Syurga Cinta Vs Cinta yang palsu?

Saya agak sedih, melihat umat hari ini, HANCUR, hanyut, tenggelam, terawang-awangan, asyik dan tertipu dengan CINTA. Saban hari, segala apa yang berkaitan cinta, menjadi minat ramai anak muda. Habis.

Lagu cinta menjadi hiburan telinga. Novel cinta menjadi best seller dan kegilaan ramai. Movie dan drama cinta menjadi ketagihan, satu demi satu episode dan movie di download, tengok ramai-ramai. Parah. Sangat parah.
Kenapa?
Kenapa hari ni ramai yang tergila-gila mendapatkan cinta manusia, sebelum nikah, bercouple berikhtilat, suka ini suka itu, crush ini crush itu. Berdebar ini itu, tulang rusuk bergetar itu ini. Kenapa?
Tapi, pada masa yang sama…….
Kau lupa Allah. Sehingga Allah tergamak kau tinggalkan.
Untuk Allah, kau main-main. 
Untuk Allah, kau bermalas-malasan. 
Untuk Allah, kau buat ala kadar, 
untuk Allah, hati kau tak berdebar rindu . 
Untuk Allah, hati kau tak tenang kerna cinta padaNya. 
Untuk Allah kau tak menangis. 
Untuk Allah, kau tak rasa nikmat. Terpaksa, di paksa.
Kau lupa Allah. Allah kau tinggalkan.

Tapi…..
Walau, walau kau lupa Allah, Allah kau tinggalkan, mungkin kau lupa bahawa…
“Allah tak tinggalkan kau….”
Mungkin kau lupa, betapa Allah sayangkan kau. Mungkin kau tak ingat, betapa Allah cintakan kau. Mungkin kau tak tahu, betapa Allah rindukan kau.
Maka, biar daku ingatkan kau. Agar kau tidak lagi lupa, agar kau tidak lagi alpa, agar kau tidak lagi lalai. Agar kau sedar, Allah tak pernah lupakan kau.

BETAPA ALLAH CINTAKAN KAU
1) Hayatilah hadis ini wahai kawan. Hayati dengan mata hati. Hayati. Kalau boleh, selepas kau menbaca hadis ini, kau pejamlah mata. Pejam dengan tenang, dan menangislah.
Nabi bersabda:
“Sesungguhnya, jika ALLAH MENCINTAI HAMBANYA, Allah akan memanggil Jibril lalu berkata, ‘Wahai Jibril! Aku mencintai dia, maka, cintailah dia!!.’ Maka, Jibril pun mencintai dia. Lalu, Jibril menyeru penduduk langit, ‘Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai dia, maka, cintailah dia!!.’ Maka, penduduk langitpun mencintaiNya, sehingga Allah jadikan dia dicintai oleh penduduk bumi!”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Lihatlah! Lihat! Buka mata kau wahai kawanku!
Allah, bila Allah cinta kita, Allah bagitahu SEMUA hambanya, Allah bagitahu jibril, penduduk langit dan Allah masukkan dalam hati penduduk bumi agar turut mencintai kita! Allah isytiharkan cintaNya pada kita kepada semua penduduk langit!
Tapi, hari ni, kita MALU, kita MALU nak cakap depan kawan-kawan. Kita malu nak cakap kat semua orang:
“Aku sangat cintakan Allah!!!”
Kita rasa malu nak cakap benda ni! Tapi kita bangga cakap kita suka perempuan ni, laki tu, penyanyi ni, penyanyi tu.
Lihatlah…. Perhatikanlah, Allah mengumumkan di langit:
“Wahai Jibril, Aku mencintai dia, maka cintailah dia…..”
Tapi, apa yang kau balas?
Adakah kau masih tidak rasa apa-apa di hati? Tidakkah kau rasa malu dengan Allah? Jika belum, hayatilah hadis berikut. Agar, agar kau tahu, betapa cintanya Allah pada diri kau.

2) Nabi saw bersabda:
“Rabb kita turun di langit dunia sepertiga akhir dari malam, lalu berkata: ‘Adakah orang yang meminta padaKu untuk aku penuhi permintaannya? Adakah orang yang memohon ampun padaKu untuk aku penuhi dosa-dosanya? Adakah orang yang bertaubat padaKu untuk aku terima taubatnya? Dan adakah orang yang berdoa padaKu untuk aku kabulkan doaNya??”
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Cuba perhatikan hadis ini wahai kawan!
Setiap malam, di sepertiga malam, setiap malam, setiap malam, Allah akan turun ke langit dunia untuk menerima doa kita, menerima taubat kita, mengampunkan dosa kita, dan ingin memberi pertolongan pada kita. Setiap malam Allah turun ke langit dan menawarkan cintaNya pada kita!!
Namun, apa yang kita buat di malam hari?
Menghabiskan masa malam dengan tidur? Atau main game sampai dua tiga pagi? Atau layan movie dan drama? Atau mesej dengan couple? Atau melihat video lucah?
Walaupun kita lalai, bertahun-tahun kita tak bangun tahajud, berdoa di sepertiga malam, tapi, Allah tak pernah JEMU untuk menawarkan cintaNya setiap malam. Allah tak pernah jemu!
Oh. Allah….
Ampunkan aku!
Mungkin, saat kau baca tulisan ini, saat kau perhati kata-kata nabi di atas, kau masih tak nampak, betapa Allah cintakan kau. Hati kau masih belum mampu bergetar rindu. Tak mengapa.
Hayati dan perhatikan lagi hadis seterusnya. Agar, mata hati kau kembali terbuka.

3) Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis Qudsi:
“Aku membahagikan solat antara Aku dan hambaKu menjadi 2 bahagian.
Jika hambaku dalam solatnya membaca:
”Alhamdulillahi rabbil Alamin”(Segala puji Allah tuhan semesta alam)”,
 maka aku menjawab:
“Hambaku telah memujiku”.
Dan jika ia membaca:
“Ar-Rahmanirrahim”(yang maha pemurah lagi maha penyayang),
maka aku menjawab:
“Hambaku tela memujiKu”.
Dan jika ia membaca:
 “Maliki yau middin”(yang menguasai hari pembalasan),
 maka Aku menjawab:
“Hambaku telah memujiKu”.
Dan ketika hambaKu membaca:
“Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in”(Kepada Kaulah kami berserah, dan kepada Kaulah kami meminta pertolongan),
maka Aku menjawab,
“Ini antara Aku dan hambaKu, dan bagi hambaKu apa yang dia minta”.
Lalu ketika ia membaca:
“Ihdinas shiratal mustaqim, Shiratollazina an’amta ‘alaihim ghairil maghdubi ‘alaihim waladh-dhallin”(Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang yang telah engkau beri nikmat, bukan jalan orang yang engkau murka dan bukan pula jalan orang yang engkau sesatkan),
maka, aku menjawab:
“Ini bagiKu dan hambaKu, dan bagi hambaKu apa yang dia minta…”
(Hadis riwayat Muslim)
Lihat. Sebenarnya, tiap kali kita baca Alfatihah, sebenarnya, Allah sedang bersembang dengan kita, dan menjawab setiap perkataan kita! Tapi, kita boleh baca dengan laju dan tiada rasa tenang di hati. Adakah kita tak mahu bersembang dengan Allah?
Kerana itulah, seorang ulama’ berkata:
“Aku sangat suka ketika aku membaca Alfatihah, aku akan memperlambatkan bacaan, aku aku dapat membayangkan jawapan Allah….”
Kita bagaimana?

Wahai saudara dan saudari sekalian, bila kita berusaha mengejar cinta Allah, jangan kau bimbang akan cinta manusia, ianya akan datang dengan cara yang tidak disangka sangka.

WW : Ini 'Rumah ' Kita

🌻🌻🌻🌻

 

All Right Reserved To Dhia-Manja.