Segmen Bloglist Oktober Blog Seindahcerita


TAMAT : 29 SEPTEMBER 2016

Cara Untuk Join

1. Buat entry bertajuk "Segmen Bloglist Oktober Blog Seindahcerita"
2. Follow Blog/ FB Page / Follow IG @nieylanadia / Follow 
3. Make sure blog korang active ya
4. Linkkan entry korang di kotak komen di bawah
5. 10 Blog yang bertuah akan dipilih melalui random.org

Senangkan?? jom lah join...^_^

Sejarah Hidup Rasulullah s.a.w

بِسْـــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْـمَنِ اٌلرَّحِـيْـــــم...

♥GENERASI PERTAMA

  Secara alami sangat pantas Rasulullah s.a.w. menawarkan Islam kepada orang yang paling dekat kepadanya iaitu keluarganya dan teman-temannya. Beliau mengajak mereka masuk Islam, mengajak siapa sahaja yang tampak pada dirinya kebaikan dari orang-orang yang ia kenal dan orang-orang yang mengenal beliau. Orang-orang yang beliau kenal suka kepada kebaikan dan kebenaran, begitu pula orang-orang yang mengenal beliau sebagai orang yang jujur dan baik. Maka orang-orang tersebut menjawab seruan dan ajakan Rasulullah s.a.w. yang tidak memiliki keraguan di dalam dirinya akan keagungan Rasulullah s.a.w. dan kebesaran peribadinya serta kejujurannya.
Mereka kelompok yang dikenali dalam sejarah Islam dengan as-Sabiqun al-Awwalun (orang-orang yang pertama kali masuk Islam). Pelopornya adalah isteri Nabi s.a.w. Ummuhatul Mukminin, Khadijah binti Khuwailid, Zaid bin Haritsah bin Syarahil al-Kalbi, serta anak pak ciknya Ali bin Abi Thalib yang dulunya masih kecil berada dalam tanggungan dan pemeliharaan Rasulullah s.a.w., sahabat beliau Abu Bakar as-Siddiq. Mereka ini masuk Islam pada awal pertama kali misi Rasulullah s.a.w..
Setelah itu Abu Bakar giat menyampaikan ajaran Islam. Ia adalah seorang yang bersahabat, penyayang dan pemurah memiliki akhlak yang baik, kaumnya sering mendatanginya dan bergaul dengannya kerana keilmuannya dan keahliannya dalam berdagang, serta penerimaannya yang baik. Beliau mengajak orang-orang yang ia percayai di antara kaumnya yang sering duduk bergaul dengannya. Maka masuk Islamlah di antara mereka Usman bin Affan al-Umawi, Zubai bin al-Awwam al-Asady, Abdurrahman bin 'Auf, Sa'ad bin Abi Waqqas az-Zahrayan, Thalhah bin Ubaidillaah at-Taymi. Lapan orang inilah yang pertama kali masuk Islam yqng dikenal dengan generasi pertama dan fajar terbitnya Islam.
Selanjutnya diikuti oleh orang kepercayaan umat Islam iaitu Abu 'Ubaidah bin al-Jarrah dari Bani Haris bin Fihir, Abu Salamah bin Abdil Asad al-Makhzumi serta isterinya Ummi Salamah, Al-Arqam bin Abi al-Arqam al-Makhzumi, Usman bin Amzh'un al-Jamhi serta kedua saudaranya Quddamah dan Abdullah, Ubaidah bin al-Harits bin al-Muthallib bin Abdul Manaf, Sa'id bin Zain al-'Adwy berserta isterinya Fatimah binti Al-Khattab al-'Adawiyah saudara perempuan Umar bin al-Khattab, Khabab bin al-Arat at-Tamimi, Ja'far bin Abi Thalib berserta isterinya Aminah binti Khalaf kemudian saudaranya Amru bin Sa'id bin al-'Ash, Hathib bin al-Harits al-Jamhi berserta isterinya Fatimah binti al-Majallal berserta saudaranya Khattab bin al-Harits berserta isterinya Ramlah binti Abi 'Auf, Na'im bin Abdillah bin An-Naham al-'Adawi, mereka ini semua adalah termasuk dalam suku Quraisy dari pelbagai cabang-cabang suku Quraisy.
Golongan yang pertama yang masuk Islam selain Quraisy ialah Abdullah bin Mas'ud al-Hazli, Mas'ud bin Rabi'ah al-Qari, Abdullah bin Jahasy al-Asadi dan saudaranya Abu Ahmad bin Jahasy, Bilal bin Rabbah al-Habsyi, Shuhaib bin Sanan ar-Rumi, Ammar bin Yasir al-'Anasi serta ayahnya Yasir ibunya Sumayyah, dan 'Amir bin Fahirah.
Termasuk juga yang masuk Islam pada masa awal dari perempuan selain yang telah disebutkan sebelumnya adalah: Ammu Ayman Barakat al-Habsyiah, Ummu al-Fadhl Lubabah al-Kubra binti al-Harits al-Hilaliyah isteri al-'Abbas bin Abdul Mutalib, Asma binti Abi Bakar as-Siddiq Ra.
Mereka inilah yang dikenali dengan as-Sabiquna al-Awwalun, setelah meneliti dengan saksama bilangan orang yang pertama kali masuk Islam sampai kepada 130 lelaki dan perempuan. Namun tidak diketahui pasti bahawasanya mereka masuk Islam sebelum hijrah atau setelah dakwah dengan terang-terangan.

♥ SOLAT

Yang pertama kali turun berkenaan dengan hukum adalah perintah solat, Ibnu Hajar berkata: "Rasulullah s.a.w. sebelum mengalami peristiwa Isra telah melaksanakan Solat dengan pasti begitu pula sahabat-sahabatnya", namun Ulamak berbeza pendapat apakah sudah diwajibkan sebelumnya di antara Solat yang lima waktu atau tidak. Diriwayatkan bahawa yang diwajibkan adalah Solat sebelum terbit matahari dan sebelum tenggelamnya.
Al-Harith bin Usmaah meriwayatkan dari Ibnu Lahi'ah dengan tersambung kepada Zaid bin Haritsah bahawasanya yang pertama kali diwahyukan kepada Rasulullah Saw adalah perintah solat, Jibrail datang kepadanya mengajarkannya berwuduk setelah selesai wuduk mengambil segayung air dan menyiramkannya kepada kemaluannya. Ibnu Majah meriwayatkan dengan makna. Diriwayatkan pula sepertinya dari al-Barra bin 'Azib dan Ibnu Abbas di dalam Hadith Ibnu Abbas bahawa perintah tersebut termasuk faridah yang pertama.
Ibnu Hisyam juga menyebutkan bahawasanya Rasulullah s.a.w. berserta sahabat-sahabatnya jika datang waktu solat mereka pun pergi ke lembah menyembunyikan solat mereka. Abu Thalib telah melihat Rasulullah s.a.w. dan Ali solat, beliau menegur mereka setelah ia tahu perkara yang sebenarnya beliau memerintahkan mereka untuk teguh dalam melaksanakan perintah tersebut.
Itulah ia ibadah yang diperintahkan kepada kaum mukminin, tidak diketahui ibadah dan perintah ataupun larangan yang lain selain yang berkenaan dengan solat, namun wahyu hanya menerangkan kepada mereka pelbagai sisi mengenai Tauhid, dan mengajak mereka untuk mensucikan diri mereka, dan menganjurkan mereka untuk berakhlak yang terpuji, menggambarkan kepada mereka keadaan syurga dan neraka seolah mereka melihatnya dengan mata kepala sendiri. Menasihati mereka dengan nasihat yang melapangkan dada dan memberikan makanan bagi jiwa, mangaturkan mereka kepada iklim baru yang berbeza dengan iklim masyarakat pada masa itu.

Beginilah berlalu selama tiga tahun, dakwah hanya berkisar bagi individu-individu sahaja, namun Nabi s.a.w. belum menyeru dengan terang-terangan di pertemuan dan perkumpulan masyarakat, namun Islam sudah mulai dikenal oleh Quraisy, tersebar sebutan Islam di Makkah dan mulai dibicarakan orang, terkadang sebahagian mereka mengingkarinya dan menyakiti kaum muslimin, namun mereka tidak menaruh perhatian yang penting kerana Rasulullah s.a.w. belum membantah agama mereka dan belum berbicara mengenai tuhan-tuhan mereka.
 

All Right Reserved To Dhia-Manja.