh tinggalkan tanggungjawab saya.
Jadi saya terpaksa hadapi dunia, sistem dajjal, masyarakat dan sebagainya ini dengan penuh hati-hati.
Baru-baru ni, ketika saya dijemput ke muktamar ulama sedunia di Putrajaya. Saya lihat, asal habis satu-satu sesi je, mesti ramai gila peserta turun dan bergambar.
Sampai Habib tegur: "Barangkali kalian lebih banyak bergambar daripada berzikir pada Allah."
Seriously I felt so ashamed.
Ulama itu dihormati, dimuliakan, diamalkan ajarannya, diteladani, diikuti akhlaknya.
Bukan hanya diambil gambarnya sahaja dan berbangga di fb dapat bergambar dengan ulama.
Sekali lagi saya katakan, ia tidak haram. Tapi boleh menjadi haram.
Semoga Allah beri taufik dan hidayah pada kita semua untuk berselfie ikut syariat, berselfie secara normal, berselfie sambil hati terjaga atau tinggalkan terus budaya tu.
#deep
#untukKu
#jaga_Hati
#jaga_Iman
#jagalidah

C.I.N.T.A Diantara Kita (Part 2)

Azan subuh di telefon bimbit Nur Humaira sedang berkumandang, dengan rasa malas Nur bangun akan tetapi Syaitan tidak pernah jemu menghasut supaya anak Adam leka untuk membuat kebaikkan, mata Nur Humaira makin lama makin kembali rapat, maksudnya nak tidur balik lah... tiba-tiba akal menjerit 
"Wooiiiiiiii Nur Humaira!!!!!!!! bangun!!!!!!!!! dah subuh dah ni!!!!!"

kan dah kene marah dengan diri sendiri... kelam kabut Nur Humaira bangun dan pergi membersihkan diri.

    Selesai menunaikan solat subuh, aku duduk diruang tamu dengan memegang senaskah buku. Biasa la aku ni lain dari yang lain... kalau perempuan-perempuan lain mesti tengok HP tengok TV , pergi dating, tapi aku, aku lebih gemar membaca dari membuang masa, nak berdating siapa lah yang nak kan aku yang serba serbi kekurangan ni. ahhh! biar lah setiap insan mempunyai keinginan, kehendak yang berbeza... begitu juga aku... saat hati kecil ku berbicara. Oleh kerana kusyuk membaca aku memandang jam didinding yang sudah menunjukkan pukul 7:30 pagi, membutang mata aku....
"Ya Allah! aku dah lambatttttttttttt" sekali lagi hati kecil aku mencerit... hahah entah kenapa hari ni hati asyik nak menjerit je.. harap tiada apa yang akan berlaku.

   Sesampai je di Taman Bukit Jalil aku mula buat senaman panaskan badan... seperti biasa Taman Bukit Jalil sentiasa penuh, jadi aku park kereta area paling belakang sekali... ok! dah perfectly warming up... let's go.... dengan penuh semangat aku berjogging cukup 2km aku berjogging tiba-tiba aku rasa kepala aku rasa berat, pandangan aku pula mula kabur, aku mula berjalan perlahan-lahan sambil tarik nafas dalam-dalam, mana lah tahu oksigen tak sampai ke otak ke kan... manalah tahu sebab aku bukannya doktor ^_^, dengan perlahan aku menuju ke tempat letak kereta sebab aku rasa lain macam je. Sampai je ke kereta aku terus menuju ke panel klinik di area kinrara, panel klinik yang biasa aku pergi, hello biasa pergi, bukan selalu pergi ok...
siap register aku diminta duduk sebentar sehingga nama aku dipanggil oleh nurse yang bertugas...
"Nur Humaira" nama ku dipanggil dengan perlahan aku menapak, dengan perasaan takut pun ada
"Yes, Nur, how are you? long time no see?" aku hanya mengukirkan senyuman bila diri ku di sapa doktor muda yang agak kacak dan peramah orangnya.
"i'm not feeling well doc, that why i came here...""come, let me check your blood presure first" aku menghulurkan tangan aku untuk di periksa, aku lihat sampai berkerut dahi doktor tu, haaa! sudah. dia tarik nafas pulak, ini yang buat aku suspen ni.. tiba-tiba... wajah doktor bertukar menjadi serious... dan
"My dear Nur Humaira, you punya tekanan darah turun mendadak, kenapa boleh jadi begini?? apa yang you buat?? " suara yang agak garang disitu. memang aku dengan doktor dah macam kawan, seingat last visit aku siap berpesan lagi jaga diri baik-baik jangan sampai sakit, aku harap dia cakap macam tu pada semua pesakit dia.
"Teruk ke doktor? lately saya stress sedikit" wajah aku bertukar sayu
"You stress dengan kerja or cinta?" eh! doktor ni soalan apakah ini?
"Both" jawap aku jujur, kadang-kadang aku rasa aku ni bodoh betul la, kenapa tak pilih untuk tidak menjawap kan?? tersenyum aku sendiri dengan kebodohan aku ni
"Please my dear, stress macam mana pun you kena rest, untuk kebaikkan you juga, nothing i can say, i bagi you ubat, dan jaga diri, jangan sampai sakit lagi"
"Sir yes sir" jawap aku dan terus keluar dari bilik doktor dan tunggu ubat
Jam menunjukkan hampir pukul 10 pagi, aku memandu terus pulang ke rumah, jarak antara klinik dan rumah hanya dalam 5 minit saja, aku park kereta dan berehat sebentar, sebab awal lagi untuk bersiap pun, ringtone nokia berbunyi menandakan mesej masuk...aku membaca mesej dan tersenyum gembira kerana sememangnya aku menantikan mesej dari dia..
"Assalamualaikum Nur dah bagun ke?" tanya sidia
"W'salam abang, sudah Nur baru balik dari klinik"
"Aikk... kenapa Nur tak sihat ke?"
"Lebih kurang lah,..tak pasal-pasal kena marah dengan doktor" jelas aku dengan panjang lebar
"Aikk... kenapa pula doktor tu nak marah Nur?"
"Nur dengan doktor tu agak kenal gak la... so doktor tu bajet risau la konon.. hahaha" tetiba aku tergelak bila terfikirkan hal yang berlaku pagi tadi
"Abang nak tanya ni.. pukul berapa Nur nak datang ambil abang?"
"Abang nak gerak sekarang ke?"
"Tak ada la bus abang jam 2 petang..tapi kalau Mur ambil abang kita boleh dating"
"Ok..nanti Nur nak gerak Nur bagi tahu abang ye"
"Ok Nur...abang tunggu"
"Baik abang.. Assalamualaikum"
"W'salam Nur"
    Aku memandu meneruskan perjalanan dengan niat balik nak mandi dan terus keluar, sesampai je di tempat letak kereta telefon bimbit ku berdering... skrin tertera nama nama Bonda
"Assalamualaikum ya mak"
"W'salam.. akak ada dimana sekarang? Soal bonda ku
"Akak baru sampai di tempat letak kereta.. kenapa mak?"
"Mak nak minta tolong akak hantarkan mak sampai bus stop kat jalan besar tu... boleh?"
"Mak nak pergi mana?"
"Mak nak pergi UTC kat Pudu tu.."
"Mas nak buat apa pergi sana?" Hati aku da cuak takut mak aku marah... mana tak nya banyak soal dah macam polis pencen
"Mak nak renew lesen mak tu la... minggu lepas mak tak jadi pergi sebab nak pergi ipoh kan"
"Ooooo... betul betul betul...
"Boleh tak hantarkan mak?"
"Boleh je.. mak turun la akak tunggu kat bawah"
   Sambil menunggu ketibaan bonda ku.. fikiran Aku sempat mengimbas kembali segala kejadian yang berlaku dalam bulan ini...Aku melihat kelibat bonda ku dari jauh aku segera menghidupkan injen kereta dan terus menjemput bonda ku di pondok tempat menunggu dan meneruskan perjalanan menuju ke UTC... 
"Mak nanti kalau nak balik mak call akak..kalau sempat akak jemput mak" pesan aku pada bonda tercinta.. Terasa bersalah kerana aku tidak dapat menemani bonda menyelesaikan urusannya...
"Tak apa... mak balik naik bus... lepas urusan dengan JPJ mak nak jalan-jalan dekat Petaling Street.."
"Mak nak jalan-jalan kat Petaling Street? Tak payah la mak.. bahaya lah..."  Mohon Nur pada bonda nya yang tercinta..
"Ye lah.. mak tak pergi..." Lega hati kata-kata yang keluar dari bibir bonda ku, kalau betul bonda ku yang tersayang aku akan cancel berjumpa dengan 'Dia'. Borak punya borak tak sedar destinasi yang dituju tiba, aku memberhentikan bonda ku dibahu jalan atas permintaan beliau.
"Mak, kalau mak nak akak jemput mak balik, mak call akak ye" pinta ku
"Tak apa, mak boleh balik sendiri, mak nak jalan-jalan dalam Mydin tu dah lama tak berjalan kat KL ni" Ku kucup tangan mulus bonda ku dan ku cium pipi bonda ku kiri dan kanan, aku tunggu sehingga kelibat bonda ku hilang dari pandangan mata, dan gerak pulang kerumah.
Jam menunjukkan angka 12:00 dalam keadaan yang kelam kabut aku menyarungkan tudung, ye la nak bertemu kawan yang istimewa la katakan. Selesai bersiap aku melangkah keluar rumah, jarak perjalanan rumah aku ke rumah 'Dia' hanya 5 min saja... dekat kan? aku mencari telefon bimbit untuk minta 'Dia' kongsikan location, ye la mana lah aku ingat jalan nak ke rumah 'Dia' sedangkan baru je pergi semalam, nak pula jalan berliku-liku, dengan rabun lagi berganda-ganda hilang ingatan...
"Assalamualaikum... Abang Nur nak minta tolong boleh"
"W'salam, ya Nur apa dia"
"Nur nak minta tolong abang sharekan location abang, sebab Nur lupa jalan nak ke rumah abang"
"Boleh, sekejap" tak sampai beberapa minit ringtone mesej berbunyi menandakan apa yang aku tunggu telah sampai.
Dengan berpandukan Google maps pinky menyusur ke jalan besar, Alaaaaaa seperti yang aku katakan tadi sekejap je nak ke rumah 'Dia' tak sampai 5 minit aku dah sampai, kali ni aku malas nak bermesej aku call je senang.
"Assalamualaikum... Abang Nur dah sampai"
"W'salam, dah sampai?? kejap-kejap abang bersiap" kedenganran macam belum siap je, tadi bukan lain lagi suruh datang awal...
"Ok, take your time, Nur tunggu kat bawah ni je"
"Ok..ok Nur tunggu kejap ye"
"Baik, Assalamualaikum" talian dimatikan
Oleh kerana aku teramat lah penat dan masih lagi mengantuk, aku cuba untuk melelapkan mata untuk seketika, tapi tak boleh pula, aku buat keputusan untuk tunggu diluar je.. dapat melihat keindahan pokok-pokok yang menghijau dengan kicauan beburung yang menyanyi riang, Ya Allah tenangnya jiwa, rindu pula dengan bunyi deruan ombak dipesisiran pantai. Seperti biasa sampai tunggu aku menghabiskan kodak yang berbaki dalam Galaxy Note 3 ni, ape kodak???? a'ah kodak kenapa tak percaya?? hahahaah tak ade la, mana ada kodak dalam HP, dah boring berselfie, kira pula batu-batu yang ada diatas jalan raya, nampak sangat yang 'Dia' ni lambat bonar dan tiba-tiba telefon ku berdering..
"Assalamualaikum Nur"
"W'salam abang"
"Nur ada kat mana? abang pergi ke kereta kosong je, tidak ada orang pun"
"Leh, Nur ada di sebelah kereta Nur la ni" aku segera bangun mencari 'Dia'
"Ok ok abang dah nampak," lalu talian dimatikan.
"Nur tak nampak pun abang datang kat kereta tadi"
"Ada abang datang tapi abang tengok kosong je kereta, rupanya Nur menyorok ye" aku tersenyum malu bila dikatakan begitu. Aku menghulurkan kunci kereta pada 'Dia'
"Nur dah makan??"aku hanya menggelengkan kepala, bila di fikir balik memang aku belum menjamah sesuap makanan bila pulang dari klinik pagi tadi.
"Eh! macam dah berjanji je nak pakai baju warna sama" kata 'Dia' aku hanya tersenyum dan sememangnya aku banyak tersenyum je, tak tahu apa yang harus aku bicarakan, ye lah hubungan masih baru kan. kami berdua masuk ke dalam kereta lalu terus menyusur ke Terminal Bas Selatan a.k.a TBS. Dalam 15 minit kami tiba di destinasi yang dituju.
"Ni lah TBS Nur" suara matang 'Dia' menyapa gegendang telinga ku, entah mengapa aku suka sangat memandang wajah nya dan mendengar suaranya.
"Oooo, Nur hanya lalu je tak pernah masuk pun" tiba-tiba
"Apa! abang tak dengar" perghhh! nak gugur jantung aku boleh mati terkejut aku...kikiki nak tak nak terpaksa la repeat balik apa yang aku katakan tadi.
"Alaaaaa Nur, hari minggu macam ni mesti penuh parking" aku hanya tersenyum akhirnya kami mendapat parking itu pun bukan lah didalam kotak parking.
"Abang..." suara aku tidak sampai ke gegendang telinga 'Dia' dengan keadaan tempat letak kereta yang agak bising, aku terpaksa menggunakan jari telunjuk aku lalu mengetuk bahu 'Dia' dengan perlahan dan yang penting tempat berlapik.
"Ya Nur" dia menoleh dan memandang aku, jantung aku berdegup kencang, parah kau ni Nur Humaira
"Nur nak tanya tak apa ke kita park kereta disini?"
"Ooo... tak apa, parking kita bayar apa, janji tidak mengganggu laluan kereta lain" aku pun akur dan hanya mengikut 'Dia' ke kaunter tiket untuk pulang ke kampung.
Selesai membeli tiket yang dijadualkan berlepas pada jam 2petang, kami menuju ke KFC untuk makan tengahari, tapi pada aku ini lah sarapan dan makan tengahari aku... aku order set yang paling senang aku nak makan, ye la nanti kalau aku makan tak habis hilang la ayu aku.. hahahahah
tak ada lah, aku cuma takut perot aku penuh dan keluar balik. Bila sudah selesai pesan menu pilihan kami memilih tempat duduk, seperti biasa sebelum makan mesti la menadah tangan memohon keredhaan pada yang memberi rezeki kan? harap 'Dia' tak malu bila aku berbuat sedemikian rupa, dalam masa kami menikmati makanan, aku merasa 'Dia' agak berlainan dari 'Dia' yang semalam, aku harap ini cuma perasaan aku sahaja, hati aku tiba-tiba rasa tidak selesa tapi aku tidak tahu entah mengapa.. tiba-tiba 'Dia' berbicara..
" Ermm.. Nur, di rumah abang jarang pegang phone tau, abang banyak habiskan masa dengan family waktu siang.. lagi 1 malam abang tidur awal sebab ayah abang strict sikit, dia akan tidur bila anak-anak dia dah tidur" terang 'Dia' dengan panjang lebar
"Oooo ye ke? tak apa lah kalau macam tu, Nur tunggu je la mesej dari abang nanti" perbualan kami mati disitu dia hanya menumpukan sepenuh perhatiannya pada game di telefon dia.Dalam fikiran aku ligat berfikir, kenapa dia boleh berubah menjadi orang lain benar-benar lain. Sambil melayan perasan sedar tak sedar jam hampir menunjukkan jam 2 petang, kami berangkat dan dia menghantar aku hingga ke kereta. Aku memandu pulang dengan sedikit rasa kecewa dengan perubahan yang terjadi pada diri dia, aku tertanya tanya adakah aku ada melakukan kesilapan? aku biarkan ianya menjadi tanda tanya yang tidak akan pernah ada jawapan.

   Keesokkan harinya aku mesej dia seperti biasa,, dan dia membalas seperti biasa, hari selasa dia kurang bermesej dengan aku, hari rabu aku tidak mesej dengan dia kerana nak tengok adakah dia ingat pada aku yang menanti disini, hari khamis aku masuk di group whatsapp dan 'Dia' kelihatan rancak berborak dengan ahli-ahli group yang lain, aku hanya memerhati sehingga kata-kata yang pelik timbul, aku takut la,,, dah nak pergi batu 2 lah, aku tak nak lah... akhirnya aku tidak tahan melihat keadaan ini aku personal mesej salah seorang admin group.
"Assalamualaikum abang" aku menanti admin membalas mesej aku dengan penuh harapan akhirnya
"W'salam my dear Nur" tanpa berlengah lagi aku terus balas
"Nur nak tanya abang sesuatu ni, Nur harap sangat abang jujur dengan Nur"
"In Shaa Allah, abang cuba"
"Apa maksud yang 'Dia' cuba sampaikan dalam group tu?? mati lah... tak nak lah.. cinta monkey lah"
"Dia nak bertunang esok dengan pilihan keluarga dia, sebab tu dia balik kampung, tapi dia tak nak sebab dia ada pilihan hati dia sendiri" Jantung aku bagaikan terhenti,
"Bertunang abang?"
"A'ah, kenapa Nur??"
"Tak ada apa-apa, Nur saja tanya, terima kasih abang" 
Aku tergamam seketika, tanpa aku sedar airmata aku sekali lagi jatuh kebumi atas kebodohan sendiri. Seperti biasa fikiran dan hati mula bertelagah sesama sendiri, aku berlari ke tandas kerana aku memang tidak dapat menahan sebak, aku menangis bukan keran 'Dia' nak bertunang, tapi aku menangis kerana aku diperbodohkan untuk kali yang kedua oleh orang yang sama, aku rasa aku ni insan yang paaaaaliiiing bodoh yang membiarkan diri diperbodohkan berkali-kali. Fikiran dan hati aku mula bergaduh...
Fikiran : tu lah aku dah bagi tahu kau dari mula jangan percaya dengan kata-kata dia, tapi kau degil Nur, kau tak nak dengar... sekarang kau tengok apa yang dia buat?
Hati : Maafkan aku Nur, kerana aku kau jadi macam ni.
Fikiran : memang! memang semua salah kau... lain kali selidik dulu jangan main percaya je ni tak apa kata orang semua kau percaya, dia tu nak mempergunakan kau je sebenarnya!!!!
Aku terus menyeka airmata dan mengambil wuduk untuk memunaikan solat Asar, saat ini aku hanya fikir nak balik je... tapi apakan daya sekarang waktu kerja dan sebentar lagi aku ada meeting. Selesai mengambil wuduk aku menunaikan solat Asar dan berdoa, kerana aku terlalu memendam rasa.
' Ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, aku menadah kedua belah tangan ku yang kotor ini ingin memohon hanya pada mu Ya Allah, kau ampunkan lah dosa-dosa ku, dosa kedua orang tua ku, dosa-dosa saudara mara ku sama ada yang hidup mahupun yang telah kembali pada mu dan kau ampunkan lah dosa-dosa seluruh saudara-saudara ku diatas muka bumi mu ini Ya Allah. Ya Allah aku tahu tiada perkara yang buruk datang dariMu Ya Allah, semuanya yang baik-baik belaka, dan yang buruk itu datang dari kami Ya Allah.. hanya padaMu tempat aku mengadu, Ya Allah aku tahu segala perkara yang berlaku atas muka bumi ini adalah dengan izinMu, dan tidak akan berlaku tanpa izinMu... Ya Allah, andai kesakitan yang aku alami sekarang ini adalah balasan diatas dosa-dosa ku Ya Allah, aku terima dengan hati yang redha Ya Allah, aku redha dan terima dengan hati yang ikhlas, cuma aku memohon kau berilah aku kekuatan untuk tabah mengharungi segala ujian Mu, kau cekalkan lah hati aku untuk ikhlas menerima segala ujian Mu, hamba Mu yang hina ini memohon kau ampunkan lah dosa-dosa ku yang menggunung ini Ya Allah.... Hanya padaMu tempat aku berlindung dan hanya padaMu jua ku serah hidup dan mati ku... Amin...Amin..Ya Rabbal Alamin'.
selesai aku 'berdating' dengan Allah, aku menyesatkan airmata yang mencurah-curah membasahi bumi seakan tidak mahu berhenti, ku pujuk hati yang tengah sarat dengan kelukaan yang teramat dalam sehingga aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk sembuh kecuali masa... hanya masa yang mampu menyembuhkan hati ini. Mungkin lepas ini aku harus mencari cinta Ilahi... dan cinta aku pada Kekasih-Nya tidak pernah sedikit pun berkurang... saat ini aku terlalu rindukan mu Ya Rasullullah... dengan pantas aku mengalunkan selawat.

Tepat jam 5:45 petang... aku masih lagi di pejabat.. rakan-rakan kerja yang lain semua sudah pulang, tinggal hanya aku sendiri. Komputer didepan ku tatap kosong, seperti kosongnya hati
Akan tetapi tidakkan akan aku biarkan hati ini mati hanya kerana kebodohan sendiri. Azan berkumandang di handphone Samsung Galaxy Note 3, sedar tidak sedar sudah masuk waktu Maghrib, segera aku menyahut panggilan dari yang Maha Agung, dan pulang kerumah. Dengan hati yang retak seribu terkilan dengan segala yang berlaku, terkilan hanya Allah saja yang tahu, tetapi apakan daya ku, ini semua rencana dari yang Maha Esa, aku harus kuatkan semangat dan redha dengan apa yang berlaku. Seperti biasa aku akan ke balkoni untuk menghirup udara malam agar hilang sedikit rasa beban yang menggunung dihati ini, ku pandang ke langit yang terbentang luas, aku mencari kerdipan bintang-bintang yang menyembunyikan diri dibalik awan-awan yang kelabu,
Ya Allah... andai ini takdir aku, andai ini perjalanan hidup aku, aku terima dengan ikhlas, aku redha, kerana aku sentiasa yakin pada-Mu Ya Allah, aku juga yakin bahawa setiap rencana Mu adalah yang terbaik untuk ku. Dengan ini aku melepaskan Mu wahai pencuri hati.. walaupun perkenalan kita hanya sementara, 2 hari yang amat bermakna buat diri ku dan dan sekelip mata manjadi nostalgia, Di kejauhan aku sentiasa mendoakan agar kau bahagia dan sentiasa gembira, Kini aku terima hakikat yang tidak akan pernah ada Cinta Diantara Kita, terima kasih kerana sudi mengetuk pintu hati ini walaupun hanya seketika ^_^.


Selamat Datang Syaaban

01 Syaaban 1436H
19 Mei 2015M
 
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Bulan Syaaban membawa maksud berpecah-pecah. Ada yang berpendapat, ini kerana pada ketika itu, bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir. Ada pula yang berpendapat ia membawa maksud pemisah kerana Syaaban adalah pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunandaripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

 

All Right Reserved To Dhia-Manja.