Sultan Johor Lagi Jijik Dari Najis Babi??????

Kurang ajar!!!!! betul-betul kurang ajar lah manusia yang bernama JB Riot ni.... dah lama hidup ke??? pernah rasa kene buang negeri tak budak ni? sanggup hina sultan cam ni... tak takut ke??? Ya allah....sampai hati betol la dia ni...
Nak tanya blogger yang dok kat Johor ni...korang menderita ke di bawah kepimpinan Sultan Johor ni?? betol ke segala statement yang mamat sewel ni buat??
tak sabar betol nak dengar berita mamat sewel ni kene tangkap... ni baru namanya kerana mulut badan binasa... harap ko merempat dalam penjara.... itu pon kalau sempat ko ke penjara lah!!!!!! kot-kot dah lunyai kene tibai...
Apa-apa pon sebelum melakukan sesuatu perkara kene lah fikir baik buruk dulu, semoga mamat ni selamat la ye...tak tahu nak cakap macam mana lagi kalau rakyat sendiri tak tahu nak hormat Sultan, ermmmm....
Renung-renungkan lah....!
Kenali Saya : Manja (Last)

** Berapa nakal pon die...kami sekeluarga tetap taaayanggggg die.....sebenarnya banyak lagi gambar demok ni...tapi kang korang jemu lak kan??? ^_^
Renungan Untuk Kita Bersama

Dalam melangkah perjalanan hidup ini bermula dengan satu langkah.
Setiap yang dilalui merupakan detik-detik sejarah yang akan tercatit
dalam kamus kehidupan. Setiap orang menjalani jalur-jalur mengikut
misi masing-masing berteraskan pada parlimen hidup berpandukan
pada perlembagaan ajaran agama yang diterapkan pada jiwa. Taqwa
merupakan bekalan seseorang. Sebaik bekal adalah taqwa yang
juga merupakan kunci daripada ilmu dan pengajaran.
Allah swt berfirman,
"Bertaqwalah kamu dan Allah akan memberikan pengajaran
kepada mu". Al-Baqarah; 197
Perlu berladangkan pada keimanan dalam menjalani sesebuah
kehidupan supaya tidak tersasar pada landasan dan memahami
hak sendiri dan orang lain. Bukan hanya fokus pada diri sendiri,
tetapi peka dengan situasi sekeliling juga masa yang mana setiap
apa yang berlaku tidak akan sama. Jangan mempermudahkan
sesuatu perkara yang dirasakan mudah bagi kita, akan tetapi
merupakan satu kesusahan bagi orang lain. Untuk mencari
kebahagian dan kepuasan jangan menggunakan insan lain demi
kepentingan diri sendiri.
Allah swt berfirman,
" Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan
jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa
yang tersembunyi di dalam hati".Ghafir;19
Setiap pertolongan yang dihulurkan tidak perlu mengharapkan
balasan cuma kejujuran yang berpaksikan kemanusiaan. Dan
ingatlah Allah swt banyak memberi kepada makhluk-Nya dengan
tidak diminta dan tidak meminta ganti (Maha Pemurah).

















