السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

AWAL MUHARRAM (DOA akhir & awal thn)

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.


Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. Hari pertama Allah menciptakan alam. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. Hari pertama Allah menurunkan hujan. Allah menjadikan 'Arasy. Allah menjadikan Luh Mahfuz. Allah menjadikan alam. Allah menjadikan Malaikat Jibril. Nabi Isa diangkat ke langit. 

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"



DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan   dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".



PADA 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal Hijrah, bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam.Sambutan itu tidak disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi secara terus terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam.Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara berlebihan-lebihan tahun baru Masihi (1 Januari) Yang akan datang cuma tinggal 26 hari lagi termasuk dicemari perbuatan songsang lantas mencemarkan kemuliaan Muharam. 

” Ya Allah…Sempena Ma’al Hijrah 1432H, Aku momohon kepada-MU agar insan yang membaca  ini agar umurnya, amal ibadatnya, rezekinya, hidupnya dan matinya sentiasa dalam peliharaan-MU dan jadikan dia insan yang bertaqwa dan soleh. Amin.”

Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna.

Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.
IMAN AKHIR.......

♥♥ SYUKUR ALHAMDULILLAH ♥♥

ASSALAMUALAIKUM ♥♥♥♥

Cam mana diet anda diluar sana??? ok??? ko???
anyway yg kurang memberangsangkan result diet anda jgn putus asa ok..http://www.emocutez.comsetiap usaha yg kita lakukan ada ganjarannyew... jgn sedih sgt ok..x bagus untuk diet korang...
OK..mas sebenarnya nak share dgn korang result mas untuk minggu ni..syukur alhamdulillah..minggu ni mas turun 3kg...
dan sekarang berat mas 91kg..dari 98kg...kire sgt ok la kan dalam 2 minggu mas turun 7kg... wowowww!!!!
http://www.emocutez.comhihihih jgn jeles ok..dlu pemimbang berat badan adalah musuh ketat mas..bile time sekolah cikgu nk timbang mmg malu..ye la gemok..mmg anti giler la dgn pemimbang ni.. tp skang tidak lg.. terbalik lak...pemimbang da jd cm kawan baik lak..hhihihi...gembira rasa...
 Di kesempatan ini mas nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI pada semua umat islam di dunia..pada meraka yg berjaya turun berat bdn yg di impian sebelom raya tahnia ok...mas sgt jeles ok http://www.emocutez.com hihihhihi jgn risau mas tgh usaha ni chaiyokkkk!!!!! chaiyookkkk!!!!http://www.emocutez.com 
musim raya ni kite sedia maklum la kan..suma juada enak-enak belaka...pd yg sedang berdiet control cikit makan ok..pada yg da berjaya pon kne control gak nnt naik berat bdn tu x pasal-pasal nk kne restart blk diet korang...Mas ingin kan korang dan ingtkan untuk diri mas sendiri..
ye la nak kurus la kata kan..berkorban la cikit ape salahnye kan???
klu rase nak makan banyak-banyak tu ingt la kunci molot tu ok cm ni
http://www.emocutez.com ermmmm ok la....mungkin stakat ni coretan mas untuk minggu ni...pada korang yang memandu pulang ke kampung berhati-hati ketika memandu ok..ingt lah org tersayang.. 
akhir kata...maju lah sukan untuk negara 
  

♥♥ SAYANG KAMU...♥♥

Assalamualaikum...♥♥♥♥


kite mmg x buleh nk wat ape kn kalau kite da sayangkan sesuatu... x kisah la kita sayang pada apa yang penting sayang kn???? kerana sayang ni kita sanggup wat apa saja... kn..kan...kan...kan????
cm mas..mas sayang sgt pada kucing...perasaan ini timbul bila permata hati mas mula muncul dalam hati mas..
dua ekor c comei ni muncul.. tak tau cm ne nk cakap..2 ekor kucing mas ni bijak sgt...yg putih tu jantan nama die Manja dan yg depan die tu tucin betina nama die Dhia.. kedua2 ekor ni bermula dari jalanan mas amek bela..kerana kekiutan meraka waktu itu... dan perasaan sayang itu terbawa2 hingga kemana-mana..http://www.emocutez.com


Mas nk share dgn korang tucin yg mas bg makan kt opis... sume comei2.. agaknya la kan..klu korg jumpa    


 http://www.emocutez.comkucing jalanan yang kelaparan ape agaknya tindakan korg kn??? klu mas klu time kt kedai makan mas rela bg dorang mkn aym mas mkn nasik saja..tak jd masalah pon bg mas..bila pk kelaparan yg dorg rasa.. x salah  berkongsi rezeki yang allah bg..apatah lg kucing ni binatang kesayangan Rasul Kita.... ni kucing mas yg kt opis..tiap kali rehat mas akan bg dorg makan..
sedey sgt bila tiap kali mas ke cafe mas tgk kucing2 ni meminta makanan sambil mendongak dgn penuh harapan..tp segelintir manusia buat x tau je...jd tiap2 bulan mas akan spend duit untuk beli makanan untuk
kucing2 ni..


Oleh kerana tempat yg mas bg kucing-kucing ni makan adalah tempat terbuka..ade la manusia yg jijik gak dgn kucing ni... tetibe hati berbisik
" asal lak nk eeeeeeee???? kotor sgt kew??? jgn pandang hina dgn kucing jalanan tau...dorg pon makhluk yang allah cipta..."
bile fikir balik tu adalah hak individu so kita x buleh nak marah...so biar jew lah...


Tapi..mas cukup benci dan marah bila ade manusia yg tak tau nk menghargai haiwan2 smp sanggup menyakiti mereka...
ape la gamaknya dose mereka smp nk yg sanggup bunuh,bakar...ade yang pijak kepala anak kucing smp tersembor otak2 kucing tu...
ape dose merekapada org yg sanggup membunuh dgn kejam tu???
sbb die jilat kasot gucci ke??? sbb mereka kotor jew???? walau ape pon alasan kamu...ttp kne jawap dgn ALLAH S.W.T di .
akhirat kelak..
Pic kt sebelah kiri ni..bulan lepas kepala n leher tucin ni cedera x tau berpunca dari ape..mungkin gado kot..luka nk ke kurap da..mas dan sahabat2 tercinta kak darlina & adik kenet ku kema (walaupon takot tucin)hhihihih jgn marah haaa
kami bertiga sapukan minyak gamat..skang da elok dan da tumbuh bulu kembali...kami namakan die comei die sesangat la manja walaupon jantan...


k la penat la bebel...yang kt bawah ni pon sama tucin dari opis..nnt klu ade rezeki mas kenalkan kor dengan maru malaysia...

 

All Right Reserved To Dhia-Manja.