Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

♥♥ MUHASABAH SEORANG PEREMPUAN SOLEHAH ♥♥

Jadilah seorang perempuan solehah.
Yang hatinya dibalut rasa takwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Dien Allah,
Yang jiwanya sentiada haus dengan ibadah kepada Allah,

Yang sentiasa dahaga akan mengharap redha Allah,
Yang solatnya adakah bekalan dirinya,
Yang tidak pernah takur untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,

Yang sentiasa bersama para mujahiddah Allah,
Jadilah seorang perempuan solehah
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yag penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jahat

Jadilah seorang perempuan solehah
Yang menghormati suaminya,
Yang sentiasa berbakti kepada ibu bapa dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,

Jadilah seorang perempuan solehah,
yang tidak dikotori dengan perhiasan dunia,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya,

Jadilah seorang perempuan solehah,
Yang sentiasa mengabdikan diri untuk menjadi mujahiddah Allah,
Yang baginya hidup di dunia aadalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu diperlihara dan dijaga
Agar tumbuh putik tunas yang bakal menjaga dirinya di alam baqa'

Jadilah seorang perempuan solehah,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah
Semoga sentiasa dirahmati-Nya

Doa Untuk Saudara dan Anak-Anak Kita di Palestin.....

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Ya Allah!
Ya Qahhar !
Ya Jabbar !
Ya Muntaqim !
Ya Dzal Jalali wal ikram!
Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Bantulah saudara-saudara kami Di Gaza dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat.
Ya Allah!
bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.
Ya Allah! bantulah mereka dan janganlahEngkau menolong musuh melawan mereka.
Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh-musuhMu.
Ya Allah! tepatkanlah tembakan Senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.
Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.
Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.
Ya Allah! tolonglah kaum muslimin yang terzhalimi di Mesir , Pelastine, Syria dan semua tempat.
Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.
Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yang Bersongkol dengan Zionis Israel dan Mustakbirin Amerika goncangkanlah dan hancurkan mereka.
Ya Allah! cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.
Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.
Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.
Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka
Ya Allah! Kasihanilah saudara-saudara kami
Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami,
امين امين امين يارب العالمين

Berhujan kan Peluru














Luruh hati melihat jasad anak kecik yang menangis menahan kesakitan.... jasad yang kaku tidak bernyawa.... kita berseronok disini, membazir makanan... sedangkan saudara dan anak-anak kita disana mengigil ketakutan, menahan lapar dan dahaga....
Ya Allah, pilunya rasa.... Doa lah satu-satunya senjata orang-orang mukmin, yang mampu membunuh kekejaman mereka yang membunuh beribu-ribu nyawa sewenang-wenangnya.

TZ: Amalan-Amalan Kita Yang Bakal Dibawa...


بِسْمِ  ٱللَّهِ  ٱلرَّحْمَـنِ  ٱلرَّحِيم.
Bila di akhirat nanti, tiada siapa akan menanggung hidup kita, tiada siapa akan menjadikan amalannya untuk menampung amalan kita, tiada siapa yang mempertahankan diri kita dengan amalannya...
Samaada ibu bapa, adik beradik, saudara mara, sahabat seperjuangan, para ustaz, para nuqaba', para pimpinan.....kecuali amalan kita sendiri ketika di dunia...


وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ﴿٣٩﴾ وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَىٰ ﴿٤٠﴾ ثُمَّ يُجْزَاهُ الْجَزَاءَ الْأَوْفَىٰ ﴿٤١﴾ النجم  ٣٩-٤١
dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya(39) dan bahwasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya).(40) Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna (41).(An-Najm: 39-41)
إِنَّ هَـٰذَا كَانَ لَكُمْ جَزَاءً وَكَانَ سَعْيُكُم مَّشْكُورًا ﴿٢٢﴾ الإنسان ٢٢
Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu, dan usahamu adalah disyukuri (diberi balasan).
(Al-Insaan: 22)
Qiyamullail kita, tilawah Al-Quran, solat sunat qabliyyah subuh, solat subuh berjamaah, al-ma'tsurat, solat dhuha, solat-solat fardhu berjamaah yang lain, selawat istighfar kita, doa-doa kita, zikrullah yang ringan di lidah...
عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ  ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَعِ خِصَالٍ : عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ ، وَشَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاهُ ، وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ ، وَفِيمَا أَنْفَقَهُ ، وَعَنْ عِلْمِهِ مَاذَا عَمِلَ فِيهِ " . رواه البيهقي
Dari Mu'az bin Jabal RA , Rasulullah SAW bersabda: "Tidak berganjak dua tapak kaki seorang hamba pada Hari Kiamat sehinggalah ditanya tentang empat perkara : umurnya pada apakah telah dihabiskannya, waktu muda pada apakah telah digunakan, hartanya dari mana diusahakan dan ke mana dibelanjakan dan tentang ilmunya apakah yang telah diamalkannya". (Hadith Riwayat Baihaqi)
Sabda Nabi SAW:
سألت النبى أى الأ عمال أحب إلي الله تعالى ؟ قال الصلاة على وقتها، ثم أى؟ قال بر الوالدين، قلت ثم أى؟ قال الجهاد فى سبيل الله. رواه الشيخان عن ابن مسعود.
Maksudnya: Telah bertanya aku pada Nabi SAW, “Manakah amal yang lebih disukai Allah?" Berkata Nabi, “Sembahyang pada waktunya". Kemudian apa lagi? Jawab Nabi, “Berbuat baik kepada orang tua". Kemudian aku bertanya apa lagi? Jawab Nabi, “Berjihad pada jalan Allah".(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Justeru, usahlah wahai sahabat yakni saudaraku sekelian sekali-kali  memperkecilkan amalan-amalan itu. Janganlah sekali-kali dipandang ringan amalan-amalan itu. Pasti menyesal nanti di hadapan Rabbul Jalil jika diabaikan...barakallahuminalakum
Terima kasih saudaraku sekelian untuk santapan jiwa ini.....
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك
ُبِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Ya اَللّهُ , Tetapkanlah hati kami di atas agama-MU...Kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami..! Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Jauhkan kami dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar.
اَللّٰهُمَّ اِنَّانَسْئَلُكَ سَلَامَةًفِى الدِّيْنِ، وَعَافِيَةًفِى الْجَسَدِوَزِيَادَةًفِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةًفِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةَقَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةًعِنْدَالْمَوْتِ وَمَغْفِرَةًبَعْدَالْمَوْتِ،اَللّٰهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِيْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ، وَنَجَاةًمِنَ النَّارِوَالْعَفْوَعِنْدَالْحِسَابِ
Ya اَللّهُ ...Ya Ghaffar...!  Ampunkanlah dosa-dosa kami.... dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru2 kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.......
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya...!
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin".
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ,
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا  مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم,َ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. أٰمِيْنَ ...أٰمِيْنَ ...يَارَبَّ العَـــالَمِيْن. 
جزك الله خيرا كثيرا.
وَعَلَيْكُمْ السَّلامُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.

TJ : FITNAH DI LAMAN SOSIAL

Salah satu fitnah besar di laman sosial seperti fb, instagram, twitter ialah ia menjadikan umat ini gila bergambar untuk ditayangkan pada semua orang.
Semua gambar kita nak share, sampai gambar isteri yang sepatutnya disimpan untuk tatapan suami sahaja pun di share. Gambar kita di masjid pun kita share, bahkan yang lebih merisaukan ialah kalau dulu ada istilah "candid" yang mana gambar ditangkap oleh orang lain tanpa kita sedar, sekarang ni semua "candid" adalah palsu sebab sebelum "candid" memang mereka dah rancang dan plan awal-awal dan hanya lakonan semata-mata.
"Haa nanti aku peluk ulama tu, kau snap gambar aku tau! aku nak share kat fb yang aku dapat peluk ulama dan kononnya "candid" orang tangkap gambar aku."
"Aku duk kat tebing tu, pastu aku nak merenung ke arah laut tu konon jiwang, waktu tu kau snap gambar ye. Baru nampak "candid" dan jiwang. Nanti boleh aku buat poster, edit letak ayat-ayat hikmah kat situ, ramai yang share nanti."
"Aku dah siap pakai purdah ni, kau tolong snap jap gambar aku tengah tengok bawah ni, nampak macam ayu-ayu, malu-malu gitu, baru la boleh jadi niqobis sejati. Nanti nak upload dalam fb, dan untuk menghalalkan perbuatan aku ni, aku niat je lah untuk dakwah. Kalau ada orang hentam aku, aku cakap la "semuanya tergantung niat"... islam itu kan mudaaaahhh~"
"Aku buat-buat baca kitab arab ni, japgi kau snap gambar aku kona baring 99 degree. Nanti aku nak share kat fb, baru orang tau aku ni ulamak besar gedabak tengah acah studi kitab besar tak da baris."
"Aku nak duduk berzikir ni, nanti kau snap gambar aku jap ye. Tapi biar aku posing cantik dulu, biar aku merenung ke arah sana. Baru nampak macam tengah merenung kebesaran Allah sikit."
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.
Kalau ini bukan sifat munafik, apakah ia?
Gejala gila selfie ini menyuburkan sifat nifaq dalam hati kita.
Gejala gila bergambar ni menyuburkan macam-macam sifat kotor dalam hati kita.
"Apa la batoota ni merapu! Aku tak kan kotor hati lah, aku ni orang tareqat, aku ni orang tabligh, aku ni orang usrah, aku ni ustaz, aku ni pelajar pondok, aku ni pengikut habaib, aku ni selalu ikut majlis ulama, aku ni sentiasa islah diri, jadi hati aku tak kan kotor hanya kerana gejala selfie ni... poooodaaaah!"
Jawab Batoota: "Ya itulah tanda hati kau paling kotor, bila kau rasa hati kau tak kotor."
Bergambar tu tak salah, nak bergambar silakan.
Yang saya hihglightkan disini ialah GEJALA GILA BERGAMBAR sehingga berlakon candid bagai, sampai kat kubur pun nak berselfie, sampai beribadat pun nak berselfie, pergi masjid pun nak selfie dan entah apa-apa lagi yang menjatuhkan moral kita dan merosakkan amalan kita.
Saya memang anti bergambar sejak dulu, sebab saya memang tak suka. Dulu saya letak syarat kalau nak jemput saya ceramah, jangan ambil gambar saya. Jangan buat poster letak muka saya.
Dapat bertahan sekejap je. Sebab gejala bergambar ni sangat menebal dalam masyarakat kita dan saya tak mahu berkeras dalam hal ni sebab benda ni bukannya haram, hukumnya kekal harus. Cuma ia akan menyuburkan pelbagai sifat tak elok. Kalau benda ni haram, saya akan berkeras. Saya tak mahu jadi Wahhabi yang berkeras bukan pada tempatnya. Jadi akhirnya gambar saya pun tersebar. Aduh la. Rasa hidup tak bebas, pergi mana pun orang kenal.
Saya tak suka penduduk bumi kenal saya, saya hanya suka kalau penduduk langit yang kenal saya. Orang bumi, cukup kenal "nama" sahaja (itu pun bukan nama sebenar), bukan orangnya. Sebab ramai yang terkenal di bumi akhirnya terjerumus ke lembah neraka. Sedangkan yang terkenal di langit, pengakhiran mereka baik-baik.
Kadang saya rasa macam nak pergi duduk jauh dari manusia. Tinggal dengan anak isteri, ternak ayam kambing sendiri. Tapi saya umat Nabi yang ada tanggungjawab pada umat. Saya tak boleh tinggalkan tanggungjawab saya.
Jadi saya terpaksa hadapi dunia, sistem dajjal, masyarakat dan sebagainya ini dengan penuh hati-hati.
Baru-baru ni, ketika saya dijemput ke muktamar ulama sedunia di Putrajaya. Saya lihat, asal habis satu-satu sesi je, mesti ramai gila peserta turun dan bergambar.
Sampai Habib tegur: "Barangkali kalian lebih banyak bergambar daripada berzikir pada Allah."
Seriously I felt so ashamed.
Ulama itu dihormati, dimuliakan, diamalkan ajarannya, diteladani, diikuti akhlaknya.
Bukan hanya diambil gambarnya sahaja dan berbangga di fb dapat bergambar dengan ulama.
Sekali lagi saya katakan, ia tidak haram. Tapi boleh menjadi haram.
Semoga Allah beri taufik dan hidayah pada kita semua untuk berselfie ikut syariat, berselfie secara normal, berselfie sambil hati terjaga atau tinggalkan terus budaya tu.
#deep
#untukKu
#jaga_Hati
#jaga_Iman
#jagalidah

TJ : Airmata

Menurut kata Ibnu Qayyim, ada 10 Jenis Tangisan iaitu :
1) Menangis karena kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis karena rasa takut.
3) Menangis karena cinta.
4) Menangis karena gembira.
5) Menangis karena menghadapi penderitaan.
6) Menangis karena terlalu sedih.
7) Menangis karena terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis karena ikut-ikutan orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.


Air mata taubat Nabi Adam a.s
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit karena sangat takut dan ibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir ke lembah-lembah. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata Nabi Adam lalu berkata,"Sungguh manis air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu menyindirnya sehingga ia memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum pernah Aku menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubatmu!."

Oleh itu…
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekal untuk menginsafi atas segala kelalaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa titik2 hitam yang telah mengkelamkan hati ❤hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt.

Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menetes membasahi dan mencuci hati ❤agar ia putih kembali. Dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan akan mendapat ampunanNya jua.


Tangisan dapat memadamkan api Neraka
Rasulullah saw bersabda : ”Tidaklah mata seseorang meneteskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."


Air mata yang dilarang
1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-citamu, bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
2. Janganlah menangis karena cinta tak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan untukmu.
3. Janganlah menangis jika gagal dalam ujian, mungkin kita kurang membuat persiapan.
4. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah
5. Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat, yakinlah bahawa rezeki itu adalah pemberian Allah


Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering…. Seperti sungai yang mengalir ke laut tiada henti…

Tangis tercela atau terpuji
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut yaitu tangisan karena menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis karena takut akan azab dan siksa Allah.


Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku dibuat menangis atas 3 perkara:
1. Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2. Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu apakah aku akan masuk syurga ataukah neraka.
Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahinya berkeringat.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cairan seperti ingus
…karena hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)


“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat diantaranya adalah seseorang yang berzikir sendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
"Jika tubuh seseorang hamba gementar karena takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, ❤Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,..dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu."


♥♥ Mak Nak RM200!! ♥♥



Nota Pink : Untuk Renungan Bersama

TAZKIRAH JUMAAT : JAGALAH LIDAH

Daripada Mu'az bin Jabal r.a berkata bahawa beliau bertanya Rasululullah SAW

"Wahai Rasulullullah, beritahulah kepadaku tentang suatu amal yang dapat memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku daripada neraka. 

Nabi SAW menjawab:

"Engkau bertanya tentang pekara yang besar namun sesungguhnya ia adalah mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah SWT. Sembahlah Allah dan jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, kerjakanlah solat, keluarkanlah zakat, berpuasalah pada bulan Ramadhan dan kerjakanlah ibadah Haji ke Baitullah."

Kemudian baginda bersabda “Inginkah engkau kuberi petunjuk akan pintu-pintu kebaikan?”

Puasa itu adalah sebagai perisai, sedekah adalah amal yang menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan solatnya seseorang di tengah malam. Kemudian Baginda membaca ayat pada surah Al sajadah, ayat 16-17:

“Mereka merenggangkan diri daripada tempat tidur (sedikit sangat tidur, kerna mengerjakan solat tahajuj dan amal2 soleh) mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut ( akan murka-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi ( keredhaan-Nya) dan mereka selalu menderma sebahagian daripada apa yang kami beri kepada mereka. Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (daripada segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal  soleh yang mereka telah kerjakan.”

Kemudian baginda bersabda

 “Mahukah engkau kuberitahu tentang pokok amal, tiang dan puncaknya?” Saya menjawab  “Mahu wahai Rasulullah!” Rasulullah SAW bersabda “Pokok amal adalah Islam, tiangnya adalah solat, dan puncaknya adalah jihad.” Kemudian baginda bersabda: “Mahukah engkau kuberitahu tentang kunci daripada semua perkara itu?” Saya menjawab “Mahu wahai Rasulullah”

Baginda lalu memegang lidahnya dan bersabda “Jagalah ini!” Saya berkata “Wahai Nabi Allah, adakah kita dihisab atas apa yang kita katakan?” Baginda bersabda: “Semoga ibumu kehilanganmu! (ungkapan hairan). Tidak ada yang menjerumuskan orang ke dalam neraka melainkan hasil daripada ucapannya (yang berbentuk maksiat)?”

(Hadis riwayat Ahmad no 22016 dan al Tirmizi no 2619)

 ** sekarang ni kan kecoh dengan isu bini Mat Yo ( pemain bola sepak untuk Johor) kan? korang mesti da tengok video yg dia rakam untuk saman pak cik guard yg bekerja di Subang Skypark Airport tu kan? kononnye nank tunjuk kt orang yg pakcik ni kurang ajo la sangat..klu belom saksi kan laaaaa!!!!!

                                              haaa!!! da tengok kan? Persoalannya ialah :-
1. Sape yang kurang ajo skang ni???

2. Kenapa Mat Yo bagaikan tiada perasaan bila bini dia yg patut maruah dia sebagai seorang isteri, sebagai seorang perempuan yang ada lemah lembutnya, sopan santunnya, di biarkan menyepak pak cik yang hanya menjalankan tugas demi sesuap nasik...
 Ini la yang dikatakan ingin membuka aib orang sehingga tak sedar yg dia membuka aib dia sendiri.
Allah S.W.T sentiasa nampak dan dengar ape yg kita lakukan, akhirnya kebenaran akan berbukti jua...
Jd pihak pak cik guard tu telah membuat laporan polis..spe boleh tipu CCTV yg 24jam terpasang

Saksi!!
Statement yg dikeluarkan oleh bini Mat Yo...sanggup panggil org anjing??? mungkin terlalu bongkak dgn status suami sehingga sanggup berkata sedemikian rupa...busuk betol hati dia ni...

p/s : kalau aku jadi Mat Yo... dah lama aku lempang sampai tersembur-sembur darah...kuang ajo sangat..
        tak kira siapa yang bersalah, kau sebagai isteri harus menjaga maruah suami..tol x??? an?? an??
        tak melambangkan kewanitaan langsung bini Mat Yo ni...
      
Saudara ku sekalian...jaga la lidah kita..agar kita tidak melangkah masuk keneraka hanya kerana lidah..jaga la maruah kita sebagai seorang perempuan yang lemah lembut dan sopan santun...
kasar x pe, janji tutur kata sedap mendengar...hiihihi
kita jadikan isu ini satu contoh untuk kite beringat pada masa hadapan ok

SALAM SAYANG DAN CERIA

TAZKIRAH JUMAAT : Menjaga or Menutup Aib Orang



Salam Jumaat,

Setelah sekian lama menyepi, jadi tazkirah ini sebagai pembuka bicara.
Kita sering menulis tentang kesalahan yang kita sendiri lakukan sehingga membuatkan orang lain terasa dan timbul perasaan benci-membenci iaitu sikap suka menyebut keaiban dan kekurangan orang lain.

Perkara ini sudah menjadi kebiasaan,malah yang sering melakukannya bukan sembarangan orang tetapi beliau ini seorang ikon.Tidak kiralah ikon dalam bidang politik,dunia hiburan dan para ilmuan sekalipun,sepatutnya mereka mencerminkan akhlak yang baik.

Bukan la pandai sangat dalam menasihat, tetapi ingin berkongsi serba sedikit kepada semua umat islam agar kita tahu dan sama-sama mengambilnya sebagai peringatan.

Jangan selalu sebut keaiban atau keburukan orang lain.

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita gemar melihat keaiban orang sehingga terlupa keaiban dan kekurangan diri sendiri. Bak kata pepatah, ‘kuman seberang laut nampak, tetapi gajah depan mata tak nampak’.

Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dapat memperbaiki kekurangannya. Menuding jari mengatakan orang lain tidak betul sebenarnya memberi isyarat diri kita tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang, satu jari ke orang itu, tetapi empat jari lagi menuding diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, tetapi diri kita lebih buruk daripadanya.

Sebab itu, biasakan melihat keburukan diri sendiri bukan keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain sendiri koyak-rabak. Dalam Islam digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihat kejahatan yang ada walaupun kita pernah berbuat kebaikan.

Hanya dengan cara ini kita terselamat daripada bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka. Islam menganjurkan umatnya bersangka baik dan berbuat baik sepanjang masa. Sabda Rasulullah, “Cukuplah bagi seseorang keburukan jika ia menghina saudaranya sesama muslim.”

Demikianlah antara pesanan Rasulullah supaya umat Islam sentiasa dalam ruang lingkup kehidupan yang diberkati Allah dengan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Marilah pada setiap masa mengingati pesan Nabi kita dan jadikan ia suluh pedoman dalam melayari kehidupan di dunia yang fana ini.

Sesungguhnya, peringatan Rasulullah sentiasa sesuai sepanjang masa untuk umat manusia. Hanya kita yang lalai kepada pesanan berharga itu. Kita hanya menyesal apabila kita ditimpa kesusahan atau sakit. Ketika itulah baru hendak mengenali Allah dan ingat Rasulullah. Sebagai mukmin, marilah kita berpegang teguh kepada pesanan Rasulullah s.a.w.

Pesanan Imam Al-GHAZALI

Suatu hari, Imam Al Ghazali pernah bertanyakan kepada murid-muridnya ” Apakah yang paling tajam di dunia ini?”

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Pesanan : Islam akan menjadi hebat apabila umatnya bersatu dan umatnya akan bersatu apabila mereka menjaga 'lidah' msing-masing.

Terima kasih kerana membaca dan jika Mas ada silap harap ditegur dan maaf jika terkasar bahasa..
Yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.
Yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T, dan Yang buruk semuanya dari dari kita hamba yg kerdil ini..

Selamat Hari Jumaat, Penghulu segala hari...
 

All Right Reserved To Dhia-Manja.