GEMPA BUMI DI ACEH

JAKARTA: Gempa bumi berkekuatan 6.4 magnitud menggegarkan wilayah Aceh di utara Sumatera, Indonesia awal pagi Rabu namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa yang berpusat di 10 kilometer utara Reuleuet itu berlaku pada jam 5.03 pagi waktu tempatan, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Sebelum ini, Aceh mengalami kemusnahan teruk apabila dibadai tsunai Lautan Hindi pada tahun 2004.

Dalam penilaian awal, USGS memberitahu, gempa terbaru itu tidak membawa kemungkinan kemalangan jiwa ataupun kemusnahan harta benda.

Pada Jun lalu, gempa berukuramn 6.5 magnitud berlaku di barat Sumatera sekali gus menyebabkan kerosakan bangunan dan mencederakan lapan orang.

Indonesia mengalami aktiviti seismik dan volkanik yang kerap kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik, iaitu tempat pertembungan plat tektonik

Semoga saudara-saudara kita berada didalam lindungan-Nya

Sumber : Awani

WW : ZAMAN SEKARANG....

HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN

Kisah keluarga yg tinggal di Kuantan Pahang ini dipanjangkan kepada Kak Pah dua minggu yg lalu utk bantuan kerusi roda khas khas buat anak mereka yg bernilai hampir RM3K.
Oleh sebab kesihatan Kak Pah tidak begitu baik...Kak Pah tidak dapat meniziarahi keluarga ini lalu mewakilkan kepada sahabat Kak Pah di Prisma Optometrist Kuantan yg hanya br berkesempatan menzirahi keluarga ini semalam.
Memang berat sungguh ujian buat keluarga ini...terutamanya buat En Muhammad Allwei Bin Zakaria.... lelaki yg terpilih oleh Nya utk diuji.
Pn Norfazila Zainal ( 33 thn ) disahkan kanser pada april lalu. Sebelum itu beliau mmg merasa ketidak selesaan dlm tubuhnya namun apabila dirujuk kepada pakar.... dikatakan hanya kesan sampingan menyusukan anak.
Dalam masa yg singkat...kanser itu telah merubah seluruh perjalanan hidup keluarga beliau. Ibu muda ini kini terlantar dan memerlukan penjaan rapi dr suami.
Muhammad 'Aisey Fahim ( 6 thn ) mengalami masalah lebihan cecair dlm kepala dan sudah pun menjalani pembedahan . Kini...anak ini juga terlantar dan memerlukan penjagaan rapi memaksa En Allwie berhenti kerja dan menumpukan seluruh perhatian kepada anak dan isterinya...
Anak inilah yg memerlukan kerusi roda khas spt yg ada dlm gambar. Jika ada pihak yg sudi menyumbang...sgtlah membantu utk keselesaan anak ini..
Bg yg ingin menyumbang utk meringankan beban keluarga ini ....blhlah menyalurkan sumbangan ke acc pasangan ini spt di bawah :
CIMB MUHAMMAD ALLWEI
7002235433
MAYABANK NORFAZILA
162263346686
Bagi yang ingin menziarahi atau menyampaikan sebarang keperluan mereka atau barangkali kerusi roda yg diperlukan....blh lah ke kediaman mereka di No 1, Lorong 64 , Taman Indera Sempurna ( 016 9386840 ).
Dari FB Puan Natipah Abu
 

All Right Reserved To Dhia-Manja.