MOH LEW KE PERPUSTAKAAN

Eh! tetiba pula ada gambar Tompok kat sini... cibok je dia nak promote diri kikiki
harini Cik Nur cuti, nak menghabiskan masa di perpustakaan UM, mana tak nya esok dan ahad dah exam mana lah sempat nak menelaah, nak hafal berbagai Bab dalam masa beberapa jam... jadi Cik Nur cuti je, harap bos tak marah... kebetulan lady boss ada Court case, Big boss mungkin tak masuk office kerana minggu depan seminggu dia cuti, so lega lah sikit kalau cuti pun, boleh la menghafal dengan tenangnya... harap otak berjalan dengan lancar hari ni, harap juga management tak call Cik Nur untuk cari boss, kalau tidak mau tak mau kena juga balik office...
Apa-apa pun Cik Nur mohon doa kalian supaya Cik Nur daapat buat yang terbaik dalam exam esok daan lusa....
sempat lagi tu berblog dalam nak menelaah tuh... kikiki
Alaaaa, nak ambil mood orang kata...
Chaiyokkkkk!!!!!!!!!!

WAHAI KAUM HAWA....


Kaum hawa , 

Allah ciptakan engkau dengan harga yang mahal. 
Lebih mahal daripada permata , berlian atau emas 916 💍
Janganlah engkau memurahkan diri engkau dengan tawarkan cinta kepada ajnabi 
Cinta yang patut kau berikan hanya kepada 

Allah 💕
Rasulullah 💕
Ibu Bapa 💕
Suami 💕
Sahabat 💕
Bukannya cinta sebelum nikah 
Ayahmu menjaga engkau , melindungi engkau dengan sepenuh hati hanya kerana untuk menjaga harga diri kau yang tidak boleh dibeli 💵
Diri seorang perempuan hanya boleh dibeli dengan 'cinta HALAL'
Cinta seorang lelaki yang beriman 💕
Cinta seorang lelaki yang takutkan dosa maksiat 💕 , 
Cinta seorang lelaki yang ingin menjadikan kau sebagai penguat dakwahnya 💕
Kerana cinta yang diberikan oleh lelaki itu , adalah cinta kerana Allah ❤
Dan 
Cinta yang tersemat hanya kerana Allah , Allah akan jaga cinta itu
Dan cinta itu tidak akan pernah lenyap 💝

365 days Daily Planner Giveaway by Luqman Zakaria


AKU YANG BERNAMA DUIT

Salam perkenalan,

Nama aku : Duit
Nama lain : Wang
Nama samaran : pitis
Org putih :  money
Org arab  : fulus

Wajahku biasa2 sahaja, fizikalku pula sangat lemah, Namun aku boleh memporak perandakan penghuni dunia ni dgn sekelip mata.

Aku juga "BOLEH" mengubah perilakumu dari baik menjadi jahat, bahkan sifat Manusia, kerana manusia sentiasa  mengejar dan mengidolakan aku. 

Banyak orang berubah keperibadiannya  kerana aku,­­­­ Ada yang mengkhianati temannya, Ada yang sanggup menjual tubuh badannya, Bahkan ada yg sanggup meninggalkan keyakinan imannya, demi mengejar aku. Hebat kan aku ?

Aku tidak memahami perbezaan antara orang yang soleh & jahat, Tetapi manusia menggunakan aku utk mendapatkan darjat, menentukan kaya atau miskin & rasa dihormati atau terhina.

Aku bukan iblis, tapi orang selalu melakukan perkara yg keji demi mengejar aku.

Aku juga bukan org ketiga, tapi banyak suami isteri bercerai gara2 mengejar aku, adik beradik bergaduh dan saling membenci kerana aku. Anak dan orang tuanya berselisih faham gara2 aku.

Sangat jelas aku juga bukan Allah, Tetapi manusia sanggup menyembah aku seperti Allah, bahkan kerap kali hamba2 Allah lebih menghormati aku, 
Padahal byk ulama sudah pesan jangan jadi hamba DUIT.

Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapa pun, tapi ramai orang sanggup mati demi aku.

Suka aku ingatkan, 
Aku bole ditukar untuk menjadi resit ubat kamu, tapi aku tak mampu untuk memanjangkan umur kamu.

Kalau suatu hari nanti kamu dijemput oleh Allah swt, aku tak boleh menemani kamu. Apalagi untuk menjadi penebus dosa2 kamu. Kamu mesti berdepan dengan Allah swt sendirian tanpa aku.

Saat itu, Allah pasti akan mulakan penghitungan dengan kamu, ADAKAH SELAMA HIDUP KAMU MENGGUNAKAN aku ke jalan yang baik2, atau sebaliknya MENJADIKAN aku sebagai Tuhan ?

INI AMANAT AKHIRKU : 

Aku "TIDAK ADA DI SYURGA",
Jadi jangan cari aku disana.

CADANGAN AKU :

1. Jangan terlalu sayang dengan aku.
2. Jangan lupa gunakan aku untuk bayar Zakat, Infaqkan aku selalu, Sedekah aku selalu supaya aku menjadikan hidupmu lebih "BARAKAH" di dunia dan akhirat.

_ Imbangi Antara Pemburuan Dunia Dan Akhirat_

GEMPA BUMI DI ACEH

JAKARTA: Gempa bumi berkekuatan 6.4 magnitud menggegarkan wilayah Aceh di utara Sumatera, Indonesia awal pagi Rabu namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa yang berpusat di 10 kilometer utara Reuleuet itu berlaku pada jam 5.03 pagi waktu tempatan, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Sebelum ini, Aceh mengalami kemusnahan teruk apabila dibadai tsunai Lautan Hindi pada tahun 2004.

Dalam penilaian awal, USGS memberitahu, gempa terbaru itu tidak membawa kemungkinan kemalangan jiwa ataupun kemusnahan harta benda.

Pada Jun lalu, gempa berukuramn 6.5 magnitud berlaku di barat Sumatera sekali gus menyebabkan kerosakan bangunan dan mencederakan lapan orang.

Indonesia mengalami aktiviti seismik dan volkanik yang kerap kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik, iaitu tempat pertembungan plat tektonik

Semoga saudara-saudara kita berada didalam lindungan-Nya

Sumber : Awani

WW : ZAMAN SEKARANG....

HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN

Kisah keluarga yg tinggal di Kuantan Pahang ini dipanjangkan kepada Kak Pah dua minggu yg lalu utk bantuan kerusi roda khas khas buat anak mereka yg bernilai hampir RM3K.
Oleh sebab kesihatan Kak Pah tidak begitu baik...Kak Pah tidak dapat meniziarahi keluarga ini lalu mewakilkan kepada sahabat Kak Pah di Prisma Optometrist Kuantan yg hanya br berkesempatan menzirahi keluarga ini semalam.
Memang berat sungguh ujian buat keluarga ini...terutamanya buat En Muhammad Allwei Bin Zakaria.... lelaki yg terpilih oleh Nya utk diuji.
Pn Norfazila Zainal ( 33 thn ) disahkan kanser pada april lalu. Sebelum itu beliau mmg merasa ketidak selesaan dlm tubuhnya namun apabila dirujuk kepada pakar.... dikatakan hanya kesan sampingan menyusukan anak.
Dalam masa yg singkat...kanser itu telah merubah seluruh perjalanan hidup keluarga beliau. Ibu muda ini kini terlantar dan memerlukan penjaan rapi dr suami.
Muhammad 'Aisey Fahim ( 6 thn ) mengalami masalah lebihan cecair dlm kepala dan sudah pun menjalani pembedahan . Kini...anak ini juga terlantar dan memerlukan penjagaan rapi memaksa En Allwie berhenti kerja dan menumpukan seluruh perhatian kepada anak dan isterinya...
Anak inilah yg memerlukan kerusi roda khas spt yg ada dlm gambar. Jika ada pihak yg sudi menyumbang...sgtlah membantu utk keselesaan anak ini..
Bg yg ingin menyumbang utk meringankan beban keluarga ini ....blhlah menyalurkan sumbangan ke acc pasangan ini spt di bawah :
CIMB MUHAMMAD ALLWEI
7002235433
MAYABANK NORFAZILA
162263346686
Bagi yang ingin menziarahi atau menyampaikan sebarang keperluan mereka atau barangkali kerusi roda yg diperlukan....blh lah ke kediaman mereka di No 1, Lorong 64 , Taman Indera Sempurna ( 016 9386840 ).
Dari FB Puan Natipah Abu
 

All Right Reserved To Dhia-Manja.