SUBANG JAYA : Polis sedang mengesan seorang pengawal keselamatan bank
yang menembak mati seorang wanita kakitangan bank yang dirompaknya di
sebuah bank di USJ Sentral, petang tadi.
Walaupun bergerak sendirian, lelaki berusia dalam lingkungan lewat 30-an
ini dikategorikan berbahaya kerana memiliki senjata api yang digunakan
dalam rompakan berdarah pada 6.18 petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, identiti
sebenar lelaki itu masih dikenal pasti berikutan dia dipercayai
menggunakan kad pengenalan palsu sejak berkhidmat dengan syarikat
kawalan keselamatan yang menjadi majikannya sejak setahun lalu.
"Suspek masih bersenjata dan kita harap orang ramai berhati-hati selain
menyalurkan maklumat segera sekiranya bertemu lelaki terbabit," katanya
kepada media di tempat kejadian.
Dalam kejadian itu, pegawai operasi bank Ambank, Norazita Abu Talib, 37,
maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala
akibat ditembak dengan senjata jenis pump gun oleh suspek berusia 37
tahun yang berasal dari Sabah.
Difahamkan, ketika kejadian itu, mangsa bersama suspek serta tiga lagi
pekerja wanita bank itu berada di premis berkenaan untuk membuka sebuah
peti besi.
Dipercayai apabila peti pintu kebal itu dibuka, suspek kemudian
melepaskan tembakan dan mengenai dahi mangsa yang meninggal dunia
serta-merta di tempat kejadian.
Suspek sempat mengambil sejumlah wang itu telah melarikan diri dengan sebuah motosikal.
Abdul Rahim berkata, siasatan mendapati ketika kejadian suspek bersama
si mati dan tiga lagi wanita yang bekerja di bank berkenaan.
"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (cctv) di bank ini, kita
dapati suspek berusia 37 tahun tidak gementar atau ragu-ragu ketika
melakukan perbuatan berkenaan.
"Lelaki terbabit dilapor melepaskan tembakan ke arah mangsa sebelum
mengarahkan seorang lagi pekerja memasukkan duit ke dalam beg hitam yang
dibawanya selepas si mati membuka pintu kebal berkenaan.
"Akibat tembakan itu, wanita terbabit yang bekerja sejak 16 tahun di
bank ini maut di tempat kejadian," katanya yang turut mengedarkan gambar
suspek kepada media di lokasi kejadian.
Ditanya wartawan mengenai status suspek, Abdul Rahim berkata, lelaki
terbabit adalah pekerja (pengawal keselamatan) yang menggantikan orang
lain ketika kejadian.
"Suspek bergerak sendirian dalam kejadian itu. Dia ganti orang lain pada
hari ini dan pernah menggantikan empat ke lima kali mengawal bank ini
sepanjang setahun dia bekerja dengan syarikat keselamatan berkenaan,"
katanya.
Katanya, keraguan dalam kad pengenalan milik suspek yang disyaki palsu
itu akan dipastikan selepas ini dengan merujuk kepada Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN).
Menurutnya, pihaknya juga akan memeriksa cctv di kawasan berhampiran.
Katanya, sehingga kini pihaknya masih belum dapat memastikan jumlah wang
yang dilarikan suspek dan berkemungkinan bernilai ratusan ribu
ringgit.
Katanya, mangsa sudah bekerja di bank berkenaan sejak 16 tahun lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).
Takziah kepada keluarga mangsa, semoga roh arwah
ditempatkan ditempat orang-orang yang teriman. sedih tengok anak-anak
yang masih kecik ni..Semoga keluarga mangsa tabah dan banyakkan berdoa
agar penjenayah ditangkap dengan segera. Lagi kes pembunuhan, nur tak letak pic mangsa takot family mangsa akan lagi sedih. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah pada arwah Bismillah....
|
Sesiapa yang ternampak tolong laporkan pada pihak polis dengan segera |
|
Arwah bersama keluarga |
Sumber Gambar dari : ping.busuk
Pink Note :Semoga penjenayah akan mendapat balasan, kenapa...kenapa...kenapa!!!!!!!!! kejadian berlaku betul-betul berdeketan dengan tempat saya bekerja... mesti rakan-rakan sekerja arwah dalam keadaan fobia kan?
Ya Allah